Suplemen Kurangkan Sembelit Selepas Bersalin
Jika anda dah mengikuti entri saya sebelum ini, pasti anda tahu bahawa saya termasuk di dalam golongan orang-orang yang jarang “membuang air besar”. Jarang sangatlah buat aktiviti yang satu ini. Kalau 3-4 hari tue normal bagi saya.
Seminggu pun pernah… 😛
Nampak sangat sistem penghadaman saya kurang normal. Confirm sembelit! 😛
Alhamdulillah, sejak mengamalkan suplemen semulajadi Shaklee, terutama:
- B-Complex : menukarkan makanan & gula kepada tenaga.
- Alfalfa Complex : melawaskan sistem penghadaman, sahabat baik usus & buah pinggang.
- Herb-Lax : untuk detoks usus. Di amalkan 1-2x seminggu.
sistem penghadaman saya sudah kembali normal. Yeay!
Apabila disahkan hamil baby ke-3, saya hentikan pengambilan Alfalfa, dan semestinya BIG NO kepada Herb-Lax.
Mulanya, risau juga sembelit kembali lagi. Namun, Alhamdulillah, dengan pengambilan OsteMatrix yang konsisten 4 biji setiap malam, masih lagi lawas seperti biasa. OsteMatrix ialah suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin D, dan banyak lagi.
Ramai yang ingat Kalsium hanya untuk gigi dan tulang. Hakikatnya, kalsium juga diperlukan di dalam darah di mana kekurangan paras blood-calcium ketika waktu haid boleh menyebabkan kemeruduman susu ibu.
Magnesium pula meningkatkan kandungan air di dalam usus, yang seterusnya membantu menggerakkan peristalsis (pergerakan macam ombak di dalam usus). Peristalsis jugalah yang menolak makanan ke dalam perut kita.
Efek laksatif magnesium boleh dilihat dari 2 cara:
- Magnesium menenangkan otot di dalam usus. Ini membantu menghasilkan ritma yang lancar, yang seterusnya membantu mengurangkan sembelit.
- Magnesium memerangkap air. Ini menyebabkan pertambahan jumlah air di dalam kolon, yang akan melembutkan najis, seterusnya menyebabkan pergerakan najis lebih lancar. Maka, sembelit dapat dielakkan.
Magnesium memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Sekaligus membuktikan kepentingan magnesium dalam mengelakkan sembelit selepas bersalin kerana keseluruhan sistem penghadaman itu sendiri ialah satu otot yang panjang!
Jadi, buat ibu-ibu di dalam pantang, saya amat mengesyorkan pengambilan suplemen Kalsium-Magnesium (di Shaklee kita ada OsteMatrix) di dalam senarai vitamin berpantang anda! Bukan sahaja melawaskan, Kalsium juga bantu memberi tenaga kepada si ibu agar sentiasa segar bertenaga, dan seterusnya membantu di dalam penyusuan bayi!
Pengalaman Ibu-ibu Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin
Pengalaman Ibu Tidak Sembelit Selepas Bersalin (1):
“Saya pun memula tak percaya macammana ostematrix bantu lawas..lagipun saya mmg takde masalah membuang.. salu mmg nature call je..tapi paling takut time dlm pntg..mmg akan sembelit. tapi kali ni rekod terbaik.. Hari ke 4 dah berjaya membuang lepas amik oste 4 biji malam sblmnya.. dulu lebih 6 hari seminggu camtu baru membuang..kini saya percaya..hehe” –Pn Dayah
Pengalaman Ibu Tidak Sembelit Selepas Bersalin (2):
“Alhamdulillah, selamat bersalin 3 Feb 2012 baru nie. Hari nie genap 6 hari berpantang, dan 6 hari gak saya dah mula makan set berpantang shaklee + makan OsteMatrix cegah sembelit.. Saya tak sembelit langsung, jahitan tak rasa sakit sangat dan luka nampak cepat sembuh dari dulu.” -LovelyBaby Alisha
Pengalaman Ibu Tidak Sembelit Selepas Bersalin (3):
“Selalu lepas bersalin mesti sembelit. Saya mengalami sembelit yang sangat teruk sebab dalam pantang saya amalkan ubat farmasi. Bila berhenti makan ubat terus jadi sembelit yang teruk. Sampai menangis2 & ambil masa yang lama dalam toilet. Jadi solution saya, kembali ambil Zinc dan OsteMatrix. Hanya 4 hari sahaja saya pulih dari sengsara sembelit, Alhamdulillah..”
Pengalaman sendiri, saya juga ada masalah sembelit selepas bersalin, selepas melahirkan anak pertama dan kedua. Waktu tue belum kenal lagi suplemen Shaklee.
Masa bersalinkan yang sulung, saya sembelit selepas bersalin hampir seminggu. Sebenarnya memang silap sendiri juga, sebab seriau sangat dengan luka selepas melahirkan, sebab luka masa tue agak banyak. Maklumlah anak sulung, dan saiznya agak besar juga, 3.5 kg. Nak duduk dan baring pun kurang selesa. Nak masuk toilet lagilah bercinta.
Masa bersalinkan anak kedua, saya sembelit selepas bersalin hampir sebulan. Lagi kronik. Tiada langsung rasa gesaan nak membuang, walaupun ada makan buah. Ingat lagi masa tue saya bawa baby untuk check up 30 hari di hospital. On the way balik rumah, saya minta suami belikan fresh orange suam. Petang yang sama membuang dengan jayanya. Alhamdulillah, selesa rasa perut.
Haih, tak sabar rasanya untuk merasai penangan OsteMatrix ke atas sistem penghadaman saya selepas kelahiran baby #3. Ada perubahan tak agaknya?
Jika anda sedang berpantang, dan mengalami sembelit selepas bersalin, boleh terus dapatkan suplemen OsteMatrix dengan belian Online di sini. 1 botol OsteMatrix untuk kegunaan 1 bulan.
Insya Allah, nanti saya kongsikan pengalaman mengamalkan OsteMatrix sepanjang mengandung dan berpantang baby #3 di entri akan datang… 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081/ 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.