Kali pertama tahu tentang kayap ini ketika berada di asrama, masa sekolah menengah. Kawan satu dorm diserang kayap di kawasan pinggang. Mulanya kami ingat gatal-gatal biasa. Namun, agak pelik sebab sahabat ini kata ianya bukan setakat rasa gatal, tapi teramat sakit. Malah, lepuhan kayap nya agak panjang, membentuk satu garisan.
Ingat lagi satu malam, warden bergegas hantar kawan ke hospital untuk dapatkan rawatan kayap. Dia menangis tak henti, sebab tak dapat tahan kesakitan kayap tue. Alhamdulillah, setelah mendapat rawatan yang betul, sahabat ini sembuh dari kayap.
Ada juga yang kata, kalau garisan lepuhan itu bersambung, membentuk satu lilitan di badan, nyawa pesakit kayap mungkin dalam bahaya. Itu dipanggil kayap ular. Betul ataupun tidak, wallahu’alam…
Punca dan Penyebab Penyakit Kayap
Kayap ialah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster. Virus varicella zoster adalah virus yang sama menyebabkan demam cacar air (chicken pox).
Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster.
Penyebab penyakit kayap ialah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air. Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion).
Apabila sistem imun menjadi lemah, virus varicella zoster menjadi aktif semula. Ia akan menyerang urat saraf, dan manyebabkan keradangan saraf tersebut. Maka terjadilah penyakit kayap.
Golongan yang berisiko untuk diserang penyakit kayap ialah:
- Peningkatan umur (lebih daripada 50 tahun). Apabila umur meningkat, secara semulajadi ketahanan sistem imun juga berkurangan.
- Sistem imun lemah. Sistem pertahanan badan boleh menjadi lemah kerana pelbagai sebab seperti terkena jangkitan kuman HIV, dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, 10% hingga 30% berkemungkinan menghidapi penyakit kayap.
Rawatan Kayap Dengan Bawang Putih dan Biji Labu
Memandangkan penyakit kayap berpunca daripada sistem pertahanan badan yang lemah, dan pengaktifan semula virus varicella zoster di dalam badan, pesakit kayap perlukan nutrisi untuk menguatkan sistem imun badan nya.
Di Shaklee, suplemen yang membantu untuk menguatkan sistem pertahanan badan ialah Garlic Complex (bawang putih), dan juga Nutriferon (gabungan biji labu, benih Plantago, bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower).
- Bawang putih terkenal sebagai antibiotik, antivirus dan antihistamine semulajadi. Khasiat bawang putih dipercayai dapat mencegah Candida, dan sangat membantu menguatkan sistem imun badan.
- Nutriferon berfungsi menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan Interferon semulajadi di dalam badan. Suplemen penggalak imun ini dicipta oleh pakar imun Dr. Yasuhiko Kojima, selepas menjalankan ujikaji ke atas beribu-ribu sebatian dan herba lain.
Kedua-dua suplemen penggalak sistem imun ini boleh membantu menguatkan sistem badan individu jika diambil dengan konsisten, dan mengikut aturan makan yang betul. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi, tanpa steroid.
Testimoni Rawatan Kayap Dengan Suplemen Penggalak Imun Shaklee
Berikut merupakan beberapa testimoni daripada pesakit kayap, yang telah mengamalkan suplemen penggalak imun Shaklee (Garlic Complex dan NutriFeron) dalam usaha menangani penyakit kayap.
Testimoni Rawatan Kayap di Muka Dengan NutriFeron:
“Ramadhan 2011, diserang penyakit kayap di bahagian muka. Habis separuh muka sebelah kanan melepuh-lepuh. Masuk wad 5 hari sebab dah efek kepada mata juga. Makan ubat Acyclovir 5x sehari. Jadi, memang tak boleh puasa langsung.
Lepas keluar hospital, selain teruskan makan Acyclovir, dan sapu dalam mata, Along Hadhatina bagi makan NutriFeron. NutriFeron nie untuk boost semula sistem imun badan yang dah lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti makan ubat dan suplemen Shaklee, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka.” -Cik Norhayati
Testimoni Penyakit Kayap Kering Selepas Seminggu:
“Sebelum ini Nur pernah dengar je. Bila dah kena, baru tahu camna sakitnya kayap. Terasa sangat sakit berdenyut-denyut sebab virus kayap dah serang saraf. Paling mencabar masa nak menyusu kan anak. Bila sakit dah tak tertanggung, Nur jumpa doktor. Doktor kata, perlukan sebulan untuk baik.
