Sakit perut di Hari Raya? Tak best nyaaaaa….
Hari pertama beraya mesti tak sabar nak makan ketupat, lemang, rendang dan pelbagai juadah Raya yang lain, kan? Tak lengkap rasanya hari raya kalau tak jamah rendang. Biasanya malam Raya lagi kita dah mula makan rendang, lepas berbuka hari terakhir tue.
Rendang nie bukan sekadar makanan tema hari raya satu Malaysia, tetapi memang sangat sedap di makan selain hari raya juga. Bezanya, bila makan banyak rendang pada hari selain 1 Syawal, biasanya tiada apa-apa efek luar biasa pun.
Tapi, kalau overdose makan rendang, makanan berempah atau pedas pada 1 Syawal nie, risiko nak kena sakit perut di hari raya tue sangatlah tinggi!
Mengapa Sakit Perut di Hari Raya?
3 sebab utama kita mudah sakit perut di hari raya terutama Hari Raya pertama ialah:
(1) Makanan tak masak sepenuhnya (undercooked). Ayam atau daging tak dimasak dengan betul. Cili atau rempah tak ditumis hingga benar-benar masak.
(2) Keracunan makanan (food poisoning). Makanan tercemar kerana tak di simpan dengan betul. Apabila terdedah, dan dihurung lalat, sekaligus menggalakkan pembiakan telur lalat.
(3) “Perut terkejut”. Selepas sebulan perut tidak bekerja keras kerana berpuasa, dan kita pun tidak makan makanan yang terlalu pedas atau berempah, tiba-tiba 1 Syawal perut dikejutkan dengan kemasukan bertubi-tubi pelbagai jenis makanan terutama yang berempah. Mau tak terkejut?
Diet Detoks Parasit, Apa Yang Tak Boleh di Makan?
Pengalaman sendiri masa kecil, kami pernah beraya dan makan rendang di rumah tersebut. Pulang sahaja di rumah, semua orang sakit perut kena cirit-birit yang teruk, sampai lembik lah. Toilet ada satu je pulak tue, tambah stress lah semua orang tunggu giliran!
Sejak dari hari tue, memang suspen je setiap kali 1 Syawal, walau dah hampir 30 tahun “peristiwa” tue berlaku. Rule of thumb, elakkan makan rendang dengan beriya di 1 Syawal. Kalau makan rendang di rumah sendiri, confident sikit. Tapi kalau keluar beraya, saya jamah seadanya aje. Takut!
Perisai Sakit Perut di Hari Raya
Ada beberapa home remedies yang kita boleh amalkan apabila terkena sakit perut di hari raya nie. Di antaranya ialah penggunaan halia, bawang putih, lemon, yogurt, cuka epal dan lain-lain.
Namun, kami lebih suka amalkan NutriFeron dan Peppermint-Ginger Plus untuk perut meragam, dan juga Herb-Lax untuk masalah sembelit. Mudah di bawa ke mana-mana.
(1) NutriFeron
Jika sakit perut di hari raya sehingga cirit-birit, kami amalkan Nutriferon untuk bantu meredakan sakit perut. Alhamdulillah, biasanya rasa bisa cirit-birit tue cepat kebah, dan tiada rasa nak membuang, lepas membuang kali pertama tue. Takdelah asyik ulang alik tandas. Dah tak bergantung lagi dengan pil Chi Kit ***. Anak-anak pun pandai minta NutriFeron apabila rasa tak sedap perut.
(2) Peppermint-Ginger Plus
Jika sakit perut kerana sebu, berangin, atau tidak selesa, kami amalkan Peppermint-Ginger Plus. Khasiat halia, pudina, jintan dan pelbagai herba lain membantu melegakan perut meragam. Tak perlu susah payah cari halia dan herba. Telan begitu sahaja, atau bancuh dalam teh O panas.
Sedapnya rasa Teh Pudina panas! Nak buat minum petang santai pun boleh.
(3) Herb-Lax
Jika perut sembelit, tiada gesaan langsung nak membuang berhari-hari, sampai perut naik buncit, kami amalkan Herb-Lax yang sangat powerful untuk melawaskan penghadaman. Perut lega, kempis sedikit, terus fefeeling kurus sekejap. Hehe…
Bagaimana Nak Beli NutriFeron, Peppermint-Ginger & Herb-Lax?
Mudah aje. Kalau nak bawa bersama 3 suplemen perisai sakit perut ini di dalam beg tangan anda, boleh buat belian Online di sini (klik). Jangan risau, 100% secured, dijamin oleh Shaklee (M).
Atau, boleh terus WhatsApp kami di 017-3030081. Fast reply!
Apapun cara yang kita pilih untuk mengatasi masalah sakit perut di hari raya ini, lebih utama ialah kita bersederhana dalam menjamu selera bagi mengelakkan diri dari terkena apa jua penyakit.
Lagipun, Raya kan sebulan? Jangan risau tak cukup makan… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak Order Suplemen Perisai Sakit Perut?
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Bahrain says
Nasib tak sakit perut time raya. hehe
GenkiMomma says
Selamat! Hehe…
Oja Samid says
alhamdulillah tahun nie dah pandai jaga makan, takde insiden sakit perut atau senak mcm tahun2 lepas. haha..
GenkiMomma says
Seriau kalau kena cherry-berry time Raya nie, jenuh beratur tunggu turn “rumah kecik”… 😛
Hairul HIssam says
Mmg betul tuu.. cili kalau tak masak batul.. mau sakit parut sampai ke malam..
GenkiMomma says
haaa seksa kan, rasa rempah bergelora kat dalam perut & kerongkong, ekeke…
Noriza Rahman says
Memang terkena lagi sakit perut di hari raya tahun ni..hadoiiii
GenkiMomma says
hadoiii jugak, ekeke…