Teringat kali pertama beli produk Shaklee, sebab cari set suplemen untuk penyusuan. Masa tue sedang breastfeed anak kedua, dan sangat-sangat determine nak lengkapkan penyusuan selama 2 tahun sebab dah gagal dengan anak pertama.
Tak cari set milk booster pun, sebab Alhamdulillah dengan teknik penyusuan yang betul, berjaya kumpul stok yang banyak juga masa dalam pantang. Hampir 100 pek susu perahan beku bersaiz 3oz. Kira satu pencapaian besarlah buat saya, sebab tak berjaya dengan anak sebelumnya.
Masa nie tak ambil apa-apa milk booster tau, pun boleh kumpul 100 pek EBM dalam pantang.
Cari Set Penyusuan Untuk Kesihatan Badan Sendiri
Jadi, saya cari suplemen untuk nutrisi diri sendiri sebenarnya. Hidup agak kelam kabut masa tue, sebab kerja agak jauh, keluar 6:30 pagi, balik jam 7 petang. Dah lah terkejar-kejar waktu kerja, dalam masa yang sama nak kena mengepam sekurang-kurangnya 3x sepanjang waktu kerja.
Makan memang tak tentu hala. Seimbang ke tidak tolak tepi. Jauh sekali nak buat konsep suku-suku separuh. Asal kenyang aje. Sebab macam-macam benda nak kena buat.
Bila badan penat, stress kerja, kerja di rumah dan ofis berlambak, dari sini mula rasa badan sangat tak best. Lemau je. Senang sakit badan sana sini, rambut gugur, bengkak gusi, gigi ada yang mula goyang, dan macam-macamlah simptom kurang nutrisi.
Sangat stressful. Bahayanya, stress ialah milk killer nombor 1. Formula penting penyusuan nie. Bila stress, susu akan makin merudum. Tambah pula waktu pam yang tak menentu.
Akhirnya, tekad cari suplemen untuk kesihatan badan sendiri. Bonus kalau boleh jadi milk booster.
Terjebak Beli Set Penyusuan Shaklee
Dulu saya anti-Shaklee. Benci sebab Shaklee nie MLM. Pada saya dulu, apa sahaja yang berkait dengan MLM ini ialah skim piramid, scam orang. Aktiviti jual beli barang tue tak berlaku, nak tipu duit orang aje. Serius benci Shaklee. Taknak tengok pun iklan tentang Shaklee.
Tapi akhirnya saya beli juga set penyusuan Shaklee. Ambil basic, 3 produk aje. Protein ESP, B-Complex dan Vitamin C. Masa tue awal tahun 2008, baru naik kerja lepas cuti bersalin.
“Thank you introducing me to this & coaching me. Indeed we should help each other and not blaming and accusing. TQ for taking your time to hear, understand and give me this solution (Shaklee ESP, Alfalfa Complex & Lecithin)”, -Puteri Sarah Liyana.
Saya beli sebab penjual nie langsung tak cerita bab kereta mewah, banglo besar, atau ambil gambar sambil kipas duit. Sebaliknya asyik cerita tentang keseronokkan beliau amalkan set penyusuan Shaklee, masa menyusukan anaknya. Anak kedua kami sebaya.
Lepas ambil set vitamin penyusuan, benda pertama yang saya notice ialah, badan lebih bertenaga. Rasa happy, rasa tenang. Perut pun takdelah asyik berkeroncong setiap kali lepas pumping.
Lebih happy bila officemate tegur kulit muka lebih berseri-seri. Ada efek lain rupanya.
Milk Booster Bukan Jaminan Susu Melimpah Ruah
Nak kata susu banyak melimpah ruah tue, takdelah jugak. Sebab seperti yang saya cakap sebelum nie, susu saya Alhamdulillah cukup untuk keperluan anak. Sebab utama ialah, saya memang wajibkan diri untuk selalu kosongkan breast. Elakkan stress.
Siang hari wajib pump 3x, walaupun terpaksa berlari-lari pergi surau ofis, ataupun ofis ERL. Malam hari sebelum tidur, awal pagi sebelum Subuh, saya akan pumping. Bila ada masa terluang, banyakkan baca artikel tentang penyusuan. Bila susu mula drop, saya akan buat power pumping.
Konsep asas penyusuan tue ibu-ibu kena faham dengan betul, baru boleh jayakan penyusuan.
