Sebagai umat Islam, mencari yang halal itu wajib. Makanan yang haram akan memberi kesan kepada keperibadian kita, dan keseluruhan keturunan kita. Paling ditakuti apabila Allah tidak menerima doa, dan segala amal kebajikan kita, semata-mata kerana makanan haram tersebut.
Di dalam satu riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Mardawaihi, daripada Ibnu Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah yang terkenal iaitu Saad bin Abu Waqash meminta Rasulullah SAW agar baginda memohon kepada Allah supaya apa sahaja doa permohonannya dikabulkan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tanganNya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari.
Dan barangsiapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api neraka lebih baik baginya”. IKIM
Walaupun makanan tersebut adalah makanan yang berkhasiat seperti suplemen, kita tetap perlu pastikan bahawa produk tersebut diproses dan dihasilkan dari sumber yang halal.
Sijil Halal Shaklee Dari Islamic Services of America
Ramai pengguna muslim produk Shaklee seringkali bertanya tentang status halal shaklee. Sebenarnya, kami gembira dengan soalan anda, kerana itu menunjukkan bahawa anda seorang yang peka, dan menitik beratkan tentang halal haram makanan yang masuk ke dalam tubuh anda.
Shaklee ada sijil halal, tetapi bukan dikeluarkan oleh JAKIM. Sebaliknya, sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA), badan pengeluar sijil halal yang diiktiraf di USA.
Inilah sijil halal Shaklee 2016. Sijil halal ini diperbaharui setiap tahun.
Di seluruh dunia ini, bukan JAKIM sahaja badan pengeluar sijil halal tau. Mari kami terangkan analogi mudah tentang status halal Shaklee, dan sijil halal Shaklee.
(1) Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal yang tersendiri. Contohnya, di negara:
- Malaysia, ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Singapura, ada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
- United States of America, ada Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA), dan Islamic Services of America (ISA).
(2) Kedua, setiap badan pengeluar sijil halal sesuatu negara, hanya boleh keluarkan sijil halal untuk produk keluaran negara tersebut sahaja. Badan pengeluar sijil halal negara tersebut tidak boleh sesekalipun berikan sijil halal untuk produk keluaran negara lain. Contohnya,
- Produk keluaran Malaysia, haruslah mempunyai sijil halal dari JAKIM.
- Produk keluaran USA, haruslah mempunyai sijil halal INFANCA atau ISA.
- JAKIM tidak boleh sesekali letak logo halal JAKIM pada produk keluaran USA.
(3) Ketiga, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA. Kemudian, barulah diimport untuk dibawa masuk ke Malaysia. Oleh kerana produk Shaklee ialah produk keluaran USA, maka sewajarnya produk Shaklee mendapat sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal di USA.
Ini maklumat mengenai halal accreditation oleh JAKIM, di laman rasmi ISA.
Sijil Halal Shaklee Diiktiraf JAKIM
Untuk produk Shaklee, sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA). ISA berada di nombor 55 dalam senarai badan pengeluar sijil halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Masih tidak percaya? Ini maklum balas dari pihak JAKIM di laman rasmi FanPage JAKIM, apabila ditanyakan soalan tentang status halal Shaklee daripada pengguna.
“Shaklee memang tiada status halal Malaysia. Produk import, ada sebahagian mempunyai status halal Islamic Services of America, badan diiktiraf JAKIM. Tiada produk shaklee diletakkan logo halal Malaysia.”
Jadi, inilah sebabnya tiada logo halal JAKIM di semua botol suplemen Shaklee. Jangan risau, seperti yang kami dah terangkan dari awal tadi, Islamic services of America ialah badan pengeluar sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Silalah amalkan suplemen Shaklee dengan penuh yakin bahwa ianya 100% halal.
Masih Meragui Status Halal Shaklee?
Namun, jika anda masih ingin bertanyakan maklumat lanjut, sila hubungi Customer Service Shaklee (M) untuk maklumat lanjut. Ingat, Shaklee Malaysia, tau. Bukan Shaklee USA.
Mengapa tak boleh hubungi Shaklee USA? Sebab, produk Shaklee yang dipasarkan untuk pasaran Malaysia, tidak sama dengan produk untuk pasaran USA. Produk untuk Shaklee Malaysia dihasilkan dan diproses mematuhi 100% spesifikasi halal yang ditetapkan oleh ISA.
Ketahuilah, kami pengedar Shaklee sentiasa bersedia untuk menjawab soalan anda… 😀
**Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp : 017-3030081
Follow FB : Arnie Samsudin untuk update terkini.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Betul, kalau untuk produk Malaysia better berurusan dengan shaklee Malaysia sebab peraturan pun tak sama kan
GenkiMomma says
Ramai ingat logo Halal JAKIM aje yang ada dalam dunie nie..