Berapa harga vaksin influenza di tempat anda?
Biasa kita dengar, range di antara RM80~RM100+, bergantung klinik atau hospital mana anda pilih.
Kata antivaks, tak perlulah ambil vaksin. Antibodi anak-anak ini kuat aje, boleh develop sendiri untuk lawan serangan kuman. Ini semua agenda Y*****.
Ya, cakap memang sedap selagi tak kena batang hidung sendiri.
Pengalaman Anak Kami Kena Influenza A dan Inflenza B
Sebenarnya, anak kami nie dah pernah kena kedua-dua Infleunza A dan B.
Yang bongsu pernah warded lama di hospital ketika masih kecil kerana paras oksigen drop, batuk teruk, sehingga sukar bernafas. Mula-mula pnemonia, tapi bila demam nya on off tak kebah, doktor sahkan kena Influenza H1N1. Pengalaman sungguh, 7 hari 6 malam warded di hospital.
Masa ini lah timbul rasa syukur yang teramat sangat kerana boleh bernafas seperti biasa dengan oksigen percuma kurniaan Allah. Bekalan Oksigen di hospital bukan murah-murah ya.
Si abang pula tak pernah warded, tapi setiap kali kena influenza, demam panas yang tinggi on off, sakit kepala teruk, dan seluruh badan sakit-sakit. Kali pertama kena Influenza B di sekolah rendah, mudah aje kami cutikan dan jaga di rumah. Kali kedua kena Influenza A, ketika di sekolah berasrama penuh. Ramai student yang kena. Kami balik hari 7 jam perjalanan untuk bawa dia pulang kuarantin di rumah.
Sekarang anak-anak siap boleh bezakan, sama ada ini demam biasa ataupun demam sebab influenza.
Suntikan Vaksin Influenza RM60 di Poliklinik UKM
Jadi, bila nampak ada promosi suntikan vaksin influenza RM60 di Poliklinik UKM ini, kami terus grab!
Promosi Vaksin Influenza RM60 ini sehingga 30 November 2025 di Poliklinik UKM Bandar Baru Bangi, Poliklinik UKM Bangi Avenue, Poliklinik UKM Bandar Sri Permaisuri, Poliklinik UKM Kota Warisan, Poliklinik UKM Nilai Impian & Poliklinik UKM Setia Alam.
Bila ambil vaksin influenza nie, bukanlah tak akan kena jangkitan influenza langsung.
Cumanya, jika terjangkit virus influenza sekalipun, risiko lebih rendah, dan gejala tidaklah seteruk berbanding individu yang tak ambil vaksin influenza.
Vaksin ini tahan setahun. Simpan Buku Suntikan Immunisasi nie, mudah buat rujukan untuk tahun seterusnya. Dalam buku ini ada nyatakan jenis vaksin, serta validity vaksin.
*Nota: Harga suntikan vaksin influenza ini benar ketika artikel ini di tulis. Kami tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang perubahan harga vaksin influenza di poliklinik ini. Harap maklum.







