“Tak payah lah makan suplemen kalsium. Dah minum susu, dalam makan sayur, cukuplah.”
“Makan kalsium banyak-banyak nanti, kalau tulang terlebih macam mana?”
Ini di antara jawapan yang selalu di dengari, apabila kami cuba kongsikan tentang kepentingan pengambilan kalsium yang cukup setiap hari.
Kawan-kawan, kita orang perempuan, suka atau tidak, kepadatan tulang akan berkurangan apabila umur semakin meningkat. Awal 30-an pun dah ramai kena Osteopenia. Tak percaya?
Wanita Tak Pernah Hamil Pun Berisiko Tulang Rapuh
Walaupun tak pernah hamil dan menyusu bayi, semua wanita akan kehilangan kalsium setiap bulan.
Eh, macam mana pula tue? Dalam darah ada blood-calcium. Dan paras kalsium di dalam darah ini akan berkurangan ketika datang haid. Sebab yang sama jugalah, ibu menyusu dapati susunya merudum ketika period – beberapa hari sebelum haid, dan semasa didatangi haid.
Jika anda tergolong dalam salah satu kumpulan di bawah ini pun, berisiko kena Osteoperosis:
Bagi yang pernah hamil, dan kemudian menyusukan bayi selama 2 tahun, lagi cepatlah banyak lompong dalam tulang, sekiranya tidak cukup pengambilan kalsium magnesium harian.
Ini kerana, badan akan cukupkan keperluan kalsium untuk bayi di dalam kandungan, dan juga penyediaan susu badan untuk bayi. Sekiranya badan kita tak dapat bekalan kalsium yang cukup, badan akan ambil kalsium dari dalam tulang, untuk mencukupkan keperluan bayi.
Lama-kelamaan, banyak lompong di dalam tulang ibu, dan jadi permulaan kepada Osteopenia.
Plumbum Pun Nak Masuk Dalam Tulang
Kalsium ialah sejenis bahan mineral. Bila kalsium di dalam darah kita berkurangan, ada satu “mineral jahat” akan berlumba-lumba menguasai darah kita, iaitu plumbum (lead).
Selepas beberapa minggu di dalam aliran darah, plumbum akan deposit masuk ke dalam tulang, dan akan kekal di situ selama-lamanya. Ngeri kan?
Ini bukan rekaan, boleh tanya doktor atau nutritionist anda. Kali pertama kami dengar tentang plumbum di dalam tulang ialah dari saintis Shaklee, Dr. Bruce Daggy ketika Shaklee Business Leaders National Conference 2017. Tak sangka yang plumbum boleh masuk ke dalam tulang.
Calcium is one of the most important nutrients to combat lead levels in bone, brain and the nervous system. Lead and calcium compete for the same locations within the body and are stored in the bone. –LEAD
Tanpa kita sedari, setiap saat kita memang terdedah dengan bahaya plumbum.
Selain dari risiko plumbum, kita akan mula terdedah pada Osteopenia. Osteopenia ini ialah keadaan di mana kepadatan tulang kita berkurangan daripada normal, tapi belum sampai tahap Osteoporosis. Tulang dah sedikit lemah, tapi takdelah senang nak patah kalau terjatuh.
Osteoporosis pula ialah keadaan di mana tulang dah sangat lemah, dan mudah patah bila-bila masa. Biasanya, Osteopenia atau Osteoporosis ini dialamai oleh wanita berusia 50-an.
Terkejut Wanita 30-an Pun Ramai Dah Kena Osteopenia
Ketika Health Event Shaklee pada 7 Mei 2017, kami berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan tulang secara percuma. Bukan bone check aje, ada juga pemeriksaan BMI, paras gula, paras kolesterol dan lain-lain. First time buat bone check nie.
Alhamdulillah tulang kami masih sihat, dan agak cun jugalah di ambang 40-an nie. Di bawah ini results kak Arnie. T-Score hampir sama dengan average. Z-Score siap lebih dari average.
