Kami sekeluarga jarang makan antibiotik. Kalau boleh elak makan antibiotik, 100% kami elak. Bila jumpa doktor, kami akan bertanya lebih lanjut keperluan antibiotik untuk penyakit yang sedang di alami. Selepas dapat penerangan lanjut dari doktor, barulah kami decide untuk teruskan atau tolak.
Namun, bukanlah bermaksud kami tolak rawatan doktor. Kami tetap pantau keadaan mereka, dan akan segera berjumpa doktor sekiranya keadaan memerlukan.

Salah Faham Penggunaan Antibiotik Menjadi Punca Kerintangan Antibiotik
Semalam terbaca perkongsian dari seorang doktor mengenai Antibiotik Menuju Kepupusan Generasi. Artikelnya sangat menarik kerana ramai yang masih salah faham tentang penggunaan Antibiotik, dan menggunakan antibiotik di waktu yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kerintangan antibiotik.
*Kredit penulisan asal oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir.
“Setelah belajar di Fakulti Perubatan, saya amat berhati-hati dengan antibiotik, bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga untuk ahli keluarga saya dan para pesakit. Kali terakhir saya mengambil antibiotik yang saya ingat adalah 7 tahun lepas itupun ketika saya dimasukkan di hospital setelah selesai operasi haji.
Mengapa para doktor yang bertanggung jawab amat berhati-hati dengan antibiotik?
Antibiotik adalah sejenis ubat yang amat berguna dan telah menyelamatkan jutaan nyawa manusia. Ia digunakan secara spesifik bagi menangani kes-kes jangkitan kuman, khususnya bakteria, yang telah meragut banyak nyawa satu ketika dahulu.
Antibiotik pertama di dunia adalah Penicillin yang dijumpai oleh Sir Alexander Fleming, seorang professor bakteriologi Scotland pada tahun 1928. Sejak dari itu telah muncul pelbagai antibiotik lain yang lebih kuat dan canggih serta mampu membunuh pelbagai kuman-kuman bahaya yang lain.
Malangnya, masalah terbesar yang dihadapi oleh umat manusia pada ketika ini adalah masalah kerintangan antibiotik (antibiotik resistance). Ia merupakan satu keadaan di mana kuman-kuman menjadi bertambah kebal hingga sudah mempunyai mekanisme untuk lali dari antibiotik. Dengan kata lain, kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria.

Jika ini dibiarkan berlaku, maka kita kembali ke zaman pra-antibiotik di mana tidak ada antibiotik lagi yang berkesan bagi merawat jangkitan (kepupusan antibiotik). Ini merupakan satu mala petaka yang dahsyat dan menakutkan jika berlaku!
Perkara ini berlaku pada kadar yang begitu menakutkan dan membimbangkan hingga WHO telah mengadakan Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia yang bermula dari 16 November hingga 22 November 2015. Kesedaran bukan hanya perlu diberikan kepada perawat dan kakitangan kesihatan tetapi juga kepada masyarakat awam juga.
Masalah kerintangan antibiotik ini berlaku kerana penyalahgunaan antibiotik dan juga penggunaan antibiotik yang keterlaluan.
Perlukah Antibiotik untuk Jangkitan Virus?
Tidak perlu. Kebanyakan jangkitan biasa yang dihidapi oleh masyarakat awam adalah disebabkan oleh virus. Bagi penyakit yang berpunca dari jangkitan virus, antibiotik tidak memberi sebarang kesan.
Penyalahgunaan antibiotik seperti ini akan menyebabkan bakteria-bakteria baik ini membina imuniti terhadap antibiotik tersebut. Ciri-ciri kerintangan ini akan dikongsi bersama bakteria-bakteria lain, yang kelak berpotensi membawa penyakit kepada kita. Maka berlakulah kerintangan antibiotik.

Contoh penyakit jangkitan virus yang tidak memerlukan antibiotik biasanya adalah selsema, kebanyakan batuk dan sakit tekak, cirit birit, flu dan sebagainya. Itulah sebabnya di hospital kerajaan, antibiotik adalah amat jarang diberikan untuk jangkitan-jangkitan seperti di atas.
Faktor Penggunaan Antibiotik Keterlaluan
Penggunaan antibiotik secara keterlaluan juga boleh berlaku atas beberapa faktor yang lain seperti:
1. Masyarakat mahu sembuh segera, lalu beri tekanan kepada doktor supaya memberikan antibiotik.
2. Ada antibiotik yang diberikan tanpa menunggu keputusan ujian bagi mengesahkan jangkitan.
3. Masyarakat tidak menghabiskan antibiotik dan mengakibatkan kuman tidak terbasmi malah menjadi kebal terhadap antibiotik yg tidak dihabiskan.
Penting bagi pesakit mengambil antibiotik mengikut preskripsi dan dos serta tempoh yang betul. Masalah bagi kebanyakan orang adalah keinginan untuk berhenti atau terlupa menghabiskan antibiotik apabila mula berasa sihat. Ini menyebabkan kuman-kuman tersebut membina imuniti tehadap antibiotik.
Impak Bakteria Super

Kewujudan bakteria-bakteria super (superbugs) ini akan menyebabkan pelbagai impak besar kepada kesihatan kita. Antaranya adalah:
1. Jangkitan menjadi lebih serius, dan spektrum penyakit menjadi lebih teruk.
2. Bertambahnya jumlah kematian dari jangkitan yang sebelumnya boleh dirawat.
3. Tempoh masa individu untuk pulih menjadi lebih lama.
4. Tempoh masa rawatan di hospital/ICU lebih panjang, menyebabkan kos perawatan meningkat, serta bebanan kewangan kepada kerajaan.
5. Kos ubat-ubatan menjadi lebih tinggi, dan cara merawat pesakit menjadi lebih kompleks dan complicated.
Apa anda boleh lakukan untuk perangi masalah kerintangan antibiotik?
1. Tanya doktor, apakah anda benar-benar memerlukan antibiotik apabila dipreskripsi? Apakah indikasinya yang membuat doktor membuat keputusan memulakan antibiotik?
2. Jangan minta antibiotik jika tiada keperluan.
3. Jika perlu ambil antibiotik (atas keputusan doktor), pastikan anda habiskan antibiotik tersebut dan memakannya mengikut dos dan cara yg diberitahu oleh ahli farmasi/doktor.
4. Jangan berkongsi antibiotik dengan sesiapapun.
5. Amalkan kebersihan di dalam kehidupan dan pemakanan seharian.
6. Pastikan anak-anak anda mendapatkan vaksin kerana sesetengah jangkitan seperti batuk kokol (pertusis), difteria dan hemophilus influenza B boleh dicegah dengan vaksinasi.
Suplemen Immune Booster
Di Shaklee, kami ada Nutriferon, yang berfungsi membantu meningkatkan kesihatan sistem imun badan. Dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi, rasa NutriFeron juga sedap, serta mudah di bawa ke mana-mana. Namun, ini bukan jaminan anda tidak akan mendapat jangkitan langsung ya.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Kalau dah biasa makan antibiotik lama-lama baketria dan virus pun dah menjadi imun kan?
Haaa, jadi Superbug terus! 😀
Cantiknya header blog GM, nampak fresh gitu
Thanks kak nord! 😉
tengok keperluan antibiotik, tak boleh main redah 🙂
Betul tue…
Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298
W’salam.. Untuk dapatkan produk Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam, boleh hubungi kami di 017-303 0081 atau 012-218 0781. Terima kasih.