Biasa dengar kan,”Jangan makan suplemen banyak-banyak, nanti efek kat buah pinggang“.
Sejujurnya, kami pun setuju dengan ayat ini. Serius, kami pun tak berani ambil sebarang suplemen di pasaran. Lebih baik tak makan suplemen, daripada ambil suplemen tapi akan beri risiko kepada kesihatan nanti. Takut efek buah pinggang, jantung, hati, dan seluruh badan lah.
Kebanyakkan kajian tentang suplemen dilakukan dalam jangkamasa pendek, 2-3 tahun sahaja. Penyakit kritikal seperti kanser dan lain-lain hanya dapat dikesan dalam jangkamasa panjang. Dengan kata lain, kajian suplemen dalam jangkamasa pendek mungkin tidak berikan hasil yang tepat.
Tapi, kami 100% gembira consume produk Shaklee. Lebih-lebih bila Shaklee dah siap buat kajian Landmark Study, kajian ke atas pengguna yang dah makan vitamin Shaklee lebih 20 tahun.
Apa Itu Shaklee Landmark Study?
Shaklee Landmark Study ialah satu kajian unggul, dan kajian pertama tentang taraf kesihatan pengguna, dan risiko pengambilan makanan tambahan dalam jangkamasa panjang (lebih 20 tahun).
Roger Barnett, pemilik Shaklee Corporation mempunyai pandangan yang jauh. Beliau ingin dapatkan data saintifik yang membuktikan suplemen Shaklee lebih baik berbanding jenama lain.
Kajian landmark study ini diketuai oleh Dr. Gladys Block, yang merupakan pakar epidemiologi ternama di USA, dan kumpulan penyelidik dari University of California di Berkeley. Shaklee tiada kontrol terhadap kajian ini, dan perlu terima apa jua keputusan landmark study.
Shaklee merupakan satu-satunya syarikat suplemen di dunia yang berani mengambil langkah untuk melakukan kajian ini. Kami katakan berani kerana,
- kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, bukan saintis Shaklee.
- apajua hasil wajib di umumkan, walaupun ia tidak beri imej baik untuk Shaklee.
- kos kajian melibatkan jutaan USD.
Tiga sebab ini sahaja pun dah boleh buat kita ketar lutut sebagai product owner. Tak boleh nak kawtim hasil kajian sebab bukan orang dalam yang buat, nak kena berlapang dada dengan apa jua hasil ujian. Kalau results tak baik, dah rugi berjuta-juta USD. Fuhhh… 😀
Bagaimana Landmark Study Dijalankan?
Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee untuk jangkamasa panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278).
Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602), dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994.
Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.
Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna pelbagai suplemen merangkumi multivitamin dan multimineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun.
Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik.
Lelaki pula kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya.
Hasil Kajian Landmark Study
Melalui kajian pemakanan suplemen Shaklee, hasil yang diperolehi sangat menakjubkan!
(1) Secara amnya, pengguna vitamin Shaklee dalam jangkamasa panjang rasa lebih sihat.
(2) Paras nutrien di dalam darah lebih tinggi, berbanding kumpulan lain. Kepekatan nutrien di dalam serum meningkat dengan penambahan suplemen.
(3) Paras vitamin D dan Zat besi yang selamat. Tak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.
(4) Kesihatan jantung yang lebih baik. Risiko penyakit jantung lebih rendah kerana ratio kolesterol 11% lebih rendah, paras trigliserida 33% lebih rendah, dan risiko tekanan darah tinggi 39% lebih rendah.
(5) Risiko penyakit yang rendah kerana HDL lebih tinggi (kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi), paras homosisteina yang rendah, paras trigliserida yang rendah, serta protein C-reaktif (inflamasi) yang rendah. Ini mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.
Pengguna suplemen Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai taraf kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding pengguna suplemen jenama lain, ataupun yang tak makan suplemen langsung.
Kami tak reka sendiri keputusan ini tau. Anda boleh baca sendiri di landmarkstudy.com.
Hasil keputusan landmark study ini telah di senaraikan dalam Nutrition Journal, 24 Oktober 2007.
