Suplemen Bantu Pengecutan Cyst dan Fibroid | Ovarian Cyst asalnya ialah kelompong nipis yang mengandungi air, yang berada di dalam ovari. Kelompong seperti ini biasanya normal bagi seorang wanita kerana kelompong ini mengandungi telur wanita. Namun jika ia tidak menetas, dan saiznya melebihi 20mm, atau 2cm, maka ianya dinamakan Ovarian Cyst.
Fibroid pula, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda. Ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive).
Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.
Masalah Ketidaksuburan Salah Lelaki Atau Wanita?
Masyarakat kita sering mengaitkan ketidaksuburan berpunca dari wanita.
Benar, Ovarian Cyst dan Fibroid, kedua-duanya pun mengganggu kesuburan bagi wanita yang ingin hamil. Namun, punca ketidaksuburan itu bukanlah 100% datang dari wanita.
Hakikatnya, 1/3 masalah tidak subur datang dari wanita, 1/3 masalah tidak subur juga datang dari lelaki, dan baki 1/3 lagi dari punca-punca lain yang tidak dapat dikenal pasti.
Jika anda sudah 1 tahun mencuba untuk hamil dan masih lagi belum berhasil, dari pandangan perubatan, anda dan pasangan dikategorikan sebagai tidak subur.
Jadi, segeralah berjumpa dengan Pakar Sakit Puan untuk pemeriksaan lanjut.
6 Mitos Petanda Anda Tidak Subur
Suplemen Bantu Pengecutan Cyst dan Fibroid
Hari ini saya ingin kongsikan testimoni terbaru customer GenkiMomma, Puan W (37 tahun), yang baru sahaja mula makan suplemen Shaklee mulai 8 April lepas, untuk tujuan mengecutkan cyst dan fibroid nya, di samping ingin hamil semula.
Suplemen Shaklee yang kami cadangkan untuk masalah cyst dan fibroid nya ialah GLA Complex, dan vitamin antioksidan ACE iaitu CarotoMax (vitamin A), Vitamin-C & Vitamin-E.
Berikut ialah mesej dari Puan W…
8 Mei 2015 (Jumaat):
“Saya dah 2x keguguran, sekarang MC sebab bleeding.. Sebelum ini scan ada cyst dan fibroid. Fibroid dalam 3.7 cm, tapi bila scan balik dah jadi 6.3 cm. Saya ada terbaca tentang GLA dan A+C+E. Jadi nak tanya kalau nak beli macam mana ya?”
Memandangkan Puan W tinggal berhampiran, kami COD vitamin Shaklee padanya hari yang sama dan terus mendaftar sebagai ahli untuk lebih penjimatan. Beliau juga terus makan pada hari yang sama, mengikut Jadual Makan Eksklusif Cyst dan Fibroid yang kami sarankan.
Seminggu kemudian, 14 Mei 2015 (Khamis):
Semalam genap seminggu beliau makan vitamin Shaklee, dan terus menghubungi kami untuk berkongsi hasil medical check up nya di hospital. Alhamdulillah, cyst di ovari sudah tiada. Fibroid pula mengecut daripada 6.3cm ke 3 cm. Syukur…
“Salam Arnie, saya ada di hospital XXX appointment untuk check rahim. Alhamdulillah, cyst kat ovari tiada. Dua ovari normal. Fibroid tadi check 3cm. Seminggu makan nampak kesan.. Alhamdulillah, thanks Arnie..”
Berita baiknya lagi, doktor telah mengesahkan yang ovarinya sedang menghasilkan telur (follicular), dan ada peluang tinggi untuk hamil lagi. Insya Allah.
Mari kita sama-sama doakan Puan W agar segera hamil ya, Aamiin…
“Ok Arnie, tadi doktor cakap ovari sedang Follicular (jadi telur), maybe ada peluang untuk pregnant.. Kalau macam tue, saya continue makan.. TQ Arnie, Alhamdulillah..”
Perhatian: Buat pengetahuan anda, kami telah pun meminta izin dari Puan W untuk kongsikan testimoni cyst dan fibroid nya di sini, dan atas sebab menjaga privasi, namanya kami rahsiakan. Jadi, sila berikan link kepada artikel GenkiMomma.My ini jika anda ingin kongsikan testimoni ini.
Cara Order Vitamin Untuk Bantu Pengecutan Cyst & Fibroid
Vitamin Shaklee yang kami cadangkan untuk masalah cyst dan fibroid ialah gabungan GLA Complex, dan vitamin antioksidan ACE iaitu CarotoMax (vitamin A), Vitamin-C & Vitamin-E.
Harga bagi setiap satu vitamin ialah:
- GLA Complex (60 biji): RM91.25
- Vitamin A (CarotoMax) (30 biji): RM77.50
- Sustained Release Vita-C Plus (180 biji): RM97.50
- Vita-E Complex (120 biji): RM156.25
Jumlah harga set suplemen untuk cyst & fibroid ini ialah RM422.50 (tak termasuk GST & postage).
Anda ada 2 pilihan untuk beli set suplemen ini, samaada secara online ataupun secara manual.
Cara 1: Secara online. Beli terus di laman eSell Shaklee (klik) dengan harga RM458.45. Pembayaran dengan kad debit atau kad kredit sahaja. Penghantaran terus dari pihak Shaklee (M).
Cara 2: Secara manual. WhatsApp kami di 017-3030081 untuk kami bantu anda buat pembelian, dan jika berminat untuk daftar keahlian juga. Jimat banyak bila daftar ahli Shaklee, tau! 😀
Perkongsian lain dari customer yang ada cyst dan fibroid:
Di ingatkan, suplemen Shaklee ini hanya sebagai salah satu usaha sahaja, bukan jaminan bahawa cyst dan fibroid anda akan terus kecut, hilang sepenuhnya, dan terus hamil, ya.
- Testimoni – Ujian Pap Smear Bantu Kesan Ovarian Cyst (3 cm)
- Testimoni – GLA Complex Bantu Pengecutan Cyst Payudara
- Testimoni – Amalan Doa untuk Ovarian Cyst
- Kenapa Rahim Bengkak? Punca Cyst dan Fibroid?
Jika anda ada masalah ketidaksuburan, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah tambahan nutrisi untuk total wellness anda. Insya Allah.. 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Oja Samid says
alhamdulillah..first time dengar kes fibroid mengecut. selamat nie banyak kes berkaitan cyst je kan. mudah2an beliau cepat2 hamil nnt insyaAllah.
GenkiMomma says
Alhamdulillah, betul Oja… First time dapat testimoni customer yang Fibroid nya mengecut… Biasanya customer share pengecutan Ovarian cyst dgn Breast cyst aje… Syukur!! Jom bantu ramai orang untuk lebih sihat… 😉
Noriza Rahman says
Alhamdulillah dengan izin Allah, syukur dah semakin pulih
GenkiMomma says
Alhamdulillah, dengan izin-Nya juga… 🙂
Noriza Rahman says
Customer saya pun dah mengecut cystnya selepas mencuba berusaha dengan 3 botol GLA complex dan sebotol vitamin E dan C..Alhamdulillah
Nur Razali says
Alhamdulillah dengan Izinnya. Mudah2an dipermudahkan Pn W untuk hamil..
GenkiMomma says
Alhamdulillah, Amiinn…