Selepas melahirkan bayi, selain dari sibuk memikirkan kesihatan dan keperluan bayi, kesihatan dan pembaikpulihan ibu juga jangan sesekali diabaikan. Ibu yang sihat bertenaga akan memudahkan ibu untuk menyusu, menjaga dan membesarkan si comel dengan baik. Maka, kesihatan dalaman dan luaran si ibu perlu dijaga dengan sebaik mungkin untuk kesan jangka panjang yang optimum!
Sepanjang mengandungkan anak ke-3 saya mengamalkan suplemen Shaklee sepenuhnya. Ketika itu saya menjalani pemeriksaan bulanan di Columbia Asia Medical Center Seremban, dengan salah seorang doktor O&G kegemaran saya (ketiga-tiga anak bersalin dengan doktor ini). Di awal pemeriksaan, saya telah menunjukkan botol vitamin Shaklee sebagai suplemen pilihan sepanjang hamil, dan doktor membenarkan saya untuk terus makan suplemen Shaklee pilihan ini sepanjang kehamilan. Maka, saya tidak dibekalkan sebarang suplemen lain dari pihak hospital.
Set Vitamin KEHAMILAN Shaklee
Sepanjang kehamilan saya mengamalkan vitamin Shaklee yang berikut:
- Vita-Lea Iron Formula – multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi. Sesuai terutama buat ibu yang mengalami low Hb ketika hamil!
- Sustained Release Vita-C Plus (500mg) – sumber vitamin C untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibodi bagi ibu.
- B-Complex – 8 kumpulan B yang lengkap dengan Asid Folik.
- OsteMatrix – sumber kalisum-magnesium lengkap buat ibu hamil, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang, serta kekejangan kaki.
- Energizing Soy Protein – sumber protein yang penting untuk tumbesaran bayi di dalam perut, serta memelihara keanjalan kulit perut ibu yang makin membesar.
- OmegaGuard – sumber DHA & EPA yang penting bagi tumbesaran otak bayi, serta bantu mengawal kenaikan berat badan ibu.
Lebih Bertenaga!
Satu perkara yang belum pernah saya kongsikan kepada anda sebelum ini ialah bagaimana perbezaan ketika melahirkan anak ketiga kami berbanding kedua-dua anak yang sebelumnya, terutama dari segi tenaga. Selepas melahirkan bayi, seperti biasa ibu akan kehilangan darah yang banyak kan. Jadi, sejurus selepas melahirkan kerana suasana labor room yang agak sejuk, saya memberitahu jururawat bahawa ingin sangat ke tandas, tapi mereka tidak izinkan. Mereka terangkan bahawa saya tidak boleh berdiri lama kerana saya mungkin akan tumpah darah kerana baru lepas bersalin, dan mungkin akan pengsan. Mereka bawa satu bekas untuk saya buang air kecil, tetapi saya enggan.
Akhirnya, selepas hampir sejam, kerana saya berkeras mahu juga ke tandas, dan merayu dengan suami agar slow-talk dengan para nurse, mereka izinkan juga dengan syarat suami perlu tandatangani borang, jika ada apa-apa berlaku adalah atas risiko kami sendiri. Lega rasanya bila dapat duduk di dalam tandas walau ditemani oleh suami dan jururawat. Berulang kali jururawat high-lite kan bahawa banyak darah yang keluar, tapi saya rasa sangat lega, kosong terus pundi kencing rasanya!
Bayi kami lahir sekitar 11:20 malam, dan kerana tiada bilik yang kosong, kami hanya tidur di Labor Room (ada 2 katil di ruangan khas di area Nurse Station Labor Room), walaupun pakej yang diambil ialah pakej eksekutif, 1 katil 1 bilik dan boleh ditemani suami. Kami tiba di katil dalam jam 1:30 pagi. Selepas minum secawan milo panas, terus saya ambil B-Complex dan OsteMatrix sebagai penenang saraf dan mengembalikan tenaga selepas berjuang melahirkan bayi comel sebentar tadi. Dan, memang menjadi habit saya ialah sukar tidur pada malam selepas melahirkan bayi, walaupun dah cuba sedaya upaya. Namun, saya dapat berbaring dengan rasa badan yang lebih segar dan tenang.
Keesokannya ketika pemeriksaan pagi oleh doktor pakar, doktor offer untuk kami tinggal satu malam lagi untuk berehat kerana terlalu singkat masa kami di hospital, malah tidak dapat berehat di bilik yang sepatutnya. Walaubagaimanapun, kerana memikirkan 2 orang lagi permata hati yang berada di rumah, dan kerana ingin mula menguruskan bayi secepat mungkin, terutama untuk menyusukannya, kami mengambil keputusan untuk terus pulang, setelah doktor mengesahkan saya fit untuk pulang!
Tiada Sembelit!
