Apabila sebut sahaja makan Sushi, ramai akan terbayangkan makan ikan mentah. Jadi, ramai yang takut nak makan sushi sebab risau tak boleh telan ikan mentah.
Sebenarnya, ramai yang tersalah faham beza Sushi dengan Sashimi nie.
Sushi ialah gabungan nasi kepal (cooked vinegard rice) bersama bahan lain biasanya ikan, makanan laut, telur dan sayur-sayuran. Bahan-bahan ini, ada yang mentah, ada yang separa masak, ada yang masak sepenuhnya macam Tenpura.
Sashimi pula ialah hirisan ikan atau daging yang dihidangkan mentah. Apapun, kedua-dua Sushi dan Sashimi merupakan di antara makanan Jepun yang digemari oleh rakyat Malaysia.
Tempat Makan Sushi Sedap di Malaysia
Pernah tinggal selama 4 tahun di Jepun membuatkan kami agak memilih tempat untuk makan sushi sedap di Malaysia. Bila dah cuba makan sushi sekali di sesuatu kedai makan, dan kami klasifikasikan sushi nya tak sedap mengikut piawaian sendiri, maka kami takkan makan lagi di kedai tue.
Maklumlah, harga sushi di Malaysia agak mahal. Tambahan lagi sekarang nak kena bayar GST sekali pula. Jadi, buat apa kita nak bazirkan duit untuk makanan yang tidak sedap?
Antara tempat makan sushi dan Teishoku yang pernah kami makan di Malaysia ialah:
- Restoran Kampachi, di Hotel Equatorial Bangi & Pavilion.
- Restoran Miyagi, Bandar Baru Bangi.
- Restoran Kura, One World Hotel, Bandar Utama.
- Sushi Zanmai.
- Sakae Sushi.
- Ichiban Boshi.
- Sushi King.
Sushi yang dihidangkan rasa segar, udon dan soba dihidang dalam kuantiti yang banyak setanding harganya, teishoku (meal set) juga sedap, rasa ala makan di Jepun.
Malah, ada sesetengah restoran yang membawa ikan segar secara terus dari Jepun.
Sushi Halal di Malaysia
Apapun, berhati-hati apabila makan Sushi di mana-mana restoran Jepun, kerana adakala Shoyu (Japanese Soy Sauce), Miso Soup dan dressing makanan yang dihidangkan itu mengandungi Mirin (Rice Wine). Sila lah bertanya kepada pekerja restoran terlebih dahulu untuk kepastian.
Mengikut kata sahabat kami, salah seorang pemilik Restoran makanan Jepun di Malaysia, mereka ialah pemilik Restoran Makanan Jepun pertama di Malaysia yang memohon pensijilan Halal dari JAKIM. Kebanyakan Restoran makanan Jepun lain di Malaysia tidak ada dan tidak pernah memohon sijil Halal berikutan mereka ada menghidangkan arak.
Jadi, berhati-hati ketika memilih restoran makanan Jepun, dan berhati-hati juga ketika membuat pesanan makanan. Pastikan ianya HALAL di makan.
Owh ya, mulai bulan April 2015, seiring dengan implementasi GST, harga sushi di kebanyakan restoran makanan Jepun juga sedikit berubah. Kalau dulu kami akan order sushi ikut selera, kini order dengan penuh hati-hati untuk mengelakkan pembaziran. Mungkin kami juga perlu kurangkan frekuensi makan sushi, dan fokus masak sendiri di rumah. Hehe..
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Branded Murah di Jepun
Noriza Rahman says
Suamiku juga dah bileh telan sushi sekarang ni..bestnya ada geng dah..hihi
GenkiMomma says
Makan apepun memang bertambah sedap bila ada geng nie, hihihi… 😉
makanan khas indonesia says
ingin sih makan sushi tapi ane belum pernah coba
nurul says
cube la take zen di mentakab, pahang.agak mahal tp mmg sedap.setakat ni tpt mkn tu mmg fav sy dan suami. Kami msti order singapore roll dan fried salmon with teriyaki sauce fav suami, soft shell crab
GenkiMomma says
Owh, terima kasih puan Nurul atas cadangan.. bila2 ke Mentakab nanti boleh laa kami cuba.. 😀
auntiekemai says
woww banyak juga kedai sushi best di area KL or Selangor ni kan. cuba try buffet makanan jepun di Kin No Uma Palace Of Golden Horse ..Memang terbaekkk semua chef di dapor adalah Melayu Islam lagi la Halalan Toyyiban.
GenkiMomma says
Wahhh, arigatou kak Mai… Boleh try makan buffet di Kin No Uma Palace of Golden Horses nanti bebila, Insya Allah… 😀
Farena says
Aslkm , i nk tnya . Yg dlm gmbr ni kt kedai sushi mana ya? Terima kasih
Nor says
Sushi zanmai tu halal ke? Sy ada terbaca ada guna mirin.
Klu halal, blh pergi makan lagi..
TQ
Lina says
Restoren rakan yg mohon sijil halal tu ape nama nye? Nama restoren.. mahu juga pegi terjah..