Musim cuti sekolah datang lagi. Insya Allah, cuti hujung tahun 2015 ini, kami bercadang untuk mengkhatankan anak sulung kami berusia 9 tahun. Dia pun memang dah lama excited nak bersunat. Cuma kami yang bertangguh sebab nak pastikan dia betul-betul dah sedia mental dan fizikal sebelum berkhatan.
Sebagai ibu bapa pula, sebelum berkhatan, kami juga banyak survey sana sini info mengenai berkhatan. Almaklumlah anak lelaki pertama berkhatan. Si ayah survey klinik serta teknik berkhatan yang sesuai. Manakala si ibu pula survey tatacara penjagaan si anak selepas berkhatan.
Sebelum Berkhatan, Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Phimosis
Dalam pada mencari pelbagai info berkhatan, kami terjumpa artikel menarik tentang Phimosis daripada Dr Abdul Rahim. Jujurnya, ini kali pertama kami tahu tentang Phimosis.
Jadi, kami kongsikan tulisan beliau (di olah sedikit dari artikel asal) di blog ini untuk rujukan kami sendiri, dan semoga memberi manfaat kepada pembaca blog juga. Insya Allah…
Cuti sekolah doc sibuk buat berkhatan kanak-kanak. Tapi ramai kes doc dapati bebird anak-anak tu buta. Masalah bebird buta ini di panggil PHIMOSIS (bebird buta).
A. Apakah itu Phimosis?
1. Semua bayi lelaki dilahirkan normal dengan kulit kulup dalam bebird melekat pada kepala bebird sejak lahir hingga 4 tahun. Lekatan ini terpisah perlahan-lahan & kulut kulup dapat di tarik ke belakang untuk mendedahkan kesemua kepala bebird.
Doc nasihatkan ibu-ibu bantu bersihkan bebird bayi anda di setiap kali waktu mandi dengan menarik kulit kulup ke belakang bagi mendedahkan kepala bebird atau bantu meluaskan lubang kulup, serta mempercepatkan pemisahan lekatan kulup dengan kepala bebird.
Yang doc geram, ada ayah yang tak ambil kisah pun nak tengok bebird anak lelaki, sehingga anak-anak yang doc nak sunatkan masih ada masalah bebird buta (phimosis) nie.
2. Bila bebird buta, anak susah nak kencing & air kencing terpaksa keluar melalui lubang yang kecil. Maka, kepala bebird anak anda akan membelon, sebelum air kencing terpancut keluar.
3. Berbird buta boleh mengakibatkan anak rasa sakit ketika kencing sebab infeksi kencing, atau infeksi di kepala bebird, atau jadi merah radang.
4. Ada kes kencing berdarah.
5. Bebird buta boleh mengakibatkan pengumpulan smegma (kotoran hasil sekresi kelenjar kulup) di sekitar kepala bebird & membiakkan bakteria penyebab keradangan, seterusnya menjadi penyebab Cancer bebird.
B. Apakah Penyebab Phimosis?
1. Kegagalan kulit kulup untuk melonggar selama proses pertumbuhan.
2. Infeksi seperti balinitis/ kepala bebird.
3. Cacat bebird disebabkan oleh trauma.
4. Penyakit pada bebird.
5. Infeksi pada bebird dan kulit kulup.
C. Apakah simptom apabila terkena Phimosis?
1. Bahagian depan bebird menggelembung.
2. Anak menangis ketika membuang air kecil kerana rasa sakit.
3. Air kencing (urin) keluar tidak lancar.
4. Demam tinggi atau iritasi pada bebird.
D. Apakah cara mengubati Phimosis?
1. Bersunat, atau berkhatan.
2. Sapu krim steroid, untuk tingkat elastik kulup.
3. Meregangkan kulit kulup setelah mandi dengan menggunakan air hangat suam selama 10 minit setiap hari. Peregangan kulit kulup dilakukan dengan hati-hati untk hindari luka.
Nasihat Doktor Rahim untuk semua ibu bapa:
Jangan pelihara burung yang bersuara merdu di dalam sangkar je, bebird anak jangan lupa diperhatikan dan dibersihkan selalu, supaya tidak menerima nasib menjadi si bebird buta (Phimosis).
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim, Pangsapuri Garuda, Bayan Lepas, Penang.
04-6444181
*Bebird di dalam artikel di atas merujuk kepada alat sulit kanak-kanak lelaki.
Alhamdulillah, ilmu baru buat kami pada hari ini tentang Phimosis di kalangan anak lelaki, terutama sebelum berkhatan nie. Pernah ada seorang anak kenalan kami yang bersunat awal juga, kerana mempunyai masalah bebird membengkak dan sukar untuk buang air kecil. Phimosis rupanya.
Patutlah berkhatan ini amat dituntut oleh agama. Rupa-rupanya berkhatan ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Semoga menjadi panduan buat semua ibu bapa yang mempunyai anak lelaki juga, Insya Allah.. 🙂
Tips Mendidik Anak Lelaki, Peranan Si Ayah
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips parenting terkini.
nur razali says
Info tentang phimosis ni membantu sgt2 kak arnie..maklumlah da ank ank bujang sorang, bru tau pasal ni, cepat2 share entry kt husband..hehehe
GenkiMomma says
Betul Nur, saya pun baru je tau.. Sempat lagi nie kita nak apply pada anak2 bujang kita, hehe… 😀
Oja Samid says
daku pun baru tahu pasal nie bila anak bersunat hari tue. syukur zaman sekarang banyak artikel yang doktor share utk tambahkan pengetahuan ibu bapa.
GenkiMomma says
betul lah, terima kasih kepada doktor2 yg rajin infosharing online..
azimah mohd zainuddin says
Info ini memang sangat membantu….lebih-lebih lagi kepada ibu muda yang tiada pengalaman
GenkiMomma says
Ibu yang tak berapa muda nie pun baru je tau zimah, anak dah 9 tahun! hihihi…