Makan Nasi Lemak Cara Sihat Gaya Eat Clean
Nasi Lemak ialah makanan favourite No.1 rakyat Malaysia. Bukan sahaja dijadikan sarapan pagi, malah sentiasa menjadi permintaan setiap waktu, pagi, petang, siang malam!
Rugi wooo kalau tak suka makan nasi lemak. Sedap sangat!
Namun, ada yang takut nak makan nasi lemak sebab katanya nasi lemak menggemukkan!
“Nasi putih tak boleh makan, tinggi karbo! Kalau nak diet, tak boleh makan nasi!“
“Santan tak boleh makan, tinggi lemak! Kalau nak kurus, jangan makan berlemak!“
“Sambal kena elak, banyak minyak! Kalau nak slim, tak boleh makan berminyak!“
Uwahhh, begitu sekali orang ‘marah’ pada Nasi Lemak sebab katanya menggemukkan.
Khasiat Nasi Lemak
Nasi Lemak sebenarnya sangat berkhasiat, dan memberi manfaat kepada badan jika diambil dengan portion yang betul. Fakta ini bukan sekadar omongan kosong. Malah, Nasi Lemak telah dinobatkan sebagai antara makanan paling sihat di 10 negara di dunia oleh Majalah TIME.
Menurut Majalah Time, biarpun Nasi Lemak sedikit berlemak, ia sebenarnya seimbang kerana kaya dengan sumber protein, karbohidrat dan nutrien lain. *Sumber imej
- Cili dalam sambal meningkatkan metabolisme.
- Telur rebus mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi.
- Timun sebagai sumber serat, turut kaya dengan asid folik, vitamin C dan K.
- Ikan bilis goreng yang rangup adalah sumber protein dan kalsium.
- Kacang tanah sebagai pelengkap hidangan turut mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi.
Jom ubah persepsi. Nasi Lemak makanan sihat, tau. Dan, percaya tak Nasi Lemak tiada kolesterol?
Betul, lemak dalam nasi lemak memang tinggi dengan saturated fat (lemak tepu) yang boleh meningkatkan kolesterol badan. Namun, nasi lemak itu sendiri tidak mengandungi kolesterol.
Cuma kena pandai-pandailah adjust kuantiti pengambilan Nasi Lemak supaya kesihatan tubuh sentiasa terjamin, dan mengelakkan pelbagai penyakit berkaitan obesiti.
Tips Makan Nasi Lemak Cara Sihat Ala Clean Eating
Tips makan nasi lemak cara sihat ini telah dikongsikan oleh Dietitian popular Cip, di laman FaceBook nya. Jadi, saya kongsikan di sini untuk rujukan kita semua…
Cara Makan Nasi Lemak yang betul ala Clean Eating:
1. Kurangkan nasi nya. Ambil 1 mangkuk kecil sahaja.
2. Had kan pengambilan sambal berminyak.
3. Ambil telur lebih, telur rebus sahaja. 1 kuning telur di makan, 1 lagi letak tepi. Moderation.
4. Lebihkan timun sebagai sumber serat
5. Kacang secukup rasa.
6. Jangan lagi tambah sambal sotong, kerang atau paru.
7. Gabungkan dengan air Nescafe/ Teh/ Kopi O kurang gula.
Yeayyy! Seronok kan tak perlu “berpuasa” makan nasi lemak sebab takut gemuk?
Tak salah makan nasi lemak kalau kita tahu had nya. Nasi Lemak tak bersalah. Kita yang kena tahu cara makan nasi lemak yang betul!
Owh ya, ada banyak lagi tips pemakanan sihat yang dikongsikan oleh saudara Cip di FaceBook nya. Silalah para pembaca Follow Cip, ya…
Kalau anda nak tingkatkan metabolisme, salah satu caranya ialah dengan minum Green Tea tau. Jadi, kalau kurang gemar nak minum Kopi O kurang gula, boleh makan Nasi Lemak bersama teh hijau suam. Jangan minum air 3-in-1 tau, tak elok untuk kesihatan.
Nak lagi best, minum dengan Cinch Tea panas. Marvellous!
Ok, jom makan Nasi Lemak tanpa rasa bersalah! 😛
Noriza Rahman says
Memang tak bersalah pun makan nasi lemak sekarang ni, sedap ja pekena dengan kopi O kosong
GenkiMomma says
Bila dah tahu cara makan yang betul, boleh makan Nasi Lemak dengan gembira… 😛
ajie says
salam. jom sama sama bantu kami untuk menyumbang ke kempen taja shopping raya PRJB 2016 🙂
GenkiMomma says
Tenkiu! 🙂
puan pink says
Tgh amalkan semua ni skrg, hehe..!
GenkiMomma says
Syok kannn… 🙂
Noriza Rahman says
Bulan puasa pun boleh makan nasi lemak juga kan?
hehe
GenkiMomma says
Boleh sangattt.. 😀