Tingkatkan Imun Badan Ketika Jerebu | Jerebu datang lagi. Masuk hari ini, 28 Sept 2015, sudah 3 kali sekolah anak-anak dicutikan sepanjang 2015 gara-gara jerebu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa pada pagi hari ini 27 September 2015, telah diumumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin) akibat bacaan IPU yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300).
Sebelum ini, 15 Sept 2015, kerana pengumuman cuti sekolah diumumkan lewat tengah malam, kami pun tak sempat check FaceBook, jadi tak tahu langsung mengenai notis cuti jerebu tersebut. Akibatnya, anak-anak dah selamat dihantar sampai ke pintu pagar sekolah, dan diarahkan pulang ke rumah semula oleh guru-guru.
Nasib baiklah kami menjalankan bisnes sendiri, jadi tiada masalah jika tiba-tiba sekolah cuti.
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera (gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan lain-lain), yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi, yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Bacaan IPU Shah Alam & Klang pada 27 Sept di TV, yang di snap oleh sahabat kami.
Semalam Shah Alam dikejutkan dengan bacaan IPU yang sangat tinggi, melebihi 240! Kalau Kementerian Pendidikan tak umumkan sekolah cuti pun, memang kami akan cutikan anak-anak. Dah zon merah tue. Memang tak sesuai anak-anak berada di luar ketika jerebu ini. Bahaya sangat!
Siapakah yang berisiko tinggi ketika jerebu?
Baru-baru ini kawan kami cerita, ada kawannya yang menghidapi athma berada di ICU sekarang. Kisahnya, masa IPU tinggi ketika jerebu di Shah Alam baru-baru ini, dia susah nak bernafas, walaupun dah ambil neb. Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia pengsan. Jantung berhenti selama 15 minit!
Doktor buat CPR, dan Alhamdulillah jantung kembali berfungsi.
Walaubagaimanapun, beliau kini masih di ICU, bernafas dengan bantuan mesin, dan masih belum sedar. Allahu Akbar… Berhati-hatilah jika anda juga mempunyai penyakit athma, ataupun tergolong di dalam salah satu daripada 5 kumpulan berisiko tinggi.
5 Kumpulan berisiko tinggi ketika jerebu ini ialah:
- Bayi dan kanak-kanak.
- Orang-orang tua.
- Pesakit jantung dan paru-paru (Athma, Bronkitis, Radang Paru-paru, penyakit Paru-paru Kronik, Sakit Jantung & Alahan)
- Perokok.
- Pekerja yang terdedah kepada udara luar.
Kesan jerebu kepada kesihatan ialah:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas, atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih, dan berair.
- Hidung berair, dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
Memang agak tersiksa bau asap busuk satu rumah. Walaupun tak keluar rumah, bila cium rambut anak-anak pun boleh bau asap. Paling kasihan kepada anak kami yang ada Eczema, asyik menggaru sahaja. Dia tidak selesa tidur malam tanpa air-cond, asyik terjaga dan menggaru kulitnya.
Kuat betul penangan jerebu nie!
Tingkatkan Imun Badan Ketika Jerebu
Kita tak boleh nak mengawal asap jerebu. Namun, kita boleh usaha untuk meningkatkan sistem imun badan kita sebagai perisai menghadapi jerebu, terutamanya sistem imun kanak-kanak yang masih belum kuat.
3 Tips pemakanan sihat ketika jerebu:
- Air Kosong – Minum air kosong lebih banyak berbanding biasa boleh membantu buah pinggang anda mengeluarkan semua bahan toksin yang telah diserap ke dalam badan anda melalui kulit dan paru-paru.
- Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 – Tingkatkan imun badan anda dengan pengambilan makanan tinggi dengan Vitamin C, Vitamin E dan Asid Lemak Omega-3 seperti buah oren, kiwi, brokoli, telur dan ikan Salmon.
- Kopi & Alkohol – Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan berkafein, kerana minuman jenis ini menghauskan badan.
Selain itu, adalah lebih baik untuk kita kurangkan aktiviti di luar rumah. Jika perlu keluar juga kerana urusan yang penting, pastikan anda memakai topeng muka yang betul dan selamat, iaitu mask N95.
Jangan salah pakai mask, ya. Surgical mask tak membantu apa-apa, kerana ia tak boleh tapis partikel kecil.
Sekembalinya ke rumah, segeralah membasuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti di luar. Jangan ambil enteng penjagaan kesihatan ketika jerebu, ya! 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Memang tak best jerebu ni..anak saudara yang asma tu dah ditahan kat wad sebab sesak nafas..
GenkiMomma says
Allahu Akbar, semoga dipermudahkan anak saudara k.nord tue..
seri nian says
saya pun ada buat artikel pasal topeng jerebu ni tp x siap2 lagi…rupanya x selamat kan yg topeng bedah tu
GenkiMomma says
tue laa, tak selamat rupanya surgical mask tue..
Yana says
jerebu oh jerebu… bukan setakat kesihatan badan je merosot, kesihatan kulit pun sama.. gatal sana sini… sedih
GenkiMomma says
orang2 yg sedia ada Eczema nie, terus flare up semula..
Oja Samid says
company hubby sampai bagi N95 mask utk semua staff sebab risaukan masalah jerebu di SG. risau kan, belum ada tanda jerebu nak reda..
GenkiMomma says
Esok & lusa sekolah cuti lagi kan, ntah bilalah nak reda jerebu nie.. kesian anak2..
sabree hussin says
Kat Indonesia diorang sampai kehabisan cara nak padamkan api. Ada jugak semalam tengok kat berita, siap cuba nak padamkan api guna pelepah kelapa yang kering… Masalah betul.
GenkiMomma says
saya pun sempat tengok part padamkan api guna pelepah kelapa tue kat berita semalam, kesian mereka.. kesian juga kat kita2 yang turut kena tempias nie..