Tips Mendidik Anak Lelaki | Ramai orang cakap, kalau anak lelaki mesti manja dengan ibu, kalau anak perempuan, confirm lah jadi anak dara kesayangan ayah. Benarkah? 😉
Tips Mendidik Anak Lelaki
Tips mendidik anak lelaki ini dikongsikan oleh Ustazah Dr. Harlina Siraj di dalam rancangan Tanyalah Ustazah, TV9.
Peranan BAPA dalam mendidik anak lelaki
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun.
2. Bawa anak bersiar-siar, dan luangkan waktu bersamanya.
3. Ajak anak bergasak atau bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
4. Anak lelaki akan anggap bapanya role model, maka bapa perlu jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak. Contohnya: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
Peranan IBU dalam mendidik anak lelaki
1. Anak lelaki belajar ilmu mengasihi daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
Semoga tips mendidik anak lelaki ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana. Bersama-sama lah kita membesarkan amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang. Insya Allah…
Untuk kesihatan optimum anak-anak, berilah mereka makanan tambahan yang bersesuaian dengan gaya hidup aktif mereka. Kami cadangkan Set kanak-kanak yang berikut:
OmegaGuard : minyak ikan asli, sumber Omega 3, DHA & EPA. Untuk kesihatan minda anak, sesuai untuk anak yang ada athma, eczema dan batuk berkahak (bantu cairkan kahak).
Chewable Vita-C Plus : sumber vitamin C dan anti-oksidan. Imuniti tubuh.
Vita-Lea fo Children : multivitamin & multimineral lengkap untuk kanak-kanak.
Meal Shakes : multivitamin yang dilengkapi dengan protein & serat, sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak.
Happy Parenting!  😉 😉 😉