Di TikTok dan Tweeter, ada banyak betul rekomendasi penjagaan kulit. Malah, ada pelbagai jenama yang tak pernah di dengari pun. Ada yang genuine berkongsi pengalaman. Tak kurang juga yang berkongsi sekadar nak mempromosi link affiliate. Yang ini risau sedikit, sebab tak tahu keberkesanannya.
Sebagai seorang yang mempunyai kulit sensitif, dan ada pengalaman pipi penuh jerawat sebab kulit tidak sesuai dengan skincare, saya amat berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit. Skincare yang mahal tak semestinya bagus, skincare yang famous pun kita perlu hati-hati. Kerana kulit kita semua berbeza. Perlu cuba dan rasai sendiri, mana yang sesuai dengan kulit dan sebaliknya.
Sejak mula mengenali vitamin Shaklee sekitar awal tahun 2008, saya mula berjinak mencuba set penjagaan kulit Shaklee juga. Bermula dengan Nutriwhite, Enfuselle, dan kini pengguna tegar Shaklee Youth sejak 2018. Sudah hampir 15 tahun, saya masih kekal dan serasi dengan skincare Shaklee.
Pernah juga nak cuba skincare famous lain di Watsons, lepas 2-3 hari kulit mula breakout. Terus stop, dan buang sahaja produk tue. Sayang duit, kan? Jadi, kita setia sahaja lah dengan Shaklee Youth.
Sekarang di ambang 40-an, saya dah malas nak mencuba-cuba. Kekal setia dengan Youth, aje.
Jika anda kali pertama nak cuba skincare Shaklee, boleh mulakan dengan Youth cleanser dulu. Kemudian, boleh tambah Youth Toner dan Youth Moisturizer.
Mulakan dengan yang asas sahaja dulu, tak perlu beli banyak-banyak pun ok. Bila anda dah rasai sendiri perbezaannya, saya yakin automatik anda akan tambah krim malam, krim mata dan lain-lain pula.
Promosi Shaklee Youth & Pomifera @ Jimat 50%
Terkini, Shaklee ada skincare Pomifera. Bulan November nie peluang terbaik jika anda nak cuba kedua-dua Shaklee Youth dan Shaklee Pomifera. Sebabnya, anda boleh beli Pomifera dengan diskaun 50%.
Anda boleh beli terus di sini (klik) >>
(1) Deep Clean Set: YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser Get Pomifera® Stimulate @ 50% Off
(2) Sooth & Hydrate Set: YOUTH™ Perfecting Skin Toner Get Pomifera® Pure @ 50% Off
Untuk penjimatan, saya amat galakkan anda untuk daftar ahli, supaya boleh beli dengan harga ahli. Daftar ahli RM35 sahaja, dan anda dah boleh beli Deep Clean Set pada harga RM217, manakala Soothe and Hydrate Set pada harga RM257. Free postage untuk belian lebih RM300. Jauh lebih jimat, kan?
Join ahli Shaklee nie tak semestinya untuk menjual aje. Untuk guna produk sendiri pun berbaloi-baloi sangat. Boleh beli dengan harga jimat (harga ahli). Bila cukup syarat, boleh dapat cash bonus.
Pendek kata, sekali dah cuba, selamanya setia. Jom jaga kulit cantik bersama-sama.