Nur cuba ambil suplemen Garlic Complex. Alhamdulillah, dalam masa seminggu boleh nampak lepuhan yang berair tue dah mula kering. Syukur sangat-sangat. Rasa sakit tiada lagi.” -Puan Nur.
Testimoni Penyakit Kayap Beransur Pulih Dengan NutriFeron:
“Alhamdulillah kayap semakin beransur pulih (lepas ambil NutriFeron).. Dah kering dah, tinggal kesan warna hitam sahaja.”
Testimoni Kayap Kering Dalam 7 Hari Dengan Suplemen Immune Booster:
“Anak sulung kena kayap. Bawa ke klinik, doktor cakap tiada ubat oral, hanya boleh beri ubat sapu. Pergi 3 buah klinik. Semua doktor cakap yang sama. Tapi, doktor suggest suplemen yang boleh boost imun badan anak, sebab virus herpes ini akan menyerang bila sistem imun rendah.
Saya berikan NutriFeron, add on sekali vitalea for kids, chewable vita-c dan Meal Shakes.. Alhamdulillah, seminggu lepas tue terus kering kayap nya.” -Puan Aieda
Cara Dapatkan Set Immune Booster Penyakit Kayap
Sakit sangat jika terkena penyakit kayap ini. Kami faham, mesti anda kasihan melihat insan tersayang menderita dan, tak sabar nak berikan nutrisi penggalak imun untuknya segera.
Sebelum itu, mari kami terangkan harga produk dan proses pembelian produk.
Harga untuk Set Immune Booster Penyakit Kayap (*tak termasuk postage) ialah:
- NutriFeron (1 kotak, 30 sachet): RM192.13
- Garlic Complex (60 tablet): RM59.63
(1) Anda boleh terus buat belian online Set Immune Booster Penyakit Kayap di sini (klik). Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Set Immune Booster Penyakit Kayap ini akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M). Jangan risau, 100% selamat.
(2) Atau, anda juga boleh mendapatkan penjimatan sehingga 20% sekiranya mendaftar sebagai ahli Shaklee. WhatsApp kami di 017-3030081 (klik) untuk “daftar keahlian + pembelian Set Immune Booster Penyakit Kayap”. Terus layak buat belian dengan harga ahli.
Jadual pemakanan Set Immune Booster Penyakit Kayap akan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dari GenkiMomma.My sahaja. Harap maklum.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
*Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Eizil says
Baru tahu rawatan kayap ni guna bawang putih dan biji labu. tak pernah kena setakat ni, waktu kat asrama dulu pun macam tak pernah ada kes kayap.
GenkiMomma says
Bawang putih tue banyak sangat khasiatnya. Kalau rajin, boleh amalkan makan 2-3 ulas bawang putih mentah setiap hari. Harapnya boleh jadi ikhtiar elakkan kayap… 😀
Ikhwan says
Masa sekolah asrama, satu dorm saya kena kurap hehehe
GenkiMomma says
Alamak! hahaha… 😛
cik tom says
pernah jugak pasal kayap ular tu..kesahihan wallahualam..xpernah plk ada kawan kena kayap masa kat asrama dulu…hihi
GenkiMomma says
seram je kan kayap ular tue.. Na’udzubillahiminzalik..
Noriza Rahman says
Kayap ni memang sakit bila dah kena..namun alam semulajadi banyak sangat ramuan yang bolrh membantu kan?
GenkiMomma says
Itulah, dulu ingatkan kayap nie sama je macam gatal-gatal biasa.. Rupanya lain, kayap lebih sakit sebab attack saraf, aduhhh…
mrhanafi says
pernah kena waktu sekolah dulu…rasanya pergh..sakit tak terkata..boleh tangkap leleh jika hati tak kuat..itulah dahsyatnya kayap
GenkiMomma says
aduh, baca pun dah terasa ngerinya.. sebab tangkap kat urat tue yang bikin rasa sakit luar biasa..