Minggu lepas anak ketiga kami demam secara tiba-tiba. Siangnya elok je bermain dan berlari. Malamnya tiba-tiba jadi kurang aktif. Menjelang tengah malam, badannya sangat panas. Sah demam!
Mulanya kami berikan ubat demam seperti biasa. Suhu badannya berkurangan sedikit, tapi demamnya kejap ada kejap tiada. Selera makan juga berkurangan. Dia request nak makan macam-macam, tapi masuk sesuap je terus stop. Terus sambung baring-baring.
Kadang-kadang seharian tak makan. Susu pun minum separuh.
Sampailah ke hari Sabtu, dia muntah 3 kali sepanjang pagi sahaja. Dan, asyik mengadu sakit perut. Tak boleh jadi, terus bawa ke klinik.
Hasil diagnosis, doktor sahkan Hafiy sakit tonsil. Tonsilnya bengkak sedikit.
Jenis-jenis Sakit Tonsil
Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Tonsil akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak, menjadi radang dan membesar. Keadaan ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berusia 2-3 tahun. Ini contoh keadaan tonsil yang bengkak:
Macam anak kami, doktor kata kadar bengkak tonsil nya di antara 1 ke 2.
Kemudian, sedikit demi sedikit peranan tonsil ini akan diambil alih oleh sistem pertahanan badan yang lebih matang dan menyeluruh. Apabila ini berlaku, tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Namun, ada juga individu yang menghidap sakit tonsil sehingga dewasa, di mana tisu tonsil kekal besar dan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Individu ini akan kerap menghidapi sakit tonsil, sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Simptom dan Bahaya Bengkak Tonsil Kepada Kanak-Kanak
Rawatan Sakit Tonsil Kanak-kanak Secara Semulajadi
Sekiranya anak anda sakit tonsil, segeralah berjumpa doktor untuk merawat sakit tonsil mereka. Biasanya doktor akan membuat pemeriksaan ke dalam mulut dan telinga, seterusnya memberikan ubat yang bersesuaian dengan kondisi sakit tonsil anak.
Contohnya, ubat demam (Paracetamol), ubat sakit tekak, ubat antibiotik dan lain-lain.
Di antara rawatan sakit tonsil secara semulajadi tanpa ubat ialah:
- Banyakkan minum air suam, ataupun lemon suam.
- Berikan ais krim atau soft cream perisa Vanilla untuk bantu meredakan bengkak tonsil.
- Kumur dengan air garam suam, bagi mematikan kuman di kawasan yang terkena jangkitan. Hati-hati jangan sampai tertelan air garam tersebut.
- Berikan vitamin untuk meningkatkan antibodi anak.
Sekiranya sakit tonsil berulang-ulang dan membawa mudarat, doktor pakar ENT mungkin akan menyarankan Tonsillectomy (tonsil dibuang sepenuhnya).
Tonsil Bengkak Buat Anak Hilang Selera Makan Minum
Sakit tonsil walaupun nampak tidak merbahaya, tidak boleh dipandang remeh. Macam anak kami, seminggu jugalah dia down, tak aktif dan ceria macam selalu, asyik baring sahaja. Selera nak makan tue ada, tapi bila masuk je ke mulut dia akan keluarkan balik. Dan, terus stop makan.
Nampak makanan macam fobia aje. Paling tak best, berat badan dia turun mendadak.
Kami cuba nak berikan antibiotik, terus dia muntahkan dan jerit-jerit tak mahu sebab pahit. Saya cuba rasa sedikit antibiotik tue, ya memang pahit dan payau. Lama pulak after-taste pahit tue terkesan dalam mulut. Kita yang dewasa pun tak boleh tolerate, apalagi anak kecil. Fuh!
Jadi, kami pilih cara no. 4 – berikan vitamin untuk tingkatkan antibodi anak.
Sakit Tonsil Anak Sembuh Tanpa Ubat
Untuk bantu penyembuhan sakit tonsil Hafiy, kami berikan suplemen immune booster untuk kuatkan sistem pertahanan badannya melawan jangkitan kuman pada tonsil yang bengkak tue.
