Proses pelahiran dibahagikan kepada 3 peringkat utama iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga.
PERINGKAT PERTAMA – kontraksi & pembukaan serviks:
Dalam peringkat pertama pelahiran, leher rahim (serviks) akan mengembang hingga 10 sentimeter dan ianya terbahagi kepada tiga fasa, awal, aktif dan peralihan. Beginilah keadaan sebenar pada rahim anda, perhatikan pembukaan serviks (leher rahim):
(1) Fasa awal – tempoh terpendam atau prapelahiran.
Uterus mula mengecut atau menegang dengan tepat. Kontraksi akan menjadi lebih sakit, bukan seperti kontraksi Braxton Hicks yang tidak kekal dan tidak sakit. Setiap wanita mempunyai ritma dan rentak pelahirannya sendiri. Sesetengah daripada mereka mungkin tidak sedar akan kontraksi awal dan hanya menyedarinya apabila serviks mereka telahpun mengembang beberapa sentimeter.
Apabila serviks mula membuka, posisinya dalam pelvis anda akan berubah iaitu bergerak ke hadapan. Ia akan menjadi lembut dan memberi, yang bermakna ia akan menjadi lebih nipis dan lebih anjal. Sentuh hidung anda: ia keras dan berotot. Sekarang, sentuh bibir anda: ia lembut dan meregang. Serviks anda pada mulanya akan keras seperti hidung anda dan kemudian menjadi lembut dan meregang seperti bibir anda.
(2) Fasa Aktif
Mengikut doktor, anda berada dalam pelahiran aktif apabila serviks anda telah mengembang atau membuka sehingga empat sentimeter. Kontraksi anda akan menjadi lebih kuat dan kerap. Ia juga akan menjadi lebih panjang. Lama-kelamaan, ia akan menjadi semakin kerap iaitu setiap tiga hingga empat minit dan berlangsung selama kira-kira 60 saat ? dan berasa sangat tegang.
(3) Fasa Peralihan
Semasa fasa peralihan, serviks mengembang dari lapan hingga 10 sentimeter. Kontraksi akan berlarutan sehingga satu setengah minit dan berlaku setiap dua hingga tiga minit. Anda mungkin akan menggigil, menggeletar dan sakit (atau anda mungkin tidak berasa itu semua!).
Kebanyakan wanita melaporkan bahawa mereka mengalami kontraksi yang sangat sakit, tekanan rektum dan dorongan untuk menolak. Selalunya di peringkat inilah kebanyakan daripada mereka akan hilang keyakinan diri walaupun mereka tetap mahukan pelahiran yang aktif atau normal. Pada masa inilah, galakan daripada suami/ teman pelahiran anda adalah penting.
PERINGKAT KEDUA – melahirkan bayi:
Apabila serviks anda sudah mengembang sehingga 10 sentimeter, kerja dan keseronokan peringkat kedua akan bermula. Inilah peringkat pelahiran apabila rahim anda menolak bayi anda ke bawah vagina (kadang-kala dinamakan laluan pelahiran) ke dunia dan akhirnya, anda akan bertemu dengannya buat kali pertama! Alhamdulillah…
PERINGKAT KETIGA – melahirkan plasenta (uri):
Pada peringkat ketiga, anda akan melahirkan plasenta – sistem sokongan hidup bayi yang membekalkan bayi anda dengan nutrien dan mengeluarkan sisa buangan. Selepas bayi dilahirkan, kontraksi akan berterusan selepas beberapa minit tetapi sakitnya sudah berkurangan. Kontraksi ini akan menyebabkan plasenta terpisah dari uterus dan jatuh ke bawah ke bahagian bawah rahim anda.
Anda mungkin akan berasa mahu menolak, tetapi tunggulah arahan dari doktor atau bidan anda. Plasenta, bersama membran bagi beg kosong berisi air akan turun ke bawah dan keluar melalui vagina anda. Doktor anda akan memeriksa plasenta dan membran tersebut untuk memastikan bahawa tiada yang tertinggal di dalam rahim. Dia akan memeriksa perut anda untuk melihat sama ada uterus anda mengecut dengan kuat untuk mengawal pendarahan di tempat plasenta terlekat.
*Sumber: babycenter.com.my & pregnancy.about.com
* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Pertanyaan?
Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!