Anda berani tak keluar rumah tanpa secalit bedak pun? Ehh jangan salah faham. Nak bersolek dan make up cantik-cantik persis artis itu tak salah. Hey, wanita mana yang tak suka cantik, kan?
Yang tak syok nya apabila kita terpaksa buat solekan tebal sebab sebenarnya nak lindungi cela di wajah kerana kulit kusam, liang pori besar, jerawat degil, kesan parut jerawat dan sebagainya.
Haa lain tau keseronokkan make up sebab nak cantikkan muka, dengan make up sebab terpaksa cover apa-apa yang patut. Bila tak make up rasa rendah diri, sampai bikin stress.
Rahsia Kulit Cantik Berseri Dari Dalam
Pernah terfikir tak kenapa ada sesetengah orang mempunyai kulit berseri yang menarik? Bagaikan terpancar aura sihat dan positif dari wajah mereka. Apalah agaknya rahsia mereka?
Mari kami kongsikan 4 nutrien asas yang penting untuk menaikkan seri wajah dari dalam:
(1) Bina Kulit Sihat dengan Protein
Badan kita terdiri daripada jutaan sel, dan dibina dari protein. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi amat penting untuk:
- Membekalkan Asid Amino Perlu, yang tak boleh dihasilkan oleh badan.
- Menyokong penghasilan sel kulit sihat.
- Memperbaiki dan menghasilkan sel dan tisu kulit yang baru.
- Mengasilkan hormon yang sihat, dan enzim penting untuk kulit.
- Menyokong penghasilan Asid Amino Glutathione, yang bantu melindungi sel kulit daripada kerosakkan oleh sinaran matahari.
(2) Perlindungan Antioksidan Kulit dengan Vitamin C
Sebagai antioksidan, Vitamin C bertindak meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit. Bagaimanapun, badan kita tak boleh hasilkan Vitamin C sendiri.
Jadi, pengambilan Vitamin C yang cukup membantu untuk:
- Kurangkan kedutan kulit, melegakan kulit kering dan kasar.
- Menyokong sintesis kolagen, dan penghasilan semula sel kulit.
- Penyembuhan luka.
- Melawan serangan radikal bebas.
(3) Tegangkan Kulit dengan Kolagen
Kolagen merupakan struktur penting untuk kulit. Ia mengekalkan elastik kulit, dan menghalang kedutan dan menggelebeh. Hakikatnya, badan kita boleh hasilkan kolagen sendiri. Cuma, semakin umur meningkat, jumlah penghasilan kolagen makin berkurangan, sekaligus menyebabkan risiko kulit kedut dan menggelebeh.
Berita baiknya, tanda-tanda penuaan ini boleh dilewatkan dengan pengambilan kolagen:
- Elastik kulit lebih baik.
- Kulit lebih tegang dan anjal.
- Meminimakan pembentukan kedutan.
- Mengurangkan kesan parut.
(4) Lembapkan Kulit dengan GLA (Gamma-Linolenic Acid)
Kulit yang sihat bergantung kepada jumlah lipid kulit, terutamanya gamma-linolenic acid (GLA). Asid lemak ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit dengan:
- Mengurangkan kegatalan dan pengelupasan kulit.
- Mengekalkan kelembapan kulit.
- Melawan keradangan.
Efek anti-keradangan dari Omega-6 (GLA) makin meningkat dengan pengambilan Vitamin C.
Menariknya, kesemua 4 nutrien untuk kulit cantik berseri di atas ini, ada di dalam Set The Radiant 4 dari Shaklee. Dengan kata lain, set The Radiant 4 ini merupakan kombinasi mantap dalam membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri secara semulajadi dari dalam.
Cara Beli Set Kulit Cantik The Radiant 4
Ok, sekarang anda dah tahu dan jelas bagaimana setiap nutrien ini berfungsi melengkapi satu sama lain, bagi menaikkan seri wajah dari dalam, kan? Kami yakin, anda dah tak sabar nak mengamalkan Set The Radiant 4 hari ini. Sebelum itu, mari kami terangkan harganya dahulu.
Harga Set The Radiant 4 ini ialah RM648 sahaja, tidak termasuk GST dan postage.
- ESP Soy Protein, membina sel kulit sihat (RM161.25).
- Collagen Powder, menegang dan menganjalkan kulit (RM298).
- Vita-C Plus, melindungi sel kulit wajah (RM97.50).
- GLA Complex, melembapkan kulit (RM91.25).
Anda ada 2 pilihan mudah untuk mendapatkan Set The Radiant 4 ini:
(1) Secara online. Anda boleh buat belian di laman eSell Shaklee (klik sini). Pembayaran dengan kad debit atau kad kredit sahaja. Penghantaran terus dari pihak Shaklee (M). 100% secured!
(2) Untuk lebih penjimatan, WhatsApp kami di 017-3030081 untuk kami bantu anda daftar ahli & buat pembelian. Sebagai ahli Shaklee, anda layak dapat voucher RM60 jika beli Set The Radiant 4 ini, dan of course dapat beli dengan harga ahli. So, better daftar ahli, tau!
Haa mudah, kan? Jom dapatkan Set The Radiant 4 Shaklee daripada kami hari ini. Kalau tak bersolek tebal pun boleh confident keluar rumah. Kalau make up, lagi berseri-serilah kulit wajah.
Shaklee Youth SkinCare, Rahsia Wajah Kekal Jelita 10 Tahun Lebih Muda
Nampak natural beauty, gitu… 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp 017-3030081 (WhatsApp sahaja).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Kak su @KakSu says
Siapa yang tak mau cantik sis, akak yang dah masuk 5 seris ni pon masih nak cantik jugak hihi
Kak Su – Membantu ibu2 dirumah membina blog untuk jana pendapatan
GenkiMomma says
Wanita dan cantik itu sinonim, hihi…