Menjadi kebiasaan apabila kami ditanya oleh customer baru, “Makan Shaklee nie ada EFEK tak?”
Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun ke-6 (sejak tahun 2008) saya mengamalkan vitamin Shaklee sebagai suplemen harian. Saya sangat berpuas hati dengan Shaklee Effect yang di rasai, dan sentiasa teruja untuk berkongsi Shaklee Effect bersama anda semua!
Ketika entri ini ditulis, saya masih berpantang hari ke-41, selepas melahirkan bayi ke-4 kami. 🙂
Umum tahu, waktu berpantang nie ibu-ibu perlu jauhi segala-galanya yang berkaitan dengan sejuk, kerana dikhuatiri bentan dan bisa-bisa badan. Badan perlu sentiasa kekal panas dengan mengamalkan makanan panas, minuman panas, mandi air panas, badan pun terutama di bahagian perut dan tapak kaki perlu disapu minyak panas, dan lain-lain lagi. Malah, sebab itu jugalah menjadi amalan masyarakat Melayu untuk mengambil jamu ketika berpantang. Jadi saya ingin kongsikan Shaklee Effect OmegaGuard jika diamalkan ketika sedang berpantang.
Shaklee Effect OmegaGuard Buat Ibu Berpantang
(1) Shaklee Effect OmegaGuard:Â Badan sentiasa hangat (panas).
Sejujurnya, saya tidak pernah ambil jamu ketika berpantang, sejak dari anak pertama lagi. Selepas melahirkan anak ke-2 dan seterusnya, saya berpantang sendiri. Jadi, nak tak nak, saya perlu buat kerja rumah sendiri. Pendek kata, banyak ‘main air’. Agak risau sebab saya pernah bentan sebelum ini, dan takut juga termakan makanan yang dikategorikan sejuk. Jadi saya amalkan OmegaGuard Shaklee setiap hari. Alhamdulillah, badan memang rasa hangat sepanjang hari, sehinggakan adakala terlupa yang diri masih berpantang.
Baby ke-4 kami ada Newborn Rash. Lagi banyak berpeluh, makin banyak naik ruamnya. Kami perlu pastikan baby selesa, dan badannya sentiasa kena angin. Biasanya, saya hanya buka kipas pada kelajuan minima. Namun, berpantang kali ke-4 ini buka kipas pun masih terasa bahang panas, jadi terpaksalah buka penghawa dingin (air-cond) sentiasa. Pertama kali saya berpantang dalam suasana sejuk air-cond. Paling best apabila katil yang  digunakan juga memang betul-betul di bawah air-cond. Sekali lagi OmegaGuard Shaklee menjadi penyelamat, badan kekal hangat walaupun tidur dalam suasana sejuk.
(2) Shaklee Effect OmegaGuard:Â Berat badan ibu lepas bersalin mudah turun dan terkawal.
Sejak dari berpantang anak sulung, saya makan nasi 3 kali sehari – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kedua-dua ibu dan ibu mertua agak bertegas dalam hal ini, kerana tak mahu perut saya masuk angin. Ramai yang terkejut dengar saya makan nasi untuk sarapan pagi. Yelah, makan nasi 3x sehari, macam mana nak kurus?
Selain dari penjagaan pantang yang betul, pemakanan sihat, dan penyusuan eksklusif (exclusive breastfeeding), rahsianya ialah OmegaGuard! Peranan OmegaGuard Shaklee yang membakar lemak yang tidak diperlukan di dalam badan, turut menyumbang kepada penurunan berat badan. Hasilnya, walaupun makan nasi 3x sehari, saya berjaya dapat kembali berat badan asal sebelum mengandung dalam masa sebulan berpantang!
(3)Â Shaklee Effect OmegaGuard:Â Kawal paras kolesterol & selera makan.
