Kebelakangan ini heboh di laman media sosial tentang “kempen boikot produk Shaklee”, berikutan tersebarnya satu gambar laman sesawang di internet yang menunjukkan seolah-olah Shaklee sumbang dana kepada Israel.
Ramai yang kongsikan gambar tersebut di media sosial, tidak kira samada mereka pernah menjadi pengguna Shaklee, sedang makan produk Shaklee, malah ada juga yang tak pernah beli produk Shaklee langsung! Inilah website yang dimaksudkan…
Perhatikan logo syarikat Shaklee berwarna hijau di bawah ini. Ya, sekali pandang pasti ramai akan cakap Shaklee sokong Israel. Ketahuilah, ia bukan milik Shaklee Corporation.
Shaklee sumbang dana kepada Israel?
Ini bukan isu baru. Website tersebut pun sudah lama beroperasi. Isu Shaklee sumbang dana kepada Israel ini akan selalu dibangkitkan setiap kali isu Israel hangat diperkatakan. Setelah diberi penerangan, biasanya customer Shaklee kami akan faham, dan isu ini reda seketika.
Beberapa bulan kemudian apabila timbul lagi isu kezaliman Israel di mana-mana, maka isu Shaklee sumbang dana kepada Israel ini akan dibangkitkan semula. Kali ini oleh individu yang berlainan pula. Ada yang boleh terima penjelasan kami dengan hati yang terbuka. Namun, ada juga yang menutup terus telinga, dan terus-terusan menyebarkan berita yang tidak benar.
Di sini kami ingin jelaskan, Shaklee Corporation tidak sumbang dana kepada Israel.
Laman website tersebut adalah kepunyaan pengedar Shaklee. Shaklee Independent Distributor seperti kami juga. Ini bermakna, sumbangan dana tersebut adalah daripada sumbangan peribadi beliau. Bukan dari hasil keuntungan syarikat Shaklee Corporation.
Kisah Sebenar Di Sebalik Shaklee Sumbang Dana Kepada Israel
Inilah penjelasannya. Sila baca dengan hati terbuka, dan tanpa prejudis.
Pernah tak anda klik logo hijau Shaklee yang tertera di laman sesawang di atas?
Jika anda klik logo hijau tersebut, ia akan membawa anda ke laman web pengedar Shaklee seperti di bawah ini, dan bukan ke laman web rasmi Shaklee Corporation. Lihat gambar di bawah ini:
Ini pula ialah laman web rasmi Shaklee Corporation (Shaklee US):
Boleh nampak dengan jelaskan bahawa logo rasmi Shaklee bagi kedua-dua web di atas berbeza? Bahkan, laman web url juga berbeza. Nampak je sama, tapi bukan dia.
Laman web rasmi Shaklee US ialah www.shaklee.com.
Manakala laman web bagi Pengedar Shaklee ialah XXX.myshaklee.com (XXX ialah nama Shaklee Independent Distributor tersebut).
Sebagai Pengedar Shaklee, semua pengedar wajib menggunakan logo “Shaklee Independent Distributor” (rujuk no. 2), dan bukannya logo rasmi Shaklee Corporation, iaitu “Shaklee Creating Healthier Lives” (rujuk no.5).
Dalam kes di atas ini, pengedar tersebut juga sepatutnya menggunakan logo “Shaklee Independent Distributor”. Ini tidak. Beliau telah gunakan logo rasmi Shaklee Corp., dan telah mengundang salah faham dari banyak pihak, yang tanpa usul periksa menyebarkan di laman sosial bahawa Shaklee sumbang dana kepada Israel.
Shaklee Tidak Terlibat Isu Politik, Agama atau Perkauman
Shaklee adalah sebuah entiti syarikat yang tidak terlibat dengan mana-mana isu politik, isu agama, atau perkauman. Kami sebagai pengedar sah Shaklee yang Muslim juga masih tahu membezakan yang Halal dan Haram, dan pastinya kami tidak akan ambil enteng isu sensitif sebegini.
Apa yang pengedar Shaklee di atas lakukan, iaitu menyalurkan sebahagian daripada bonusnya kepada KIC, adalah sama seperti apa yang kami lakukan dengan Bonus Shaklee kami seperti membayar ZAKAT, menginfaqkan ke jalan Allah, bersedekah, menderma, menyalurkan Bonus kepada Gaza, Palestine, dan menyumbang kepada ummah.
Sebab itulah kami berusaha untuk lebih berjaya di dalam Bisnes Shaklee ini, supaya kami boleh menyumbang lebih kepada ummah dan saudara kita. Tanpa mengira agama dan bangsa. Tak perlu berkira-kira berapa baki gaji bulanan baru nak menyumbang, boleh terus hulurkan bantuan dengan seikhlas hati, lillahita’ala. Insya Allah.
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah: 216)
Kami mohon kepada pihak yang menyebarkan perkara yang tidak benar, sehingga ada yang membuat “kempen boikot Shaklee”, agar hentikanlah fitnah tersebut. Marilah kita bersama-sama mencari redha Allah, bukan mencari populariti di kalangan manusia. Apatah lagi mengaibkan orang lain tanpa bukti yang sahih. Insya Allah…
Sijil Halal Shaklee Diiktiraf oleh JAKIM Malaysia
Ketahuilah, kami pengedar Shaklee sentiasa bersedia untuk menjawab soalan anda… 😀
**Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Add/ Follow FB : Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Nur Razali says
Ya Allah sampai buat kempen boikot Shaklee! Alhamdulillah Shaklee Malaysia dah keluarkan kenyataan rasmi kan berkaitan isu ni;) Kak Arnie minta izin share kt blog Nur ye..
Genki Momma says
Alhamdulillah… Boleh Nur… 🙂
Nur Razali says
Thanks Kak Arnie 😉
Genki Momma says
Boikot dengan ilmu… 🙂