Juga telah dimasukkan di dalam PubMed Oktober 2007, National Library of Medicine and the National Institutes of Health.
Pilih Vitamin Yang Baik, Atau Tak Payah Makan Langsung
Lebih memeranjatkan apabila tahap kesihatan pengguna vitamin lain terbukti secara saintifik lebih teruk berbanding dengan individu yang tak makan apa-apa vitamin langsung. Jadi, tak hairanlah jika ramai yang cakap, “lebih baik tak makan apa-apa vitamin“.
Bak kata Dr. Gladys Block, hasil kajian landmark study sangat mengujakan, dan ia menyokong potensi khasiat pengambilan suplemen Shaklee dalam jangamasa panjang. Namun, kesan ini langsung tidak boleh disamakan dengan kesan suplemen dari jenama lain.
Kunci utamanya, apabila anda bercadang nak ambil apa-apa vitamin sekalipun, tanyakan landmark study pada syarikat berkenaan. Ini penting, supaya kesihatan anda tidak terjejas. Kita makan suplemen untuk jadi bertambah sihat, bukan sebaliknya.
Pengguna Setia Shaklee Tahun Ke-9
Tahun 2017 ini merupakan tahun ke-9 kami setia sebagai pengguna Shaklee. Tak lama pun 9 tahun nie, sebab ada kenalan kami dah makan Shaklee lebih 25 tahun. Kagum sangat ada seorang nenek nie usia dah 70-an, tapi relaks je jalan berkilometer masa trip Shaklee ke Italy.
Dalam masa 9 tahun ini, bukan sahaja kami enjoy sebagai pengguna, malah kami seronok berkongsi kebaikkan vitamin Shaklee kepada semua customer kami.
Banyak customer yang kami jumpa mengatakan bahawa, dah cuba macam-macam suplemen, dan ternyata vitamin Shaklee juga yang terbaik. Ini terbukti bilamana dah biasa makan vitamin Shaklee, kemudian berhenti makan sekejap atas pelbagai faktor, akhirnya akan kembali semula untuk consume vitamin Shaklee.
Vitamin Shaklee lain daripada lain. Adalah tidak adil untuk pukul samarata suplemen Shaklee dengan kebanyakkan suplemen yang ada di pasaran. Cubalah sekali, dan dapatkan konsultasi daripada pengedar Shaklee yang proaktif dan berilmu, seperti kami. Insya Allah… 😀
Arnie Samsudin
Tahun ke-9 sebagai pengguna Shaklee, dan masih setia.
Shaklee Certified Product Trainer.
WhatsApp 017-3030081 untuk order produk, atau daftar ahli Shaklee.
Noriza Abdul Rahman says
Wah, dah 9 tahun ya bersama Shaklee, hai kakak 🙂
Paling penting pengambilan suplemen ialah tentang kesan pengambilannya dalam jangka masa panjang kan? Makan suplemen ni urin jadi mahal tau..hehe
GenkiMomma says
Kalaulah boleh jual ‘urun’ tue, ekeke… 😛
Nur Razali says
Lama dah 9 tahun. Nur baru masuk tahun ke5. Lega rasa pilihan kita pilihan yang tepat 😊😊 Alhamdulillah.
GenkiMomma says
Tue laa Nur, tak sangka dah 9 tahun.. dulu memang celup2 makan vitamin, tapi sejak umur dah nak masuk 40-an nie, sendiri yang rasa serba tak kena kalau miss makan vitamin yang penting, hihi…
Nur Razali says
Bab celup2 tue memang nak kene ketuk kepala sendiri. Bila usia dah bertambah insof siket nak culas makan vitamin 😅
Oja Samid says
Tak perasan kan, dah makan vitamin Shaklee bertahun-tahun. Kalau produk tak elok, takdelah sanggup nak bertahan lama macam tue kan? 😀
GenkiMomma says
Betul Oja, memang tak perasan dah makan vitamin bertahun.. Alhamdulillah, harapnya dengan badan yang sihat nie, kita dapat enjoy beribadah dengan tenang sehingga ke akhir hayat, Insya Allah..