Omega Shaklee bukan sahaja menurunkan paras kolesterol jahat (LDL), malah turut membantu menaikkan paras kolesterol baik (HDL) di dalam badan. Jadi, saya tidak risau mengambil makanan yang tinggi kolesterol ketika hamil, kerana saya dah ada perisai iaitu OmegaGuard Shaklee! 😉
Disebabkan konsisten makan minyak ikan Shaklee ini sepanjang kehamilan, berat badan saya tidak naik dengan banyak, sekitar 12-13 kg sahaja. Ini kerana, selain dari paras kolesterol terkawal, selera makan juga terkawal sebab asyik minum air. Seperti yang saya kongsikan di no. 1, badan akan terasa hangat dengan pengambilan Omega Shaklee. Sebab itulah kita akan asyik rasa dahaga, dan secara automatik menjadi kerap minum air. Bila berat tak naik banyak ketika mengandung, maka mudahlah untuk dapat kembali berat asal selepas bersalin.
(4) Shaklee Effect OmegaGuard: DHA & EPA baik untuk otak!
Biasa dengar orang tua-tua cakap, ibu bersalin nie banyak urat putus? Kalau anak lelaki 2 urat, anak perempuan 1 urat putus. Betul atau tidak, wallahu’alam.
Namun, apa yang pasti ramai ibu-ibu mengatakan mereka menjadi sedikit pelupa lepas bersalin. Di sinilah fungsi DHA & EPA diperlukan, agar sel-sel otak bergabung! Ibu yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh menyalurkan khasiat minyak ikan kepada bayinya. Insya Allah, bayi turut mendapat khasiat DHA & EPA daripada minyak ikan Shaklee ini.
(5) Shaklee Effect OmegaGuard: Mencairkan kahak, dan melegakan batuk.
Batuk selepas bersalin adalah antara mimpi ngeri juga terutama buat ibu-ibu yang mempunyai jahitan luka episiotomi, mahupun jahitan luka pembedahan. Rasa bagai nak tercabut benang jahitan setiap kali batuk! Jadi, jika ada tanda-tanda nak batuk, terasa kahak di dada, segeralah ambil OmegaGuard sebagai perisai. Omega Shaklee ini membantu mencairkan kahak, seterusnya melegakan batuk.
Tips yang sama juga anda boleh gunakan untuk anak-anak tersayang. Alhamdulillah, inilah yang kami amalkan setiap kali anak-anak menunjukkan tanda-tanda flu atau batuk. Mereka juga sangat sukakan OmegaGuard Shaklee nie, dan kunyah Omega macam makan gula-gula!
Inilah ‘kisah cinta’ saya berpantang dengan OmegaGuard Shaklee, beserta 5 sebab mengapa semua ibu perlu amalkan minyak ikan Shaklee ini selepas melahirkan bayi. Saya mengamalkan Set Bersalin Premium Shaklee, dan ditambah dengan OmegaGuard.
Shaklee Effect OmegaGuard ini patut dirasai oleh semua ibu yang sedang berpantang. Cubalah! 😉
#shakleeeffectoog bersama blog AnakkuWiraku.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
nord says
Memang sangat membantu bila.makan omegaguard sepanjang berpantang 😀
Genki Momma says
badan rasa hangat jer, memang best! 🙂
nord says
Itulah shaklee effect kan arnie???
Genki Momma says
Yup! 🙂
nord says
i like shaklee effect 🙂
Genki Momma says
Me too!!! 😉
yati adam says
as salamualaikum.. info blog yang menarik.
salam perkenalan buat tuan tanah.
jemput jalan2 ke blog yatiadam.
http://www.yatiadam.com
Genki Momma says
Salam perkenalan puan yati… 🙂
Noorfadzilah binti A Aziz says
Omega Guard memang BEST!
#shakleeeffect
Genki Momma says
Yup, Omega Shaklee terbaek! 😀
afzan says
Nak amalkan jugalah omega guard ni masa berpantang nanti. X sabarnyeee nak rasa shakleeeffect.
Genki Momma says
Wajib amalkan! 😉
tutyrahiza says
kawan baik saya dah omega skang..lepas hampir 6 bulan tak ambil..menyesal pun ada
GenkiMomma says
samerlah tuty… tak boleh miss Omega dah sekarang nie, walau sehari…