Ada beberapa pengguna menghubungi kami sebab nak beli ‘suntikan Vitamin C’. Pelik juga bagaimana mereka boleh end up hubungi kami, kerana kami tak pernah langsung kongsikan tentang suntikan vitamin C di blog ini. Sebabnya, kami tahu bahaya suntikan Vitamin C.
Kami dah explain bahawa kami hanya amal dan jual Sustained Release Vitamin C, yang terbukti selamat, ada kajian klinikal dan The LandMark Study. Tapi, mereka tetap juga nak suntikan vitamin C.
Jadi, bila dah ramai sangat yang cari kami sebab nak beli suntikan vitamin C nie, kami rasa bertanggungjawab lah untuk sebarkan bahaya suntikan vitamin C ini kepada pembaca semua. Tak mahulah kerana obses nak cantik segera, tak pasal-pasal dapat penyakit bahaya pula.
Awas Bahaya Suntikan Vitamin C
Tahukah anda, sebenarnya, tiada satu pun suntikan vitamin C untuk tujuan kecantikan di dalam Malaysia ini, yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini bukan fakta kosong tau. Kenyataan rasmi ini dikeluarkan sendiri oleh pihak KKM.
Suntikan vitamin C ini biasanya berupa ampul berwarna kuning, yang mengandungi cecair jernih.
Paling merisaukan, di antara kesan sampingan vitamin C ini ialah berisiko menghidapi:
- batu karang (kidnes stones).
- pembekuan darah yang tidak normal.
- cirit-birit dan muntah.
Penjual suntikan vitamin C yang tidak berdaftar KKM ini pula sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda RM25,000, atau 3 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
Tiada Suntikan Vitamin C Diluluskan Oleh KKM
Suntikan Vitamin C yang terkenal masa kini ialah suntikan melalui saluran darah vena.
Setiap ampul Vitamin C ini mengandungi 1,000mg ke atas kandungan Vitamin C, melebihi kadar keperluan vitamin C harian. Malah, suntikan ini menjadi lebih bahaya apabila dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti glutathione, plasenta, kolagen dan lain-lain.
Tak kisahlah siapa yang mempromosi kan suntikan vitamin C untuk kecantikan tersebut, samaada artis terkenal ataupun public figure, jangan sesekali terpengaruh, ok?
Para artis biasanya dibayar untuk menjadi duta produk tersebut. IG review pun sama, kebanyakkannya mempromosikan produk sebab dibayar (paid review). Bukan sebab mereka betul-betul guna produk. Ada juga penjual yang tak guna pun produk sendiri. Hanya jual sahaja.
Ingat, tiada suntikan Vitamin C yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ok?
Kak Arnie
Jangan kerana terlalu obses nak cantik, badan merana.
Noriza Rahman says
Memang bahaya suntik² ni kan, kenapa lah nak cepat sangat kesan cantik padahal padahnya buruk
GenkiMomma says
Tengok iklan2 kat IG, selamba je mereka iklankan vitamin C injection.. seram!
Mama Hakim says
Nak cantik memang ramai sanggup buat apa saja
kalau nak masuk syurga tak ramai sanggup
GenkiMomma says
Beauty is pain, mat saleh kata..
Yana says
Ada servis kat rumah kan.. Siap datang bawa suntikan yg ala-ala masuk air drip tu.. Ramai juga nampak kenalan yang share.. Aduuhh tak diluluskan KKM rupanya.. Takutnya..
GenkiMomma says
Siap datang kat rumah tue memang berani betul.. if emergency, how lah nak pergi hospital..
Ibu Zaid says
Ramai wanita sanggup membahayakan kesihatan untuk nampak cantik
GenkiMomma says
Trend sekarang, berlumba siapa boleh putih lagi cepat..