Tak sabar rasanya menunggu kedatangan produk penjagaan bayi, Shaklee Baby, masuk ke Malaysia hujung bulan November 2017 nanti.
Sejak kehadiran anak keempat kami yang mempunyai ekzema, kami mula belajar dan mengenal tentang produk penjagaan bayi yang organik. Memandangkan sebelum ini Shaklee tiada produk penjagaan bayi, jadi kami terpaksa try-and-error pelbagai jenama organik lain.
Antaranya ialah Buds, MooGoo dan Four Cow Farm. Selain itu, Herbal Blend Cream juga sangat membantu ketika anak ekzema kami terkena Chicken Pox. Alhamdulillah, anak kami paling serasi dengan Buds Organic. Mula dengan Eczema Rescue Kit, sekarang maintain dengan Buds Baby.
Produk Penjagaan Bayi Organik Shaklee Baby
Jadi, bila Shaklee nak bawa masuk Shaklee Baby nie, rasa nak melompat. Seronok sangat.
Shaklee cuma bawa masuk 3 produk Shaklee Baby sahaja tau, iaitu:
(1) Shaklee Baby Gentle Wash
Shaklee Baby Gentle Wash di formulasi khas untuk membersihkan kulit bayi dengan lembut dan efektif. Telah diuji sesuai untuk kulit sensitif.
Kaya dengan aloe organik, ekstrak oat, dan minyak zaitun untuk membersihkan kulit dengan lembut. Lavender organik menenangkan kulit. Chamomile organik memberikan rasa tenang dan relaks. Mudah dibilas dan punyai PH seimbang.
(2) Shaklee Baby Massage Oil
Shaklee Baby Massage Oil, minyak yang sempurna untuk anda lakukan urutan manja dengan bayi. Penting tau buat urutan bayi nie, kerana ia antara cara terbaik untuk bina ikatan dengan bayi.
Malah, ada kajian mengatakan bahawa urutan boleh bantu tenangkan bayi, bantu pencernaan serta memperbaiki paten tidur bayi.
Keistimewaan minyak urut Shaklee Baby ini semestinya kerana bahannya yang 99% organik dan semulajadi. Adunan istimewa minyak organik dan ekstrak essential oil untuk melembapkan kulit dengan lembut. Ada Lavender dan Chamomile untuk menenangkan.
(3) Shaklee Baby Soothing Lotion
Shaklee Baby Soothing Lotion memastikan kulit bayi kekal lembut dan lembap. Telah diuji sesuai untuk kulit sensitif. Ini bukan untuk bayi sahaja, malah kanak-kanak dan orang dewasa yang punyai kulit sensitif pun boleh pakai.
Aloe dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan Kelapa bantu melembapkan kulit dan membajai nutrien kulit. Essential oils organik seperti Lavender, Chamomile, Rosemary dan Vanilla Fruit bantu rasa menenangkan. Losyen ini tidak melekit.
Shaklee Baby Produk Penjagaan Bayi Terbaik
Wow terbaik sangat semua bahan yang Shaklee gunakan untuk menghasilkan Shaklee Baby ini.
Ada Aloe organik, minyak organik, dan essential oils organik. Semuanya bahan-bahan organik premium. Tak perlu beli Essential Oils tambahan lagi. Kualiti premium setanding harganya.
Jika anda dah biasa menggunakan produk penjagaan bayi organik, atau ada anak yang mempunyai kulit sensitif dan ekzema, bolehlah cuba Shaklee Baby ini nanti. Maklumlah anak ekzema tak boleh pakai sabun dan losyen biasa-biasa. Kena yang betul-betul lembut, organik dan selamat.
Cara Beli Set Penjagaan Bayi Shaklee Baby
Kami pun tak sabar nak guna untuk anak ekzema kami, Dhira nanti… 😉
*Kami ialah Pengedar Shaklee aktif di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Dhira mesti suka bila ada shaklee baby ni nanti
GenkiMomma says
Dia relax je, mak Dhira yang excited terlebih, hihi..
NORIZA ABDUL RAHMAN says
Oh, ibu memang kena terlebih excited!
anuar says
Alhamdulillah.. Shaklee juga ada menghasilkan produk penjagaan bayi.. Tahniah..
GenkiMomma says
Bolehlah kalau tuan nak cuba produk bayi organik nie..
Haulia Razali says
Alhamdulilah akhirnya Shaklee Baby masuk Malaysia juga kan.
GenkiMomma says
Happy sangat, sebab dah lama tunggu Shaklee Baby nie..