Ramai yang kurang setuju dengan suplemen anti-penuaan. Kata mereka, menjadi tua itu kan proses semulajadi manusia? Kenapa pula nak makan vitamin anti-penuaan? Nak lawan fitrah ke?
Hakikatnya, konsep penuaan itu luas maksudnya. Suka atau tidak, usia kita akan bertambah setiap tahun. Yang ini, tiada manusia pun boleh ubah. Jam sentiasa boleh beli baru, tapi masa tiada satu makhluk di dunia pun boleh beli.
Namun, anti-penuaan yang dibincangkan di sini ialah penuaan sel sebelum waktunya. Ia merujuk kepada sel-sel dalam tubuh manusia dan setiap organisma hidup, yang mengalami proses penuaan yang dipanggil cell senescent, di mana sel tidak lagi dapat membahagi seperti biasa.
Walaupun umur dah meningkat tua, kalau boleh kita nak lah cergas main dengan cucu, dan masih mampu jaga badan sendiri. Paling utama, boleh solat dan buat amal ibadat dengan selesa.
Apakah Itu Telomere?
Pernah dengar tentang Telomere? Telomere ialah topi pelindung yang berada di setiap hujung jaringan DNA, yang melindungi kromosom.
Bahasa mudahnya, begini. Bayangkan plastik yang ada di setiap hujung tali kasut. Plastik itu seolah mengikat hujung tali kusut, untuk memudahkan pergerakan keluar masuk tali melalui lubang kasut. Tanpa plastik tersebut, tali kasut akan terurai, dan menyukarkan kita untuk mengikat tali kasut.
Haa begitu jugalah konsep Telomere dan DNA. Telomere bagaikan plastik pengikat di hujung tali kasut, manakala DNA adalah benang tali kasut.
Tanpa Telomere, jaringan DNA akan rosak, dan sel-sel badan tak boleh jalankan tugasnya. Maklumat genetik akan bercampur aduk atau termusnah, sekaligus mengakibatkan sel-sel tidak berfungsi, meningkatkan risiko penyakit, dan turut memendekkan jangkahayat
Kaitan Saiz Telomere Kepada Penuaan Manusia
Telomere adalah bahagian penting dalam sel manusia, dan memberi efek kepada usia sel. Telemore dilihat sebagai penanda bio untuk menganggarkan penuaan sihat dan jangkahayat hidup.
Setiap kali sel membahagi, telemore akan menjadi pendek. Apabila telemore semakin pendek, sel menjadi kurang aktif, berhenti membahagi, dan akhirnya mati. Kesihatan juga semakin merosot.
Telomere juga semakin pendek apabila terdedah kepada toksin dari alam sekitar, radiasi UV, keradangan, tekanan dan diet yang tidak seimbang.
Apabila telomere semakin pendek, peluang yang sangat tinggi untuk kita menjadi tua sebelum waktunya. Pemendekkan telomere ini akan menggalakkan pembentukan penyakit berkait penuaan seperti diabetes, kanser, sakit jantung dan Alzheimers.
Ringkasnya, lebih panjang telemore kita, lebih tinggi peluang kita untuk hidup lebih lama, dengan penuaan sihat. Begitu juga sebaliknya.
Bagaimana Nak Panjangkan Saiz Telomere?
Dr. Elizabeth Blacknurn, penerima anugerah Nobel Prize 2009 dalam bidang perubatan, dalam kajiannya telah mendapati bahawa kromosom dilindungi oleh telomere.
Berita baiknya, kita boleh panjangkan telomere dengan Polifenol. Mengapa Polifenol?
Ini kerana polifenol yang kaya dengan anti-oksidan dan anti-keradangan, boleh melindungi dan memperbaiki DNA kita, termasuklah telomere. Polifenol juga membantu untuk meneutralkan radikal bebas, sekaligus menghentikan aktiviti radikal bebas dari berterusan merosakkan DNA dan telomere.
Fakta Telomere vs Polifenol Yang Terbukti
Ini bukan rekaan semata-mata. Kebaikan polifenol bukan sekadar teori di atas kertas.
Telomere Study yang dijalankan oleh Shaklee, telah membandingkan pengguna suplemen Shaklee termasuk Vivix selama 5 tahun, dengan individu sihat dan tidak merokok yang tinggal di Bay Area.
Melalu kajian Telomere Study ini, pengguna suplemen Shaklee secara signifikan nya mempunyai telomere yang lebih panjang.
Rujukan fakta ini:
(1) Epel ES, Blackburn EH, Lin J, et al. Accelerated telomere shortening in response to life stress. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 2004; 101(49):17312-17315. doi:10. 1073/pnas.0407162101.
(2) Harley CB, Chan J, Blauwkamp M, Lau FC, McManus JF, Watson D, Hytopoulos E, Daggy BP. Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. 2014.
Bagaimana Nak Dapatkan Polifenol Terbaik?
Di Shaklee, kami mempunyai suplemen polifenol terbaik yang dikenali sebagai Vivix.
Vivix mengandungi campuran unik botani Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Diuji dalam makmal, vivix terbukti 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol, dan melambatkan mekanisme proses penuaan.
10 soalan popular tentang vivix anda wajib tahu sebelum mencubanya
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebotol Vivix hari ini, boleh terus buat pembelian Vivix secara Online di sini (klik). Harga sebotol Vivix ialah RM503.50 sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Vivix akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee (M).
Berita baik! Anda boleh beli Vivix pada harga lebih jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee, dan terus nikmati penjimatan sehingga 20%. Beli 2 botol Vivix, dan dapat keahlian Shaklee percuma + penghantaran kurier percuma seluruh Malaysia + cash rebate bulan hadapan. Best sangat!
WhatsApp kami di 017-3030081 untuk mendaftar keahlian + pembelian Vivix.
Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian Vivix dan produk Shaklee dari kami, GenkiMomma.My sahaja.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Follow FB Arnie Samsudin untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Abdul Rahman says
Bagusnya kalau boleh memanjangkan sikit hayat telomere kita kan?
GenkiMomma says
Tua dengan sihat, gitew..
Nur Razali says
Sebelum ni nur fikir anti penuaan tue elakkan muka berkedut nampak tua. Rupanya ada makna yang lebih besar dari penuaan fizikal tue. Sekarang dah tau sebab utama kenapa perlu ambil polifenol nih dalam diet harian kita 🙂
GenkiMomma says
Penuaan sebelum waktunya tue yg kita risau, kann…
Azlin Azlan says
pemakanan betul2 main peranan kan untuk dapatkan sel yang sihat? kena tingkatkan pengambilan polifenol ni. baru sel mudaaaa jer.
GenkiMomma says
Tue laa, zaman sekarang ramai lebih makan processed food dan fast food, sah2 tak menyihatkan..
Oja Samid says
Jom kita aim healthy aging..bukan hanya awet muda dari segi luaran dengan solekan semata-mata. Hehe.
GenkiMomma says
Yezza penuaan sihat.. takmau lah tua dalaman sebelum sampai waktunya..
Mama Olin says
Oh telomere ku..memanjang lah dikau..janganlah memendek😂😂
GenkiMomma says
Memendek tue memang suka tak suka Telomere akan pendek, hihi.. kalau nak telomere memanjang, terpaksa jugalah usahakan Polifenol nie..
Khairul Zamri says
Pertama kali dengar nama Telomere, tak sangka juga Shaklee ada manfaat sebegini