Beberapa hari sebelum tahu sedang hamil anak ke-3, saya pernah jatuh terduduk di tangga.
Kisahnya, masa tue awal pagi dan saya sedang bergegas nak pergi kerja. Pembantu rumah baru sahaja selesai mengemop tangga. Biasanya dia lap kering-kering, tapi mungkin pagi tue ada miss beberapa tempat. Ya Allah, jatuh terduduk. Macam nangka busuk, ok. Bedebuk, gitu.
Memandangkan takde rasa sakit melampau, sekadar sengal-sengal sahaja, saya terus ke pejabat. Dah lah tak tahu sedang pregnant, jadi tak pergi jumpa doktor pun.
UPT Positif, Jatuh Tangga dan Sakit Pinggang Melampau
Beberapa hari kemudian, dapat berita gembira UPT check positif. Kami teruja sangat sebab hampir 4 tahun menunggu kehadirannya. Masa ini masih tak teringat lagi yang pernah jatuh tangga minggu lepasnya. Tambahan pula tiada bleeding dan tanda-tanda mencurigakan.
Sehinggalah satu ketika saya mula sakit pinggang. Mulanya sakit sedikit aje. Tapi, lama kelamaan sakitnya makin bertambah sampai saya terpaksa work from home, tak dapat pergi ke ofis.
Memang ibu mengandung akan rasa sakit pinggang. Tapi yang ini lain macam rasa sakitnya. Sakit pinggang melampau ala sakit senggugut. Tapi, tiada pendarahan.
Teringat kes jatuh tangga terduduk tue, jadi cepat-cepat pergi klinik. Hasil pemeriksaan, doktor cakap semuanya normal, dan progress baby (kira baby lah walaupun baru 5-6 minggu, hehe) masih OK.
Saya tanyakan tentang masalah sakit pinggang melampau tue, “Bila mengandung anak ke-3 nie, awal-awal nie akan rasa sakit pinggang teruk ke doktor? Sebab dah pernah beranak sebelum nie?”
Haa kelakar kan soalan? Hihi.. Tapi, baik tanya daripada pandai-pandai buat andaian sendiri.
Jawab doktor, “Ehh tak semestinya. Sakit pinggang nie ada banyak sebab, tapi tak semua ibu pregnant yang alami sakit pinggang di awal pregnancy. Puan banyakkan rehat sebab masih baru lagi nie. Amalkan makanan seimbang dan pastikan cukup kalsium harian”.
Ibu Mengandung dan Kekurangan Kalsium
Ya Allah, baru teringat yang dah lama sangat tak makan suplemen kalsium. Hampir 2 tahun dah.
Sebelum ini memang tak culas ambil suplemen kalsium, termasuklah multivitamin Vita-Lea, protein soya dan lain-lain. Tapi, bila stop aje penyusuan anak kedua, terus tak disiplin dah makan suplemen. Ikut mana sempat aje. Nampak sangat sebelum nie konsisten makan suplemen sebab anak.
Minum susu jauh sekali, sayuran hijau pun kadang makan kadang tidak. Bila dah pregnant nie, awal kehamilan pakej sekali rasa mual loya yang teruk. Susu memang tolak awal-awal lah. Keju kegemaran pun automatik jadi makanan yang tak digemari. Selera makan hilang.
Terus cepat-cepat order OsteMatrix dari Shaklee. OsteMatrix ini ialah suplemen Kalsium-Magnesium, yang lengkap dengan Vitamin D, Boron dan Zink.
Aduh, risau ok. Sakit pinggang sikit-sikit itu normal lah, dah nama pun ibu mengandung. Tapi, kalau sakit pinggang macam nak patah pinggang ala orang sakit senggugut, itu tidak normal.
5 Punca Wanita Hamil Sakit Pinggang Sampai Sukar Berjalan
Sakit Pinggang Melampau Berkurangan Bila Cukup Kalsium
Saya mula istiqamah makan 4 biji OsteMatrix sehari. 1 biji OsteMatrix = 250mg Kalsium.
Ibu mengandung perlukan 1,000mg – 1,200mg Kalsium-Magnesium sepanjang kehamilan. Almaklumlah, bekalan kalsium untuk 2 orang – diri sendiri dan baby.
Alhamdulillah, sakit pinggang melampau tue beransur kurang, dan lama-kelamaan terus hilang. Kekurangan Kalsium rupa-rupanya. Ingatkan cukup sumber kalsium dari makanan harian aje.
Kita rasa macam dah cukup banyak ambil makanan tinggi kalsium setiap hari, kan?
Tanpa kita sedari, ada faktor lain yang mengganggu penyerapan kalsium dengan baik ke dalam badan kita. Contohnya, pengambilan kafein berlebihan, merokok, ataupun badan tak cukup Vitamin D. Jadi, badan tak dapat serap kalsium sepenuhnya, dan mengalir keluar sebagai bahan kumuh.
Kesan kekurangan kalsium? Isk, macam-macam efek kesihatan ada.
Paling ngeri dengan risiko Osteoperosis, keadaan bilamana tulang jadi rapuh.
Ini perkongsian dari pengalaman saya sendiri, di awal kehamilan anak ke-3 sekitar tahun 2011. Sakit pinggang melampau ingatkan sebab jatuh tangga. Rupa-rupanya sebab tak cukup ambil kalsium.
Jika anda mengalami simptom yang sama, boleh cuba tingkatkan pengambilan kalsium, mengikut kuntiti yang disarankan untuk ibu hamil. Namun, jika rasa sakit pinggang melampau itu berterusan, terutama jika disertai dengan pendarahan, segeralah berjumpa doktor.
Set Pregnancy Shaklee lengkap dengan 6 Nutrisi Penting
*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Ngerinya jatuh tangga tu, udah lah tak tau pregnant pulak.