Sabun Basuh Pinggan Shaklee Menjimatkan | Kali pertama basuh pinggan guna Hand Dish Wash Concentrate ini terus jatuh hati dengan teksturnya, bau harumnya, kelebihannya menghilangkan kotoran berminyak dengan cepat, dan paling utama, tangan rasa sangat lembut seolah-olah memakai hand cream selepas selesai basuh pinggan!
Sabun Basuh Pinggan Shaklee Menjimatkan?
Ya, sangat menjimatkan! Bila dah cuba terus rasa nak guna sampai bila-bila!
5 Sebab Mengapa Sabun Basuh Pinggan Shaklee menjimatkan:
- Tahan lama, hampir 2 bulan (tempoh guna: 10 Dec, 2014 – 5 Feb, 2015). Kami guna setiap hari untuk basuh pinggan untuk ahli keluarga seramai 6 orang.
- Pantas menanggalkan minyak dan kotoran degil. Hanya picit beberapa titis dan rendamkan dengan air sekejap. Kotoran mudah dibersihkan, pinggan bersih berkilat.
- Beberapa titis Dish Wash Concentrate sahaja untuk menghasilkan bancuhan sabun basuh pinggan yang penuh dengan buih. Buih sabun tahan lama.
- Lepas basuh pinggan tak perlu basuh tangan guna sabun basuh tangan, atau sapu losyen tangan, kerana tangan akan rasa semulajadi lembut, dan berbau harum. Amat sesuai bagi yang tangan sensitif dan alah dengan sabun kerana sabun basuh pinggan Shaklee, Dish Wash Concentrate ini tidak merengsakan kulit tangan.
- Selamat untuk basuh botol susu anak. Tak perlu beli sabun basuh botol susu berasingan.
Apakah kelebihan sabun basuh pinggan Shaklee nie?
Sabun basuh pinggan Shaklee yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda perlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.
- Lembut pada tangan.
- Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi.
- Buih sabun yang tahan lebih lama.
- Menjadikan pinggan bersih berkilau.
- Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.
Tahukah Anda?
- Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
- Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain.
Sentiasa Selamat
- Tiada toksik.
- Hipoalergenik.
- Tanpa klorin.
- Lembut pada tangan anda.
- pH seimbang.
- Tiada bahan kimia berbahaya.
Sentiasa Berkesan
- Amat berkesan menanggalkan minyak.
- Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak.
- Buih sabun yang tahan lebih lama.
Sentiasa Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa).
- Mudah biorosot.
- Tanpa fosfat.
- Tanpa bahan pewarna.
- Bungkusan yang boleh dikitar semula.
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan.
Testimoni GenkiMomma:
Sebagai seorang yang mempunyai kulit sensitif sejak kecil, dan sangat teliti dalam pemilihan sabun samaada untuk sabun mandi, sabun basuh baju, termasuklah sabun basuh pinggan, saya amat berpuas hati dengan sabun basuh pinggan Shaklee, Hand Dish Wash ini. Sebelum ini tangan saya akan berasa panas setiap kali lepas basuh pinggan, disertai dengan tapak tangan menjadi kering sehingga keluar garis-garis halus, berkedut, dan adakalanya merekah kerana alah dengan sabun basuh pinggan, kini tidak lagi.
Jika dahulu akan tergopoh-gapah cari losyen tangan setiap kali lepas basuh pinggan, kini boleh terus buat kerja lain, sambil seronok rasa kelembutan tangan, feeling macam baru lepas pakai hand cream. Serius berbaloi!
Dengan Hand Dish Wash, basuh pinggan amat menyeronokkan! Tak perlu maid lagi! 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
Noriza Rahman says
Memang sangat menjimatkan la..kalau sabun biasa tu setengah bulan dah habis guna
GenkiMomma says
Jimat, wangi, bersih dan selamat! 😉