Tips Atasi Morning Sickness | Mabuk kehamilan, atau lebih dikenali sebagai Morning Sickness merupakan simptom-simptom ataupun alahan wajib di awal kehamilan. Morning Sickness ini biasanya akan berkurangan di penghujung Trimester 1, dan akan hilang sepenuhnya di Trimester 2. Namun, ada di antara ibu-ibu yang mengalaminya sepanjang hamil 9 bulan! Tidak kurang juga yang langsung tidak mengalami alahan, dan tidak sedarpun bahawa beliau sedang berbadan dua. Amazing!
Saya juga mengalami Morning Sickness nie, tapi boleh lah dikategorikan sebagai ringan-ringan sahaja. Saya tidaklah mengalami muntah-muntah, sekadar rasa tidak sedap tekak, mual (nausea), lemah-lemah badan (fatigue) dan langsung tak lalu makan. Walaupun tidak muntah, perasaan “tidak selesa” ini tetap mengganggu aktiviti harian. Masalah utama ialah tak tahu nak makan apa, kerana khuatir dengan rasa tidak enak selepas mengambil makanan tersebut.
Tips Atasi Morning Sickness Ketika Hamil
Ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah morning sickness ini. Namun, tidak semua cara ini sesuai dengan ibu-ibu. Anda perlu bereksperimentasi dengan cara mana yang sesuai untuk anda, dan apakah makanan yang perlu dielakkan.
Adakalanya juga, simptom morning sickness ini adalah berlainan bagi setiap anak. Seperti saya, ketika mengandungkan anak lelaki, memang tidak boleh makan buah tembikai, atau minum air tembikai walau sedikit. Tembikai akan membuatkan saya muntah dengan teruk. Namun, apabila mengandungkan anak perempuan, tiada langsung masalah untuk makan tembikai atau minum air tembikai.
20 Tips Atasi Morning Sickness:
- Elakkan tempat panas kerana haba akan meningkatkan rasa mabuk.
- Tidur sebentar di waktu siang (tetapi bukan sejurus selepas makan). Kepenatan menyumbang peratusan yang tinggi terhadap morning sickness.
- Dapatkan tidur yang cukup di waktu malam.
- Bangun tidur dengan perlahan-lahan di waktu pagi. Jangan terus bangun melompat sebab rushing nak mandi atau buat kerja-kerja rumah.
- Buka tingkap seluasnya. Pasangkan kipas dapur selepas selesai memasak.
- Masak menggunakan microwave biasanya hasilkan bau yang kurang.
- Halia sangat bagus untuk mengurangkan rasa mual (nausea). Boleh didapati dalam bentuk kapsul 250mg, ataupun dalam bentuk gula-gula keras.
- Mungkin nampak silly, tapi anda boleh bawa saputangan yang telah dititikkan dengan minyak yang ‘menggembirakan’ hidung anda seperti Minyak Cap Kapak, agar anda boleh bernafas melalui saputangan tersebut apabila ada bau yang kurang menyenangkan anda.
- Cuba makan biskut kosong atau bijirin sebelum bangun dari katil di waktu pagi.
- Elakkan makanan berminyak & pedas kerana ia akan menyebabkan mual dan pedih ulu hati.
- Makan apa yang anda nak makan, dan apabila anda mahu makan. Tak perlu paksa diri untuk habiskan makanan jika anda sudah rasa kenyang walaupun selepas 3 suapan!
- Makan snek protin dengan kerap!
- Makan small meals setiap 2 jam (lebih kurang).
- Makan sesuatu yang bergaram sebelum mula makan akan bantu anda menghabiskan makanan tersebut dengan lebih tenang.
- Jangan makan bersulam dengan air.
- Teh yang tidak berkafein seperti Peppermint dan Halia akan menenangkan rasa mual.
- Minum air sedikit demi sedikit sepanjang hari untuk elakkan dehidrasi.
- Cuba jangan skip makan!
- Cuba makan vitamin prenatal di waktu malam atau sebelum tidur, agar dapat diserap sepenuhnya sepanjang malam.
- Minum air sejuk atau dingin turut bantu kurangkan rasa mual.
Morning Sickness vs Vitamin B6:
Owh, satu lagi tips hebat untuk bantu kurangkan rasa morning sickness ialah dengan mengamalkan vitamin B6. Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan morning sickness.
Vitamin B6 – 50 mg daily. Vitamin B6 has been scientifically shown to help morning sickness. Just recently, companies have started to incorporate therapeutic doses of Vitamin B6 into their products to help you cure your morning sickness.
Jika anda mengamalkan Vitamin B-Complex Shaklee, anda bertuah kerana B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah B6. Kami juga ada suplemen Peppermint Ginger Plus yang mempunyai kandungan Peppermint serta halia yang membantu melegakan rasa mual morning sickness.
Ingin mendapatkan B-Complex dan Peppermint Ginger Plus?
Anda boleh terus membuat pembelian suplemen untuk membantu melegakan morning sickness ini di butang eSell di bawah (klik), dan hubungi kami untuk mendapatkan jadual pemakanan suplemen morning sickness ini setelah pembelian dibuat.
Atau, jika anda ingin bertanya lanjut, hubungi terus kami di nombor tertera di bawah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.