Suplemen ibu menyusu, dan set penyusuan ini hanyalah meyokong perjalanan penyusuan aje. Tapi, konsep asas penyusuan tetap kena patuhi juga. Makanlah milk booster berpinggan-pinggan pun, kalau konsep penyusuan tak dipatuhi dengan betul, susu takkan tiba-tiba jadi banyak.
Set Penyusuan Shaklee Penipu
Kalau ibu-ibu baca sampai perenggan ini, maknanya ibu-ibu memang serius nak survey dan cuba set penyusuan Shaklee kan?
Ibu-ibu, milk booster bukan jaminan susu badan kita akan melimpah ruah. Tanya diri ibu-ibu, sebenarnya nak banyakkan susu badan ke, atau nak badan ibu-ibu sihat supaya mudah nak teruskan perjalanan penyusuan di samping tugasan harian?
Ada pengguna cakap set penyusuan Shaklee penipu. Dia dah makan set milk booster, tapi susu tak banyak pun. Makin kurang ada lah. Tak serasi betul. Membazir duit.
Bila kita tanya, berapa kali pumping waktu kerja? Katanya, tak sempat pump pun, sibuk kerja. Mana ada masa nak pergi pumping? Sekali dua aje sempat. Sibuklah. Haih, sibuk, sibuk dan sibuk.
Milk booster bukan ubat magik, yang boleh buat susu penuh walaupun ibu tak kosongkan breast. 2-3 hari pertama susu mungkin nampak macam banyak, sampai bengkak susu. Tapi percayalah, jika tak patuhi konsep penyusuan, lama kelamaan susu badan akan berkurang dengan sendirinya.
Jadi, patuhi konsep asas penyusuan. Pilihlah set penyusuan yang menyokong perjalanan penyusuan dan kesihatan ibu dan anak. Bukan sekadar nak tambah susu badan aje.
Arnie Samsudin
Penyokong tegar susu ibu, tapi tetap respect ibu-ibu yang mix-feeding.
Tak perlu bertelagah, yang penting anak sihat.
Mama Hakim says
Menyusu badan ni perlukan ilmu pemakanan dan penyusuan
kalau pemakanan dah seimbang dan cukup nutrisi
Tapi disiplin penyusuan tak ada
susu memang tak akan banyak
GenkiMomma says
Tepat sekali…
Mama Hakim says
Kalau lah duit boleh selesai kan semua masalah
Teringat kisah masa kami pergi pusat terapi untuk anak anak istimewa
Di bukit jelutong
kawasan ni kan ramai orang berduit
Masa tunggu giliran tu
Ada seorang datuk yang gayanya dari orang berpendidikan dan berkerjaya
“Puan cakap je berapa kena bayar, duit bukan masalah”
Doktor tu balas kembali
“Encik, duit bukan soalnya. Encik boleh bayar duit sebanyak mana. Tapi kalau di rumah Encik tak follow up apa yang di pelajari di sini. Kesannya takkan positif.”
Sama macam menyusu ni
Produk mahal ni alat saja. usaha masih ada
agaknya kalau nak senang boleh lah upah ibu susuan
Tak payah susah susah nak pam sendiri kan
Negara orang putih, dah ada khidmat wet nurse
Noriza Rahman says
Dulu pun terjebak dengan shaklee sebab nak banyakkan susu tapi time tu tak faham konsep demand vs supply lagi.
Noriza Rahman says
Dulu pun terjebak dengan shaklee sebab nak banyakkan susu tapi time tu tak faham konsep demand vs supply lagi.So tak achieve target
Khairul Zamri says
Ilmu penting juga ni untuk sang suami dan bakal bapa-bapa
titan says
okeh.
leh suruh bini banyak membaca pasal benda nih nih.
Yana says
Tepat sangat!! Badan ibu-ibu ni pun bukan paip air, pusing pili je terus keluar susu banyak-banyak.. Konsep supply dan demand sangat la penting untuk kita fahami.. Good sharing 👍🏻
Ibu Zaid says
Ibu masa menyusu anak no 2 memang puas hati sebab susu banyak
Selain rajin pam
Suami tolong jaga bahagian pemakanan
Betul juga kan, apa yang masuk dalam perut kan jadi darah daging
Kalau makanan rapu mana banyak zat, susu pun tak banyak
sabree hussin says
Kalau produk MLM, saya pun lebih suka beli dari penjual yang FOKUS pada produk dan pengalaman penggunaan produk. Nampak dia lebih arif pasal produk.
Kalau penjual tu terlalu obses dengan kekayaan dan bisnes, saya pun tak berapa minat sangat nak berurusan dengan dia.
Sebab belum tentu dia betul-betul faham produk.