Tips Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan | Alhamdulillah, sedar tak sedar, hari nie sudah hari ke-19 kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun 2015 ini. Insya Allah, jika masih dipanjangkan umur, malam ini akan bermulalah 10 malam terakhir Ramadhan yang sangat istimewa! 🙂
Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan
Kita seharusnya menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di 10 malam terakhir Ramadhan ini.
Umat Islam dianjurkan agar merebut Lailatulqadar. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir” (hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu, dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada 10 malam terakhir Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu” (hadis riwayat Abu Dawud).
Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan ialah dengan memperbanyakkan solat sunat seperti Tahajjud, Hajat, Taubat, membaca Al-Quran dan juga berzikir kepada Allah SWT.
Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar. -Sumber: IKIM
Tips Kekal Bertenaga 10 Malam Terakhir Ramadhan
Jika anda ingin mengatasi rasa letih, kurang bertenaga dan rasa mengantuk untuk bangun beribadah 10 malam terakhir Ramadhan ini, kami ada tips untuk bantu anda kekal bertenaga.
(1) Performance Drink – bantu mengekalkan paras bendalir di dalam badan, seterusnya badan kekal terhidrat ketika berpuasa. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.
(2) Cinch Energy Tea Mix – bantu tingkatkan metabolisme badan, beri tenaga segera, bantu badan kekal bertenaga, mata segar bugar dan tiada rasa mengantuk. Cinch Tea ini ialah gabungan dari Teh Merah, Teh Hijau dan Teh Putih dan tiada kandungan kafein.
- Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat.
- Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk.
- Alternatif terbaik kepada teh dan kopi.
- Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga.
- Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang judah (sekotak 28 stik).
BONUS, amat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, kerana Cinch Tea ini termasuk di dalam Set Inch Loss kami. Insya Allah, bantu anda kekal bertenaga untuk terus beribadah, dan, tiada lagi rasa mengantuk untuk membaca Al-Quran.
Anda boleh terus membuat belian produk di butang eSell di bawah (klik), dan hubungi kami untuk mendapatkan jadual pemakanan eksklusif setelah pembelian dibuat.
Atau, jika anda ingin bertanya lanjut, hubungi terus kami di nombor tertera di bawah… 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Lenny Boniface says
Selamat Beramal.. semoga berjaya dunia akhirat.
GenkiMomma says
Sama-sama kita Lenny, Insya Allah…
fyna says
kejap je dah nak habis puasa kan.
GenkiMomma says
kannn…