2 hari lepas, kami menghadiri Shaklee Academy Pilot Workshop di Shaklee HQ, Sunway GEO. Malam sebelumnya pula ada Master Forum, juga untuk semua Shaklee Master Coordinators.
Jadinya, 3 hari berturut (20, 21 & 22 Oct), back-to-back meeting dan berbengkel.
Kalau ikutkan penat, memang penat. Jumaat malam tue kami sampai di rumah dah 11:30 malam. Esoknya pagi-pagi lagi nak bersiap ke bengkel 2 hari pula.
Tapi, minat dan passion mengatasi segalanya. Lagi excited adalah. Mata panda pun tak kisah.
Apakah Itu Shaklee Academy?
Ringkasnya, Shaklee sedang membina satu modul training program yang boleh di duplikasi dan digunapakai oleh semua bisnes leaders dalam organisasi masing-masing.
Eh, dah berpuluh tahun bertapak di Malaysia, baru nak buat modul ke?
Bukan begitu, sebenarnya ada banyak seminar, training dan workshop yang Shaklee (M) dah buat, baik dari segi untuk bisnes, mahupun untuk ilmu nutrisi. Malah, setiap leader Shaklee pun dah ada organisasi masing-masing yang besar, dengan training style tersendiri.
Bezanya kali ini, Shaklee nak buat satu modul lengkap yang boleh di gunapakai oleh semua pengedar. Jadi, Shaklee Academy yang akan dilancarkan awal tahun 2018 ini, akan mudahkan semua ahli untuk mulakan bisnes Shaklee dengan beretika dan berilmu.
Shaklee Academy Pilot Workshop
Jadi, di Shaklee Academy Pilot Workshop ini, kami diberi peluang untuk memberi idea untuk penambahbaikan modul tersebut. Sebabnya, in reality pun, para leaders lah yang perlu berikan panduan buat semua ahli yang bernaung di bawah organisasinya.
Haa begitu sekali pihak pengurusan Shaklee Malaysia menghargai bisnes leaders nya.
“Alah, pengedar Shaklee nie semua sama aje. Suka hati aje suggest itu ini. Sembrono aje semakkan wall orang. Kat post aku pun dia nak iklan Shaklee..”
Eh jangan begitu. Nanti dulu, anda kena tahu…
- Ada beza pengedar berilmu, dengan yang tak pergi kelas.
- Ada beza pengedar beretika, dengan pengedar langgar dinding.
- Ada beza pengedar yang ikhlas nak bantu anda lebih sihat, dengan pengedar yang suruh makan banyak-banyak supaya cepat dapat repeat order.
- Dan, ada beza produk yang anda beli dari pengedar bertauliah, berbanding produk beli kat Lazat.da sebab nak murah-murah. Ehh? Haha…
Tak baik tau, pukul semua sama rata. Ketahuilah, memang wujud pengedar Shaklee yang betul ikhlas kongsikan kebaikan suplemen, bisnes dengan jujur, halal dan penuh etika.
Shaklee Academy inilah first step untuk lahirkan lebih ramai pengedar Shaklee yang berilmu dan beretika. Yang bikin orang suka, Insya Allah. Doakan yang baik-baik aje… 😀
Arnie Samsudin
Pengedar Shaklee sejak September 2009.
WhatsApp sahaja ke 017-3030081 jika nak order, atau jadi ahli Shaklee.
anuar says
Bagus pendekatan yang dilakukan oleh syarikat Shaklee untuk menghargai leader dan ahli-ahli di bawah naungannya…
GenkiMomma says
Semoga bakal lahir lebih ramai pengedar beretika..
Noriza Rahman says
Yes, betul. Tak semua boleh pukul rata. Pengedar yang bertauliah dan beretika masih ramai kat luar sana. Alah sama juga macam profesion lain, ada yang atas nama ja buat kerja, ada yang lain bersungguh-sungguh nak capai matlamat
GenkiMomma says
Mana-mana profession pun ada je spesis tak beretika nie kann..
Mazni Azmi says
Dah ada akademi pulak
Lepas ni bukak universiti
GenkiMomma says
University? Ada yang memerhati tue, hihi..
Haulia Razali says
Alhamdulillah kak, macam2 ilmu dengan module2 yang bagus untuk latih pengedar jadi lebih baik dan berilmu.
GenkiMomma says
Syukur sangat, moga-moga lebih ramai pengedar Shaklee terbaik bakal lahir di Malaysia..