Anak kami Dhira mempunyai ekzema sejak lahir. Awalnya hanya macam ruam kecil. Sebaik sahaja saya habis pantang dan mula makan macam-macam, ekzemanya meradang dengan teruk. Di tambah lagi dengan penggunaan krim pelembap yang tak sesuai.
Selepas buat allergy test di DEMC Shah Alam, Dhira disahkan alah produk tenusu (dairy products). Masa buat allergy test, Dhira baru berusia 6 bulan. Kami belum berikan dia sebarang makanan pejal. Dhira hanya minum susu ibu sepenuhnya.
Ibu Menyusu Pun Kena Pantang Bila Anak Ekzema
Jadi, bila kami tahu Dhira alah produk tenusu, sebagai ibu menyusu, saya terus hentikan pengambilan makanan berasaskan tenusu. Ibu menyusu anak ekzema pun kena berpantang. Kemudian, saya cuba ambil sedikit demi sedikit untuk lihat makanan mana yang akan trigger ekzema Dhira.
Saya perasan ekzema Dhira akan meradang apabila saya minum susu segar, sebarang jenis fresh milk. Jika ambil makanan berasaskan produk tenusu seperti kek, keju, butter atau coklat dalam kuantiti sedikit, radang ekzemanya masih terkawal. Tapi, jika ambil terlalu banyak, contohnya makan kek coklat berpinggan-pinggan, akan keluarlah bunga-bunga ekzema pada badan Dhira.
Doktor juga nasihatkan supaya susukan anak ekzema kami dengan susu ibu selama yang mungkin. Susu ibu ada antibodi yang boleh bantu kuatkan sistem imun anak.
Cabaran Bila Anak Mula Makan Makanan Pejal
Kami lewatkan sedikit pemberian makanan pejal buat Dhira. Dia mula makan bubur kosong yang di blend kan pada usia 7 bulan. Bukan kami pandai-pandai lewatkan, ini advise dari Paedtrician yang merawat Dhira. Lebih baik mulakan makanan pejal, selepas tahu apakah allergens yang menjadi penyebab radang ekzema. Dalam kes Dhira nie, produk tenusu.
Ekzema di muka Dhira, masa ini umur 6 bulan. Radang ekzema juga ada di kepala lutut, di pelipat kedua belah tangan, di pelipat peha dan betis. Sehari sebelum buat allergy test.
Fasa yang lebih mencabar ialah bila anak dah mula makan. Ketika masih eksklusif menyusu badan, hanya ibu yang perlu berpantang makanan. Ibu seorang sahaja yang perlu telan air liur tengok orang lain makan sedap-sedap, sambil sabarkan hati, “Takpe, aku buat demi anak”.
Tapi bila anak dah pandai makan, adakala kita sukar nak kawal keinginannya.
Ada ketika dia nampak abang dan kakak makan ais krim, dia pun nak makan juga. Sebagai ibu bapa, mestilah kita tak sampai hati tengok dia menangis. Jadi diberikan juga. Lepas tue, get ready lah dengan segala perisai perang jika ekzema nya meradang.
Ekzema di muka Dhira, masa ini umur 8 bulan. Dah mula makanan pejal.
Bila pulang ke kampung, ada sanak saudara yang berikan coklat ataupun gula-gula berperisa susu. Nak tolak serba salah, walau kadang kala kami tepis juga dengan cara baik. Alhamdulillah, keluarga faham. Tapi, jadi makin mencabar bila mana anak dah nampak gula-gula tersebut, dan dia bersungguh-sungguh menangis sebab nak juga.
“Alaa beri aje lah dia makan sikit. Takde apa-apa punya lah..”
Dan, di malam hari kita pun sama berjaga sebab anak tak boleh tidur lena menggaru kegatalan. Bila terlebih garu, berdarah pula. Kita jugalah kena bangun jadi jururawat di tengah malam.
Susu Apa Nak Minum Bila Anak Alah Produk Tenusu
Pernah ada yang cadangkan kepada kami, “Bagus bagi anak minum susu kambing, nanti cepat baik kulitnya”, selepas kami beritahu dia alah produk tenusu.
Kami tolak dengan baik. Maaf, kami lebih percaya nasihat doktor. Bukan susu lembu dan produk tenusu je tak boleh, susu kambing pun tak boleh minum kata doktor.