Rasanya sebab konsisten ambil 1,000mg Cal-Mag (OsteMatrix) setiap hari. Tanpa culas, tau. Kalau terlupa makan OsteMatrix malam sebelum tidur, perkara pertama yang kami buat apabila bangun pag ialah, minum air dan terus telan 4 biji OsteMatrix. Serius! 😀
Namun, terkejut apabila ada ramai wanita muda yang belum masuk 30-an pun, tapi keputusan pemeriksaan tulang menunjukkan mereka dalam kategori Osteopenia.
Bukan perempuan aje, yang lelaki pun ramai juga ada Osteopenia nie. Muda-muda lagi, umur belum sampai 30-an, dan ada yang di awal 30-an. Terkejut mereka!
Ya, mungkin kita rasa dah cukup sumber kalsium dari makanan dan minuman harian.
Nasihat kami, jangan main rasa-rasa sahaja. Lebih baik pergi buat bone check di mana-mana, untuk ketahui kondisi sebenar tulang kita. Boleh buat di mana-mana booth kesihatan percuma. Ataupun, buat sahaja medical check up yang berbayar.
Kesihatan tulang masih dapat diselamatkan, jika anda masih di tahap Osteopenia.
Suplemen Wajib Untuk Tulang Sihat
Pesan pakar nutrisi untuk kita kaum wanita terutamanya, perlu konsisten amalkan 3 suplemen nutrisi tulang sihat ini untuk penjagaan kesihatan tulang:
- Kalsium Magnesium (OsteMatrix)
- Multivitamin & multimineral (Vita-Lea Iron Formula).
- Protein (Energizing Soy Protein, non-GMO soy).
Namun, jika anda dah disahkan dalam kategori Osteopenia, perlu tambah satu lagi nutrisi:
- Kalsium Magnesium (OsteMatrix)
- Multivitamin & multimineral (Vita-Lea Iron Formula).
- Protein (Energizing Soy Protein, non-GMO soy).
- Kolagen (RSS Collagen Powder)
Tak kisah lah nak pilih jenama mana, tapi kalau anda nak cuba vitamin Shaklee, boleh rujuk senarai suplemen di dalam kurungan di atas. Untuk suplemen kalsium tue, wajib cari yang ada Magnesium dan Vitamin D sekali tau. Kalau tidak, rugi duit. Membazir.
Girlfriends, badan kita nak pakai lama. Jadi, jom jaga kesihatan tulang daris ekarang. Sekurang-kurangnya, kita dapat beribadah dengan selesa di usia emas nanti, Insya Allah…
Arnie Samsudin
Hidup biar beri manfaat.
Wan norasiah says
Bahaya ni umur dah 30
GenkiMomma says
Cepat cari sumber kalsium yang berkualiti…
Haulia Razali says
kena konsisten makan ostematrix nih, dah 30 an juga nih, tak nak tulang degrade sebelum usia.
GenkiMomma says
Wajib konsisten.. tulang nak pakai lama nie..
Mama Hakim says
Mama tahu ada osteoprosis je
Tak pernah denga osteopenia ni
Terima kasih berkongsi
Tambah ilmu baru untuk mama amalkan
GenkiMomma says
Tulang normal, Osteopenia & Osteoperosis…
Noriza Abdul Rahman says
Selalu mesti ingat osteoporosis, padahal ada lagi osteopenia kan?
GenkiMomma says
Baru tahu kewujudan Osteopenia..
Oja Samid says
Daku lah tu yang Osteopenia masa awal 30-an. Insaf tak nak tinggal Ostematrix lagi. :p
GenkiMomma says
Nasib baik tulang dah kembali normal kan, yokatta…
Nur Razali says
Insaf baca artikel ni. Umur da masuk 30 kene extra jaga tulang kan taknak mereput di kemudian hari scary nye bila terbayang gigi luruh satu persatu 😕
GenkiMomma says
Insaf sangat.. Yang makan OsteMatrix celup-celup pun boleh kena Osteopenia, bayangkan yang tak makan sumber kalsium berkualiti langsung..
Ibu Zaid says
Ibu pun sejak masuk usia 3 series ni sakit badan. Walaupun selalu juga minum susu
Kalau tak minum susu macam mana agaknya
GenkiMomma says
Kena jaga pemakanan seimbang…