Semasa berada di luar negara dahulu, setiap kali membeli belah barang dapur, saya akan membaca ingredients produk tersebut dari mula sampai habis. Setiap produk. Walaupun dah selalu beli produk tersebut, saya masih lagi akan membaca ingredients nya kerana khuatir tiba-tiba pengeluar mungkin menambah ekstrak khinzir, lemak haiwan dan sebagainya.
Maka, mata memang dah macam scanner, laju jer baca bahan-bahan tersebut. Dah jadi habit.
Pengalaman tersebut membuatkan saya sangat menghargai kemewahan hidup di Malaysia nie. Produk halal mudah diperolehi bila-bila masa.
Namun, kita tak boleh alpa. Hak sebagai pengguna Islam perlu digunakan semaksimum mungkin. Sehingga kini, kami masih lagi bertanya kepada waiter/ waitress setiap kali makan di restoran baru di pasar raya utama. Biasanya mereka sangat memberikan kerjasama, dan akan menunjukkan sijil halal restoran mereka, dan supplier mereka kepada kami.
Badan Pengeluar Sijil Halal Bukan JAKIM Sahaja
Buat pengetahuan semua, sijil halal ini tidak dikeluarkan oleh pihak JAKIM sahaja. ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal di seluruh dunia, mengikut negara masing-masing. Dan, badan pengeluar sijil halal ini turut diiktiraf oleh JAKIM. Contohnya, Islamic Services of America nie:
Jadi, sesetengah pengusaha restoran mendapatkan sijil halal dari badan bertauliah yang lain. Maka, sebagai pengguna Muslim yang bijak, kita perlu banyakkan pembacaan.
Ironinya, kita selalunya tak pernah meragui status halal kedai makan Mak Minah ker, Restoran Mamat ker, Warung Pak Ali tepi jalan ker. Isu Halal Haram akan dipersoalkan apabila kedai makan tersebut mula melebarkan sayap (buka banyak branch) di seluruh Malaysia, ataupun mula mencipta nama menjadi kedai makan tersohor di tanah air.
Status Halal Shaklee Malaysia
Produk Shaklee juga tidak terlepas dari menjadi bahan perbincangan, mengenai status halal Shaklee. Ada yang menyatakan produk Shaklee haram, setelah menghubungi pihak tertentu yang belum diketahui sahih kewujudannya.
Pelik, mengapa tidak menghubungi cawangan sah Shaklee di dalam Malaysia?
Bukankah kita sedang bercakap mengenai produk Shaklee yang dibuat di luar negara, tetapi di pasarkan di dalam Malaysia?
Buat pengetahuan, produk Shaklee yang di pasarkan di dalam Malaysia, adalah tidak sama dengan yang di pasarkan di negara lain. Contohnya, di Malaysia hanya menjual Vita-E with Selenium. Inilah Vitamin E dengan Selenium yang dipasarkan oleh Shaklee Malaysia:
Manakala, di Jepun, terdapat 3 jenis Vitamin E Shaklee – Vitamin E, Vitamin E Plus, dan Vitamin E with Selenium. Inilah Shaklee Vitamin E yang dipasarkan di Jepun:
Dari gambar pun sudah berbeza bukan?
Jadi, jika anda meragui kapsul bovine gelatin yang digunakan oleh Shaklee Malaysia untuk pasaran Malaysia, wajarkah anda menghubungi pihak Shaklee Jepun untuk penjelasan lanjut?
Sijil Halal Shaklee Malysia Diiktiraf JAKIM
Masih Meragui Status Halal Shaklee?
Namun, jika anda masih ingin bertanyakan maklumat lanjut, sila hubungi Customer Service Shaklee (M) untuk maklumat lanjut. Ingat, Shaklee Malaysia, tau. Bukan Shaklee USA.
Mengapa tak boleh hubungi Shaklee USA? Sebab, produk Shaklee yang dipasarkan untuk pasaran Malaysia, tidak sama dengan produk untuk pasaran USA. Produk untuk Shaklee Malaysia dihasilkan dan diproses mematuhi 100% spesifikasi halal yang ditetapkan oleh ISA.
Ketahuilah, kami pengedar Shaklee sentiasa bersedia untuk menjawab soalan anda… 😀
**Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Add/ Follow FB : Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.