Suplemen immune booster yang dimaksudkan ialah NutriFeron, MealShakes & Chewable Vitamin C.
Meal Shakes dan NutriFeron yang dicampurkan sedikit ke dalam susunya. Manakala Chewable Vita-C juga kami berikan untuk dia kunyah, bagi melegakan bengkak tonsil nya.
Selain itu, sebab dia kurang minum air, kami berikan minuman Performance Drink.
Nak lebih sedap, kami buat ais krim sebab bila sakit tonsil bengkak nie, ais krim yang bernutrisi sangat membantu. Ibu-ibu boleh campurkan bahan adunan berikut untuk buat ais krim:
- campurkan Meal Shakes + NutriFeron ini ke dalam adunan ais krim pilihan.
- campurkan Meal Shakes + NutriFeron + Performance Drink (jika ada) sebagai asas ais krim.
Lebih bernutrisi, serta bantu badan anak kekal terhidrat. Yang penting, homemade! Kannn?
Set Immune Booster Tonsil Bengkak
Alhamdulillah, Hafiy dah sembuh dari demam sakit tonsil, tanpa makan sebarang ubat, termasuklah antibiotik. Dia sudah boleh makan dan minum macam biasa, dan kembali aktif.
Fungsi setiap suplemen Immune Booster untuk tonsil bengkak ini seperti berikut:
- NutriFeron (RM190): Immune booster untuk aktifkan Interferon (sistem pertahanan badan) di dalam badan. Sistem imun yang kuat, bantu melawan jangkitan kuman pada tonsil.
- Meal Shakes (RM120): Multivitamin dan multimineral lengkap dengan protein, untuk tampung keperluan nutrisi hariannya. Sangat digalakkan pengambilan Meal Shakes ini, terutama jika anak tak mahu dan tiada selera makan.
- Chewable Vitamin C (RM51.25): untuk kuatkan antibodi, dan legakan tekak. Rasa masam manis oren juga bantu legakan ketidakselesaan tekak.
Jika anak anda juga sukar makan ubat, cubalah tips sembuh sakit tonsil tanpa makan ubat di atas. Boleh dapatkan set suplemen sakit tonsil secara online melalui link di bawah ini. Harganya ialah:
- Nutriferon (30 sachets) – RM190
- Meal Shakes (544g) – RM120
- Chewable-C Plus (90 tablets) – RM51.25
Beli online suplemen untuk tonsil bengkak >>> Set Immune Booster Tonsil Bengkak
Atau, whatsapp untuk pembelian set suplemen tonsil di 017-3030081. Jadual pemakanan set immune booster untuk sakit tonsil akan kami berikan dengan setiap pembelian dari kami sahaja.
Semoga membantu penyembuhan sakit tonsil anak anda, Insya Allah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Orang dewasa sakit tonsil pun sakit kan> Ini kan pula kanak-kanak…
Syukur Hafiy dah sembuh
GenkiMomma says
betul2 dewasa pun kena.. tapi kalau slalu sangat kena, boleh pilih utk buang tonsil..
Ayu says
Ank sya umr 1thn 5bln bru kuar wad td sbb batuk tonsil demam..klo nk bg aiskrim blh ke sbb dia btuk.ddk kt wad pon dia kne nep setiap 4jam.jd ape yg sesuai itk dia ye
GenkiMomma says
Puan Ayu boleh cuba berikan ice cream ataupun soft cream kepada anak.. Biasanya kalau jumpa doktor pun doktor akan advise yg sama.. tujuannya untuk sejukkan/ kurangkan rasa sakit pada bengkak tonsil tue..
Oja Samid says
Baru tahu pasal sakit tonsil ni macam mana. Selalu juga dengar budak-budak asyik demam on off sebab tonsil bengkak.
GenkiMomma says
Baru tahu juga nie.. Tak sangka efek sakit tonsil nie boleh tahan kuat jugak rupanya..