Hari ini dalam sejarah, menyaksikan jumlah kes positif di seluruh Malaysia melebihi bilangan setengah juta, iaitu 505,115 kes. Allahu Akbar!
“Manusia bergerak, manusia berhimpun. Virus tidak berhimpun. Virus merebak dan berjangkit apabila manusia bergerak dan berhimpun. Jadi, bila kita duduk di rumah, kita telah kurangkan pergerakan dan ini akan membantu memutuskan rantaian jangkitan #COVID19” – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Pesanan dari KKM, tolong duduk di rumah dan elakkan mengunjungi rumah saudara mara ataupun sahabat handai bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.