Pengalaman kali pertama menunaikan Umrah dan ziarah ke Jordan baru-baru ini banyak memberi pengajaran hidup kepada saya. Sehingga ke hari ini masih terkenang saat-saat indah di sana.
Ibadah Umrah ini, bukan sekadar kembara rohani sahaja. Malah, kita perlukan tubuh badan yang sihat, tenaga yang kuat, serta semangat juang yang kental untuk khusyuk beribadah. Jika salah satu dari elemen ini tiada, sedikit sebanyak akan menggangu fokus ibadah kita.
Badan Sihat Bertenaga Penting Untuk Tawaf dan Sa’ie
Di antara pengalaman menarik di sana ialah tentang kisah 3 orang makcik berusia 60-an, yang sihat bertenaga menunaikan semua rukun umrah, terutama tawaf dan sa’ie.
Walaupun nampak sedikit keletihan, mereka tetap ceria habiskan 7 pusingan tawaf dan sa’ie. Bukan sekali tau, tapi mereka buat ibadah Umrah sebanyak 3 kali sepanjang berada di Mekah.
Malu rasanya jika kita yang masih muda ini lepaskan peluang untuk buat ibadah sebanyak mungkin semasa di tanah suci. Sambil mengah dan urut kaki, gigih mereka habiskan sa’ie.
Berdoa di Jabal Rahmah, Antara Tempat Mustajab Berdoa
Ketika di Jabal Rahmah, ustaz yang mengiringi kami beritahu, Rasulullah berdoa di kaki bukit sahaja. Jadi, tak perlu panjat di atas bukit Jabal Rahmah untuk berdoa. Kalau rajin nak daki bukit pun boleh sahaja. Tiada masalah.
Kami ambil keputusan untuk tak daki bukit. Sebaliknya ambil peluang penjimatan masa sebab tak daki bukit untuk berdoa hajat sendiri dan kiriman doa kawan-kawan. Hajat orang pun amanah juga.
Selesai berdoa, kami beli ais krim di gerai berhampiran. Harganya 5 riyal sahaja, sedap sangat.
Sedang enak menikmati ais krim, tiba-tiba makcik bertiga ini datang pada kami. Dengan seronoknya mereka cerita dah berjaya daki Jabal Rahmah, sambil tunjuk gambar bukti dah naik di atas puncak sana (ada signboard warna biru).
Masa Umrah sebelum ini, makcik yang sama berjaya daki Jabal Nur di tengah malam.
Aduh segan pulak rasanya, makcik 60-an pun steady aje daki bukit. Kami yang masih muda remaja (laa sangat) ini pun steady jugak. Steady makan aiskrim. Hehe..
Rahsia Makcik 60-an Bertenaga Daki Jabal Rahmah dan Jabal Nur
Makcik bertiga nie sememangnya bertenaga sertai semua aktiviti umrah ziarah kali ini tau. Seorang berusia 58 tahun, seorang lagi 60 tahun, manakala yang paling tua berusia 64 tahun.
Semasa di Jordan, mereka gigih turun naik bukit ulang alik 7 km di Petra Lost City. Semasa di Mekah, tabah buat tawaf dan sa’ie. Ini termasuklah ‘tawaf kedai’ di Madinah dan Mekah sekali, hehe… 😀
Kalau pergi masjid bersama, kita kononnya jalan perlahan nak follow phase makcik. Sekali tengok, makcik nie boleh jalan laju-laju, sebab nak dapatkan tempat dalam masjid. Subhanallah…
Paling terharu bila salah seorang daripada makcik nie cakap,
“Makcik semangat sangat nak panjat bukit (sambil tunjuk gambar di atas Jabal Rahmah). Sebelum nie dah pernah daki Jabal Nur, 2 jam daki turun naik. Tapi masa tue tak bawa botol Vivix. Jadi kali nie, makcik bawa botol Vivix, dan panjat Jabal Rahmah pula.
Pegang botol Vivix nie bukan apa, nak tunjukkan yang Vivix dan vitamin lain banyak bantu kesihatan makcik. Sampai makcik mampu lah panjat bukit.
Sambil tue, bila dah tiba kat atas Jabal Rahmah tue, makcik doakan sekali supaya bisnes Shaklee anak makcik bertambah maju, murah rezeki…”
Oh, makcik ini pengguna tegar Vivix dan suplemen rupanya. Patutlah cergas bertenaga, walaupun masing-masing dah 60-an. 64 tahun dan masih steady panjat bukit? Salute!
Apapun, part makcik cakap dia doakan untuk anak tue, terus mata berkaca-kaca. Cepat-cepat toleh tempat lain. Tak dapat tangkap dah apa ayat belakangnya. Sungguh, terharu sangat!
Hantar Ibu Ayah Ke Tanah Suci Ketika Masih Bertenaga
Untunglah anak-anak yang berpeluang hantar ibu ayah untuk tunaikan Umrah dan Haji, tak kisahlah melalui peluang Umrah percuma Shaklee atau bayar sendiri. Doa ibu ayah dah lah memang mustajab, berdoa di tempat yang mustajab (Jabal Rahmah) pula tue. Untung sangat anaknya.
Untuk sahabat yang membaca entri ini, jika ibu ayah kalian masih belum pernah ke tanah suci, jom usahakan untuk hantar mereka ke sana. Sementara mereka masih sihat, dan selagi kudrat mereka masih ada. Ibadah Umrah nampak macam mudah, tapi sebenarnya perlukan badan yang sihat, tenaga yang kuat secara fizikal dan juga rohani.
Bajet tak cukup, tak mengapa. Pasang niat dahulu, Insya Allah dipermudahkan… 😉
Suka entri ini? Jemput kongsikan dengan kawan-kawan.
Follow FB Arnie Samsudin untuk ketahui lanjut perjalanan umrah ziarah kami.
Daftar ahli Shaklee di sini, langkah pertama untuk dapat peluang trip percuma.
MeqZa Abdul Rahman says
Ahamdulillah, berbakti kepada ibu sebagai balasan doa mereka memudahkan perjalanan hidup kita kan?
GenkiMomma says
Jom berbakti selagi hayat ibu ayah masih ada…
yana says
Ya Allah… seronoknya baca pengalaman ni…
GenkiMomma says
Tak terbendung air mata bila dengar doa dari seorang ibu ikhlas untuk anaknya…
Mama Chantique says
MasyaAllah…seronok ada terharu pun ada…
GenkiMomma says
Betul, macam-macam perasaan ada..