Tanda-tanda Anak Terkena Jangkitan HFMD | Anak ketiga kami, Hafiy sah terkena jangkitan HFMD, penyakit tangan, kaki dan mulut ketika usianya baru 2 tahun 8 bulan.
Selama ini hanya dengar dan baca kisah kanak-kanak lain, tak sangka kali ini anak sendiri pula yang terkena jangkitan HFMD ini. Sekarang, rasa fobia nak bagi anak main di taman awam.
Awalnya tak perasan langsung yang Hafiy sedang dijangkiti virus HFMD.
Sebagai rujukan sendiri di masa hadapan, dan buat panduan bagi ibu bapa di luar sana, ingin saya kongsikan sedikit rentetan apakah tanda-tanda terkena jangkita HFMD, serta bagaimana Hafiy boleh terkena jangkitan HFMD ini.
Apakah Tanda-tanda Anak Terkena Jangkitan HFMD?
HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
Tanda-tanda terkena jangkitan HFMD ialah:
- Demam selama 2-3 hari.
- Sakit tekak, hidung berair.
- Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.
- Ulser mulut.
- Tiada selera makan.
- Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea).
Kisah Hafiy Terkena Jangkitan HFMD
Anak kami Hafiy mempunyai hampir kesemua tanda-tanda di atas. Begini rentetannya…
8 Dec, 2014 (Isnin):
Sebelum check-out dari sebuah hotel di Johor Bahru, pagi tue kami bawa anak-anak mandi di swimming pool hotel. Selepas check-out, kami hanya singgah makan tengahari di sebuah restoran di JB, kemudian singgah makan malam pula di R&R Dengkil sebelum terus pulang ke rumah. Itulah kali terakhir Hafiy ada direct contact dengan kanak-kanak di tempat umum.
10 Dec, 2014 (Rabu):
Malam Rabu, selepas Isyak, rasa badan Hafiy panas sedikit, dedar orang kata. Tapi panasnya tidak terlalu kuat. Cuma nampak dia mula kurang aktif bermain dengan kakak abang. Saya campurkan sedikit NutriFeron ke dalam susunya untuk kurangkan demam.
11 Dec, 2014 (Khamis):
Siangnya Hafiy masih bermain, tapi tak aktif seperti biasa. Badan juga masih dedar. Saya masakkan bubur, dia makan cuma kurang selera macam selalu, semangkuk pun tak habis. Bubur ialah favourite dia. Biasanya kalau makan semangkuk pun tak cukup, mesti bertambah-tambah.
Saya agak dia kurang selera makan mungkin sebab tak sedap badan. Pelik juga sebab rasanya dia takde kena hujan pun. Saya buat kesimpulan, mungkin dia “demam rindu” pada ayahnya, yang tiada di rumah dari hari Selasa hingga Khamis.
12 Dec, 2014 (Jumaat):
Jam 4:30 pagi Hafiy menangis. Saya rasa kepalanya, tak panas. Saya beri dia minum air, kemudian ajak dia baring. Masa tue saya perasan dia asyik menggaru kedua-dua belah bahagian belakang betisnya. Bila saya rasa bahagian yang digaru tue, agak terkejut. Pelik, bila masa pula Hafiy ada ruam nie? Di kedua-dua belah betis pula tue.
Hafiy nie kulitnya sangat bersih dan licin, Alhamdulillah. Jadi, walau ada sebiji ruam sekalipun, saya akan perasan. Saya sapukan Herbal Blend Cream untuk beri rasa dingin, dan kurangkan rasa gatal. Hafiy tidur lena selepas disapu krim tue.
Paginya Hafiy tak nak sarapan. Dia hanya minum susu, dan sedikit bubur.
Kami keluar ke Glenmarie untuk servis kereta. On the way balik, singgah di kedai makan untuk lunch. Selepas beberapa suap nasi, dia muntah. Kami agak, mungkin sebab angin dalam perut.
Blisters di Tangan, Kaki dan Mulut
13 Dec 2014 (Sabtu):
Kami keluar awal pagi untuk ambil kereta yang diservis semalam. Nampak lepuh (blister) pertama di belakang kaki Hafiy. Ingatkan sebab jangkitan ulat air.
Mungkin sebab Hafiy selalu main air lama di dalam bilik air, terkena kotoran di situ, kata ayahnya. Tapi sebab kami nak cepat sebelum servis center tutup (hari Sabtu half-day), kami plan nak tampal plaster je bila pulang ke rumah nanti. Kononnya, supaya Hafiy tak sakit pakai kasut.
Sampai di rumah, cari plaster tapi tak jumpa. Memandangkan kami nak ke Setia City Mall, ingat nak terus beli di sana aje lah. Naik kereta saya belek kaki Hafiy lagi. Tiba-tiba nampak makin banyak pula lepuh di kaki dia, terutama di bawah tapak kaki. Ehh, lain macam nie, cepatnya merebak?
Pagi tadi confirm memang ada sebiji aje. Belek tempat lain. Tergerak hati nak check tangan, takde blisters. Tapi, banyak bintik-bintik merah kecil.
Dup dap! Secara spontan terus check mulut Hafiy pula. Ada blister besar!
Ya Allah, HFMD ke nie? 🙁
Klinik Pakar Kanak-Kanak
Kami cancel semua plan, dan cari klinik pakar kanak-kanak terdekat.
Dan, doktor sahkan memang HFMD! Dapat 4 jenis ubat. 2 untuk makan; ubat demam dan ubat gatal. 1 untuk spray, dan 1 lagi untuk sapuan dalam mulut.
Doktor nak beri antibiotik, tapi kami tolak antibiotik.
HFMD nie jangkitan virus kan? Jadi tiada keperluan untuk makan antibiotik. Salah guna antibiotik ini yang jadi punca badan kerintangan antibiotik apabila saat betul-betul diperlukan.
Ibu ayah, please take note. Tak semua penyakit perlukan antibiotik. Bahaya tau…
Bagaimanakah virus HFMD ini berjangkit?
Walaupun kita jaga anak sendiri di rumah, jangan ingat anak kita takkan terkena jangkitan HFMD ini ya. Sekali sekala keluar rumah pun boleh buat anak terkena jangkitan HFMD ini jika anak kita bersentuh langsung dengan:
- cecair hidung kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- air liur kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- lepuh (blister) kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- najis kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD,
- sentuhan pada permukaan dan peralatan yang tercemar dengan virus HFMD.
Maka, bermulalah episod saya menjaga anak pertama yang terkena jangkitan HFMD ini. Hafiy perlu dikuarantin, kerana HFMD ini penyakit berjangkit.
Cabaran utama ialah untuk elakkan penyakit HFMD ini daripada merebak kepada adeik-beradik yang lain. Paling kami risaukan, adik baby yang baru berusia 5 bulan.
Semoga kisah HFMD Hafiy nie beri manfaat buat anda yang ‘terjumpa’ entri ini… 😀
Pengalaman Jaga Anak Sembuh Dari HFMD, Penyakit Tangan kaki dan Mulut
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Maizura says
Risaukan ? Kena pulak ada baby kecik. Nanti jangan lupa update macam mana proses pemulihan ye Kak Arnie.
GenkiMomma says
Alhamdulillah, kejap aje kena nya… nnt saya share yea.. 🙂
nurul fatin adiana says
skrg rmi anak kat taska kena…kawasan putrajaya ni
GenkiMomma says
HFMD memang senang merebak. Seorang dah kena, mudahlah virus HFMD tue terjangkit pada kanak-kanak lain pula..