Selamatkah Makan Vitamin Dah Tamat Tarikh Luput | Vitamin yang telah tamat tarikh luput tidak menjadi basi seperti makanan. Vitamin tamat tarikh luput juga tidak bertukar menjadi racun mahupun toksin. Bagi pengamal suplemen yang konsisten makan vitamin setiap hari, jarang sekali mereka mempunyai stok vitamin yang sudah tamat tarikh luput.
Namun, kebanyakan pengguna membuat vitamin seperti ubat, makan apabila ‘rasa perlu’ sahaja. Contohnya, makan Vitamin-C untuk meningkatkan imun badan ketika musim jerebu. Bila demam sudah kebah, terus berhenti makan Vitamin-C. Bila nak makan semula, tengok-tengok botol vitamin sudah berhabuk, dan vitamin sudah tamat tarikh luput. Boleh makan lagi ke Vitamin-C ini?
Selamatkah Makan Vitamin Dah Tamat Tarikh Luput
Sebenarnya, U.S FDA (Food & Drug Administration) tidak mewajibkan pengeluar vitamin untuk mempamerkan tarikh luput suplemen yang mereka jual, walaupun suplemen itu hanya boleh dibeli dengan preskripsi di kaunter.
Namun, kebanyakan pengeluar vitamin memilih untuk mempamerkan info tamat tarikh luput kerana:
- Mudah untuk merekodkan tarikh pengeluaran produk.
- Mempamerkan satu tempoh jangkamasa di mana, vitamin tersebut dijamin masih mengekalkan nilai potensi paling tinggi.
Majoriti suplemen di pasaran masih mempunyai nilai nutrisi bertahun-tahun selepas tamat tarikh luput, terutama jika vitamin itu disimpan di tempat yang bersesuaian. Walaubagaimanapun, nilai potensinya sudah berkurangan. Jangkahayat setiap suplemen juga berbeza bergantung kepada efikasi produk, kualiti bahan mentah, pendedahan kepada cahaya, kelembapan dan suhu keliling.
Produk herba contohnya, akan mula termusnah sedikit demi sedikit berkadaran dengan masa, berbanding suplemen daripada unsur lain. Namun, ramai pakar menganggarkan bahawa efikasi produk herba mula hilang lebih kurang 2 tahun selepas tamat tarikh luput, dengan syarat suplemen herba ini belum pernah dibuka, dan disimpan di tempat yang dingin dan gelap.
Apakah Maksud Tarikh Luput (Expiry Dates)?
Di setiap botol suplemen pasti ada label fakta suplemen seperti dalam gambar di bawah ini. Untuk contoh ini, perhatikan no. 6, EXP ialah tarikh luput (Expiry dates).
“EXP” indicates the expiration date; that is, the date by which the supplements in the bottle will have degraded to the point that the percent of DV listed on the label is no longer accurate.
Consuming supplements that are past their expiration date is usually not harmful, but since the full nutritional value is not received by the consumer, it is recommended that supplements that have passed their expiration date be replaced with fresher ones.
Selamatkah Makan Vitamin Expired?
Mengikut laporan dari Harvard Medical School, makan vitamin tamat tarikh luput tidak merbahaya. Ini kerana, kita tidak akan boleh tahu samaada potensi suplemen tersebut masih penuh 100%, ataupun hanya separuh, melainkan dengan menjalankan analisis kimia.
Perhatikan struktur fizikal tablet atau kapsul vitamin tersebut untuk sebarang perubahan bentuk, warna, bau dan rasa. Jika anda ragu-ragu, adalah lebih baik anda buang sahaja, dan dapatkan vitamin baru dengan tarikh luput yang lebih jauh lebih panjang.
Memanjangkan Jangkahayat Vitamin
Mengikut laporan dari Purdue University, bilik mandi, mahupun dapur, bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kedua-dua area ini samada terlalu panas ataupun terlalu lembap. Menyimpan vitamin di dalam peti sejuk juga bukanlah idea yang baik kerana proses membuka dan menutup penutup botol vitamin membolehkan pembentukan kondensasi di dalam botol.
Lokasi farmasi biasanya di tempat bertutup sepenuhnya, dan berhawa dingin bukan? Keadaan yang sangat sesuai untuk memanjangkan jangkahayat suplemen.
Jadi, jika di rumah, tempat terbaik untuk menyimpan vitamin ialah di tempat yang gelap dan bersuhu bilik, seperti rak di mana anda menyimpan linen, tuala dan baju.
Kesimpulannya, makan vitamin yang telah tamat tarikh luput adalah TIDAK BAHAYA, tidak menjadi racun mahupun toksin. Ini kerana, secara umumnya, vitamin hanya akan kehilangan nilai potensinya berkadaran dengan masa, tak kisahlah apa jua jenama vitamin yang anda ambil.
Adalah digalakkan untuk makan vitamin sebelum tamat tarikh luput, untuk mendapatkan nilai vitamin sepenuhnya. Sayang kan beli vitamin mahal-mahal, tapi tak konsisten makan vitamin? 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp :Â 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail :Â genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Oja Samid says
mantap n padat info nie. lepas nie bolehlah consume vitamin yg dah expired tanpa waswas. ^_^
GenkiMomma says
yeahhh, makan dengan penuh keyakinan.. sayang beli vitamin mahal2 tapi tak makan.. 😀
nur razali says
Bestnye info ni 😉 bileh jadikan panduan dan rujukan nih..thanks kak arnie 🙂
GenkiMomma says
Makan vitamin tanpa was-was ye Nur.. 😀
Noriza Rahman says
Aah, la sayang sangat tak makan vitamin dalam tempoh yang diberikan…kalau dah lupt siapa pula yang nak makan kan?
Oja Samid says
saya ada lagi baki coq dalam peti sejuk. sokmo lupa nak makan..tapi memang elok je lagi walaupun dah lama lepas tarikh expiry.
GenkiMomma says
Dah laa take dalam pasaran sekarang nie Oja, priceless tue CoQ… Ai pun ada stok sendiri 3 botol CoQ Health… 😀
GenkiMomma says
kalau dah luput sangat nanti kita buat baja pokok pula.. hihi..
Ikhwan says
kalau was was, tanya pada doktor untuk dapatkan kepastian 🙂
GenkiMomma says
Tanya kepada Nutritionist atau Pharmacist lebih tepat rasanya… 😀
azimah mohd zainuddin says
Artikel ini boleh bantu mereka di luar sana yang tersa was-was nak makan ke buang vitamin yang hendak expired
GenkiMomma says
Harapnya begitu laa Zimah… 😀
Noriza Rahman says
selalukalau vitamin ni memang sembunyikan celah gelap2 ja..tp belum pernah expired lg…
GenkiMomma says
kalau sembunyikan vitamin kat tempat2 geklap, lama boleh tahan tue kak… 😀
sabree hussin says
Saya la tu antara orang yang ada stok vitamin C yang dah sampai tarikh luput dia. Camni tak jadi la nak buang
GenkiMomma says
Haaaa jangan dibuang, sayang tue beli mahal2… 😀
suria says
Sangat bagus info ni….thanks kak Arnie…tgh belek2 stok, br terperasan ada sebotol vitamin E yg nk expired Jan 2016 ni…so, boleh je continue mkn sehari sebiji selama 4 bulan….hihihi
GenkiMomma says
Betul2, boleh makan lagi Suria.. Jangan buang tau, sayang tue Vitamin-E mahalllll… 😀