Si pemberi nasihat masih cuba nak justify kebaikan susu kambing segar. Hati kami berdua memang kering. Kami dah sepakat nak kuatkan hati bila dengar apa jua cadangan yang tak sesuai dengan kondisi ekzema anak kami. Lagipun, kalau anak kami menangis dan menggaru di tengah malam, kami juga yang nak kena tanggung, kan? Akhirnya dia diam.
Ini keadaan pipi Dhira, lepas makan ais krim yang ada kandungan susu. Ais krim tue terkena pipi nya, terus naik merah begini. Kalau terkena coklat pun sama, terus keluar bintik merah. Sebenarnya pipi Dhira dah licin, tapi tetap ada reaksi begini apabila direct contact dengan dairy products.
Ini luaran, di bahagian kulit. Bayangkan, bagaimanalah agaknya radang di dalam badannya?
Ibu ayah, kalau anak ekzema anda juga confirm alah produk tenusu, ini nasihat kami:
- Berikan susu ibu selama mungkin, sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Ajar anak makan makanan sebenar. Kurangkan process food dan frozen food. Makanan segera begini hanya menjai penyebab usus anak bocor. Masak sendiri di rumah.
- Variasikan makanan anak dengan pelbagai kumpulan makanan. Perkenalkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna warni.
- Galakkan anak banyak minum air kosong. Elakkan anak minum air manis, kerana gula putih menyebabkan ekzema makin teruk.
- Berikan suplemen minyak ikan, multivitamin, vitamin C, Al-Manna, prebiotik dan probiotik untuk kuatkan sistem imun badannya, sekaligus bantu badan dapat nutrisi yang cukup setiap hari.
Jangan risau, selepas usia 2 tahun, anak tak perlukan susu formula sebagai pelengkap nutrisi hariannya. Anak boleh dapat zat yang cukup melalui pemakanan harian (rujuk 5 tips di atas).
Perlukah Minum Susu Formula Selepas 2 Tahun?
Sebelum ini kami pun sibuk cari susu formula yang sesuai selepas anak berhenti menyusu badan. Mulalah sessi trial and error cari susu formula yang anak serasi. Beratus habis di situ. Satu cabaran lagi nak hentikan susu botol pun bukan senang.
Dhira sekarang nie dah 2 tahun 4 bulan. Kami tak pernah beri dia susu formula selepas dia berhenti menyusu badan. Perbezaan ketara yang kami nampak ialah dia tak memilih makan. Dia suka mencuba apa jua makanan, dan sangat suka makan buah. Sangat berbeza dengan abang dan kakak nya, yang boleh dikatakan picky eaters semuanya.
Lihat kulit Dhira ketika berumur 1 tahun 6 bulan ini. Licin sepenuhnya. Radang ekzema masih ada di beberapa bahagian badan, tapi boleh dilindungi dengan baju. Kami tak pakai sebarang krim steroid. Pelembap extra virgin olive oil, krim Buds dan suplemen minyak ikan untuk kuatkan antibodi nya sahaja. Kegemaran Dhira kunyah Chewable Vitamin C.
Mungkin ini juga hikmah mengapa Allah anugerahkan anak ekzema ini kepada kami. Bila tiada pilihan, kerana dia alah produk tenusu, suka atau tidak kami terpaksa pilih untuk tak beri susu formula kepadanya. Rupa-rupanya, bila tak minum susu formula, anak lebih enjoy untuk makan makanan sebenar, dan langsung tidak memilih makanan. Alhamdulillah..
Jadi, jawapan kepada persoalan ini, tak perlu berikan apa-apa susu formula. Noktah.
Ibu ayah, jangan risau jika anak ekzema anda juga alah dengan produk tenusu. Ada banyak lagi pilihan makanan sebenar di luar sana yang boleh menyamai khasiat produk tenusu.
Ibu kepada anak ekzema,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Oja Samid says
Kat Malaysia masih ramai yang beranggap susu formula nie “wajib” selepas anak habis menyusu badan. So kena sebarkan info yang tepat untuk kebaikan semua.
GenkiMomma says
Nak betulkan yang “biasa” tue yang mencabar kan.. Walhal yang “biasa” itulah yang tak betul sebenarnya.. Harap info ini sampailah kepada mereka yang memerlukan..
Noriza Rahman says
Besar hikmahnya bila ibubapa diuji dengan kesihatan anak-anak kan? Alhamdulillah syukur
GenkiMomma says
Betul, sangat besar hikmahnya bila kita pandang dari sudut positif… 😀