Selalu sangat dapat mesej bertanya tentang cara makan produk Shaklee. Kebanyakkan daripada yang bertanya ini sebenarnya dah beli produk Shaklee, tapi tak tahu cara nak makan.
Apabila di tanya, beli dari siapa? Pengedar Shaklee puan tak beri panduan pemakanan produk?
“Oh, suami saya yang hadiahkan. Dia beri dari Lazat.dah sebab kat situ jual murah”, jawabnya.
Dah agak, ada segelintir pengguna suka beli produk Shaklee dari laman e-Commerce.
“Eh, e-Commerce tue apa kak? Macam nama bank pulak”.
E-Commerce ini ialah laman atau platform online untuk jual beli produk. Contoh laman e-Commerce adalah seperti Lazat.dah, Jalan 11, Mu*ah.My (bukan nama sebenar) dan lain-lain.
Kami tahu, ramai suami mithali di Malaysia nie. Tapi, tolonglah jangan beli produk Shaklee dari laman e-Commerce lagi. Kami tak bertanggungjawab untuk menyantuni sebarang masalah, termasuklah cara makan produk sekiranya anda beli produk Shaklee dari laman-laman tersebut.
Tak Boleh Ke Beli Produk Shaklee Dari Laman e-Commerce?
Ya, tak boleh. Belian anda bagai menggalakkan pengedar Shaklee berniaga dengan cara tak jujur.
Sebelum ini banyak kali kami inform customer, terutama yang rajin survey harga sana sini, bahawa kami tak tahu kenapa harga produk Shaklee yang di jual di laman e-Commerce jauh lebih rendah. Hakikatnya, kami jual harga standard yang ditetapkan oleh syarikat, iaitu Retail Price.
Tambahan lagi, sebenarnya tak boleh pun jual produk Shaklee di laman e-Commerce nie. Illegal.
Aktiviti ini menyalahi Shaklee Code of Conduct. Jadi, macam sesuatu sangat kalau kalian jumpa produk Shaklee di laman e-Commerce, dengan harga murah tak masuk akal pula tue.
Namun, ada customer yang tak percaya. Sebaliknya kata kami ambil untung banyak.
Alahai, kami hanyalah pengedar Shaklee jujur. Kami tak mahu anda mendapat produk Shaklee yang dah rosak, hampir expired, dan paling kesian kalau anda tak dapat konsultasi yang betul.
Sijil Halal Shaklee Diiktiraf oleh JAKIM
Notis Rasmi Jaminan Ketulenan Produk Shaklee
Jadi, mari kami kongsikan kepada anda, notis rasmi dari Shaklee Products (M).
Sejak akhir-akhir ini kami banyak terima pertanyaan tentang ketulenan produk Shaklee yang dijual dan dibeli dari laman e-Commerce. Dengan ini, kami ingin jelaskan bahawa:
- Shaklee tidak pernah melantik atau mengiktiraf mana-mana peniaga online, selain dari Shaklee Products (M) yang menjual produk Shaklee di www.shaklee2u.com.my.
- Shaklee Products (M) tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakkan, keraguan dan tamat tempoh dengan produk Shaklee yang dibeli dari laman e-Commerce.
- Mana-mana pihak (pengedar Shaklee atau lain-lain) yang menjual produk Shaklee di laman e-Commerce adalah tidak diiktiraf oleh Shaklee Products (M) Sdn. Bhd.
- Sesiapa yang membeli produk Shaklee dari laman e-Commerce tidak akan mendapat Jaminan Shaklee (Shaklee Guarantee).
Dengan ini, kami menyeru semua customer agar sentiasa buat pembelian produk Shaklee secara terus daripada pengedar Shaklee (Shaklee Independent Distributor), ataupun, daftar keahlian Shaklee dan buat pembelian produk Shaklee secara terus dari laman rasmi Shaklee Products (M).
Jika terdapat sebarang keraguan tentang ketulenan produk Shaklee yang dibeli, sila e-mail kepada customerinquiry@shaklee.com untuk penerangan lanjut. Sila sertakan bersama info lengkap penjual e-Commerce tersebut dan bukti pembelian. Segala pertanyaan dan aduan akan dirahsiakan.
Belilah Produk Shaklee Dari Pengedar Shaklee Yang Sah
Segalanya sudah terjawab kan. Hanya ada 2 cara yang betul membeli produk Shaklee:
- Beli produk dari pengedar Shaklee yang sah, dari eSell atau WhatsApp.
- Daftar jadi ahli Shaklee, dan beli terus dari laman shaklee online ataupun branch Shaklee.
Selain daripada 2 cara di atas ini, hati-hati dengan pembelian suplemen Shaklee anda.
Shaklee Malaysia dan juga kami pengedar Shaklee tidak bertanggungjawab untuk menjamin ketulenan produk, memberi panduan makan, mahupun menanggung sebarang kerosakkan produk.
Jadilah pengguna yang bijak. Jangan sokong penjualan produk Shaklee di laman e-Commerce.
Arnie Samsudin
Pengedar Shaklee aktif sejak tahun 2009 (ID: 830022).
WhatsApp Order atau Daftar Ahli Shaklee ke 017-3030081.
Khairul Zamri says
Sekarang macam-macam platform yang ada untuk berniaga tapi malangnya seller yang bersikap lepas tangan ni akan menyusahkan orang lain. Nak menjual tapi tak beri panduan sebaiknya.
GenkiMomma says
Seorang penjual lepas tangan, semua penjual pun kena tempiasnya…
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Nak beli atas tanggungan sendiri lah kan
GenkiMomma says
Mereka lupa agaknya, hehe..
ira says
kenapa nak pilih jalan singkat sedangkan ada jalan yang lebih baik. betul, andai kata beli dari laman web lain yang tak dipastikan ketulenan dan elok lagi tak produk tu pembeli juga yang rugi. harap lebih ramai pembeli kat luar sana yang sedar tentang perkara ni. dapat harga memang lebih murah tapi puas hati ke dengan pembelian tersebut sampai konsultansi pun tak diberi. dah beli dekat web lain terpaksa tanya pengedar Shaklee yang lain pula.
GenkiMomma says
Biasanya customer yg beli produk shaklee dari e-Commerce nie pun mula2 nya dah baca blog dari pengedar Shaklee jugak.. lepas baca baru beli dari lazat.dah sebab nak cari harga potong jari.. bila dah beli baru sedar, takde sesiapa pun yang akan consult cara makan yang betul.. takkan staff lazat.dah pulak nak guide, kan..
Mazni Azmi says
Saya memang tak bertoleransi dengan pembeli macam ni. Berani beli berani tanggung
Kena educate pengguna biar tahu baik dan buruk tu bukan pada harga murah
GenkiMomma says
Penjual2 yang main harga pun, semoga diberi hidayah untuk kembali jujur berniaga…
Rose Face Serum Zeeta says
Pihak Shaklee tak ambik sebarang tindakan ke?
Mama Hakim says
Nak yang terbaik mesti beli dari sumber yang terjamin asli
Duit dah keluar kan