Satu lagi perkara ajaib bagi saya ialah, sesampainya di rumah sekitar jam 12 tengahari, saya terus boleh membuang air besar dengan jayanya- salah satu perkara yang amat ditakuti oleh ibu-ibu selepas besalin, sembelit! Saya sendiri terkejut bagaimana mudahnya proses tersebut kerana saya mengalami masalah sukar membuang air besar semasa kelahiran sebelumnya. Untuk anak pertama, melebihi seminggu. Manakala untuk anak kedua, hampir 2 minggu tanpa membuang, hingga akhirnya saya perlu minum fresh orange suam! Alhamdulillah, syukur sangat dengan perubahan ini!
Set Vitamin BERSALIN/ BERPANTANG Shaklee
Sepanjang berpantang dan menyusukan pula saya mengamalkan vitamin Shaklee berikut:
- Vita-Lea Iron Formula – multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika proses melahirkan bayi!
- Sustained Release Vita-C Plus (500mg) – sumber vitamin C untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibodi bagi ibu.
- B-Complex – 8 kumpulan B yang lengkap dengan Asid Folik, beri tenaga dan penenang saraf.
- OsteMatrix – sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang, serta melawaskan penghadaman.
- Energizing Soy Protein – sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika proses melahirkan, memberi tenaga berpanjangan, serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster).
- Zinc Complex – untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi), mengurangkan masalah keguguran rambut serta menstabilkan hormon..
Cergas, Berseri dan Bertenaga!
Ingat lagi tetamu yang datang berkunjung ramai yang memberi komen bahawa muka saya kelihatan merah berseri, tak macam orang dalam pantang pun! Syukur! Namun, bukan pujian orang yang saya harapkan, kerana memang benar diri sendiri pun rasa sangat cergas dan bertenaga walaupun masih baru beberapa hari selepas melahirkan. Penting bagi saya untuk kekal cergas sihat bertenaga, kerana bukan sekadar perlu berjaga malam dan menyusui bayi, saya juga masih ada tanggungjawab terhadap 2 orang lagi anak yang sedang lasak membesar dan memerlukan perhatian.
Penyusuan di dalam Pantang!
Alhamdulillah, penyusuan bayi sangat-sangat lancar. Saya bukanlah jenis ibu yang mempunyai susu yang banyak, namun saya yakin susu yang dihasilkan oleh badan seorang ibu memenuhi keperluan bayinya! Dan, di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan bayi boleh kenyang dengan kolostrum sahaja – saya sentiasa ulang ayat ini di minda! Susu mula banyak pada hari ketiga dan membengkak sementara pada hari ke-4. Konsep supply vs demand dalam penyusuan sentiasa saya terapkan kerana tidak mahu payudara terlalu membengkak, dan kerana tidak mahu baby mendapat jaundice!
Amalan Tradisional Berpantang!
Walaupun mengamalkan vitamin Shaklee sebagai suplemen di dalam pantang, saya juga tidak melupakan amalan tradisional dalam membantu pemulihan dalaman dan luaran badan. Namun, saya langsung tidak mengambil jamu kerana khuatir kesannya pada bayi yang disusui.
Sedikit perkongsian mengenai amalan tradisional yang saya amalkan:
- Berurut 3 hari di dalam pantang, seawal hari kedua selepas bersalin.
- Memakai bengkung 24 jam sehari. Hanya buka untuk mandi dan ke tandas.
- Sentiasa berstoking. Berselipar (bersih) di dalam rumah (jika perlu).
- Pakai baju tebal (sweater) untuk panaskan badan.
- Ikat rambut dengan tegang. Pilis di dahi.
- Sapu param pada perut dan minyak panas anggota badan.
- Bertungku dan bertuam.
- Sentiasa minum air panas/ suam.
- Elakkan makan makanan yang sejuk dan berangin.
- Berhati-hati dalam pergerakan, tidak terlalu renyah terutama seawal 30 hari pertama.
- Berurut lagi sekali selepas tempoh pantang hampir berakhir (optional).
Tips tambahan:
Jika anda berpantang sendiri dan tiada pembantu rumah, ibu, ahli keluarga atau sesiapa untuk temankan anda, dan anda perlu sentiasa bermain air untuk memasak, membasuh, dan sebagainya, boleh amalkan Shaklee OmegaGuard untuk bantu memanaskan badan. Selain sebagai sumber EPA & DHA buat bayi yang disusui, OmegaGuard juga boleh membantu ibu-ibu untuk cepat langsing di dalam pantang!
Insya Allah, gabungan pemakanan tambahan moden suplemen Shaklee dan amalan traditional sewaktu di dalam pantang akan membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk mengharungi waktu berpantang dengan jayanya! Jom dapatkan SET BERSALIN VITAMIN SHAKLEE hari ini!
* DISCLAIMER:
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081 (Arnie). Jom LIKE FanPage GenkiMomma untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini!