Suami bising lantai penuh dengan rambut gugur? Kata orang tua-tua, bayi dah mula menyembur air liur, ngences kata orang Jawa, yang menjadi punca rambut gugur di kalangan ibu-ibu.
Saya sendiri pun pernah alami rambut gugur selepas bersalin. Rasa buntu tak tahu nak buat apa. Nak sikat rambut pun takut. Nak basuh rambut pun ngeri tengok segumpal rambut dalam tangan nanti. Kalau boleh tak nak tengok cermin langsung!
Namun, betul kah air liur bayi penyebab rambut gugur ibu-ibu selepas bersalin? 😀
Punca Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin
(1) Pertambahan hormon Estrogen ketika hamil.
Wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala. Secara purata, anggaran 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat, maka, hanya sedikit sahaja rambut gugur setiap hari. Oleh itu, semasa hamil, rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.
(2) Penurunan hormon Estrogen selepas bersalin.
Selepas bersalin, tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dengan kata lain, lebih banyak rambut akan gugur. Jadi, 2-3 bulan selepas melahirkan bayi, kebanyakan wanita akan mula mengalami rambut gugur terlalu banyak disebabkan perubahan hormon ini.
After you give birth, your estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Soon you’ll have more hair coming out in the shower or on the brush. This unusual shedding will taper off and your hair will be back to its pre-pregnancy thickness about six to 12 months after you give birth. *babycenter.com
Dengan kata lain, rambut gugur terlalu banyak selepas bersalin adalah sangat normal, disebabkan oleh penurunan hormon estrogen. Biasanya perlukan 6-12 bulan untuk rambut kembali normal seperti biasa!
Namun, takkan tiada apa-apa yang ibu-ibu boleh lakukan untuk kurangkan masalah rambut gugur ini?
Tak seronok pula kalau suami nampak kulit kepala kita, disebabkan rambut terlalu nipis, kan?
5 Tips Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur
- Potong rambut pendek sedikit agar rambut lebih mudah di urus, dan anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru lahir (berbanding sibuk mengutip rambut di atas lantai!).
- Guna syampu yang diperkaya vitamin B, atau syampu atau krim rambut yang berasaskan minyak kelapa atau pati santan.
- Guna sikat rambut yang lembut dan sikat dengan cermat untuk elakkan sikat menarik rambut dengan banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
- Keringkan rambut basah terlebih dahulu, dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan lebih mudah gugur.
- Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi. Sebaiknya teruskan pengambilan vitamin prenatal (multivitamin) anda.
Apa Lagi Nak Buat Untuk Tingkatkan Kesihatan Rambut?
Anda boleh cuba mengamalkan suplemen Zinc Complex dan juga Set Prosante, terutama Prosante Nourishing Scalp Treatment. Apa pula kaitan Zinc dengan rambut gugur?
Zink ialah bahan mineral yang terdapat di dalam badan. Kekurangan Zinc dan bahan mineral lain di dalam badan menjadi antara penyebab utama rambut gugur kerana akar rambut menjadi lemah, menyebabkan rambut mudah pecah dan melambatkan pertumbuhan rambut baru. Zinc turut mengawal kelenjar penghasilan minyak yang melekat pada folikel rambut kita, seterusnya merendahkan peluang rambut gugur.
Prosante Nourishing Scalp Treatment pula menangani punca masalah rambut gugur dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
- Vitamin antioksida iaitu Vitamin A, Vitamin E, serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran.
- Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut.
- Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama.
- Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
Testimoni Pengguna Zinc Complex vs Rambut Gugur
Testimoni Pengguna Zinc Complex vs Rambut Gugur (1):
“Alhamdulillah, baru 4 hari makan, rambut dah kurang gugur. Kalaulah rambut ni bukan aurat bagi wanita, lama dah ina snap buat testimoni, hehe.. Alhamdulillah, masalah rambut dapat ina atasi dengan Zinc Complex, juga dengan izinNya…” -Puan Ina
Testimoni Pengguna Zinc Complex vs Rambut Gugur (2):
“Zinc Complex nie memang berhasil lah. Baru guna 1 minggu rambut dah kurang gugur.. Suka nya, Alhamdulillah..” -Puan Zarina Fuad
Testimoni Pengguna Zinc Complex vs Rambut Gugur (3):
“Saya ambil Zinc nie sebab rambut saya selalu gugur selepas melahirkan. Tak tahan sangat sampai botak dah rambut. Saya amalkan Zinc, tak sampai seminggu, saya dah nampak perubahannya. Rambut dah kurang gugur, Alhamdulillah.. Suka sangat!” -Mamaosyar
Testimoni Pengguna Zinc Complex vs Rambut Gugur (4):
“Alhamdulillah, dah hampir sebulan menggunakan Zinc Complex, rambut gugur dah kurang. Dulu, bila sikat je mesti banyak rambut gugur.. Thanks Zinc Complex!” -Puan Huzaina
Testimoni Pengguna Zinc Complex vs Rambut Gugur (5):
“Pagi tadi hubby tegur, “Rambut sayang sekarang dah tak gugur lagi kan”.. hehehe, suka.. Alhamdulillah… Rahsianya? Zinc Complex laa…”-Puan Syuhada
Nak cuba Zinc Complex dan Prosante Nourishing Scalp Treatment?
Anda boleh terus membuat belian Set Rambut Gugur di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian, hubungi kami untuk mendapatkan jadual pemakanan eksklusif serta cara penggunaan Set Rambut Gugur ini setelah pembelian dibuat.
Atau, jika anda ingin bertanya lanjut, hubungi terus kami di nombor tertera di bawah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Kesian pula baby yg jadi mangsa kalau ibunya rambut gugur kan? 😉
GenkiMomma says
Ibu punya rambut, air liur baby yang dapat nama! ekeke… 😛
Noriza Rahman says
Macam lembu punya susu sapi yang dapat nama kan…hihi
GenkiMomma says
Tepat sekali! hahaha… 😛