Saya yakin ramai ibu-ibu yang tak rajin nak mop lantai. Kalau dapat vacuum satu rumah pun dah kira macam satu pencapaian yang hebat, sebab berjaya upgrade sedikit daripada menyapu sampah dengan penyapu sahaja, kan? 😀
Namun begitu, nak tak nak kita tetap kena mop lantai rumah selalu, terutama apabila ada anak kecil berusia di antara 0-2 tahun. Waktu mereka sedang membesar ini ibu-ibu kena ekstra rajin mop lantai kerana imun badan mereka belum cukup kuat, mereka baru nak belajar merangkak, jalan-jatuh dan mula pandai kutip masuk mulut apa jua objek yang dijumpai di atas lantai.
Silap haribulan nanti, mereka yang mop lantai (sambil merangkak).. 😛
Lebih haru apabila tiba-tiba ada kenalan atau saudara-mara telefon nak datang ke rumah kita. Takkan lah kita nak jadikan alasan ada anak kecil untuk biarkan lantai melekit, berhabuk dan bertompok dengan sisa kotoran? Malu besar nanti.
Tips Mop Lantai Dengan Efektif Buat Ibu Yang Sibuk
Sebenarnya, apa alasan sebenar ibu-ibu kurang rajin mengemop lantai?
Betul ke ibu-ibu sangat sibuk sampai tiada masa nak mop lantai? Atau, kerja mengemop lantai itu sendiri yang agak renyah menyebabkan kebanyakan ibu-ibu agak malas nak mop lantai?
Apapun alasan ibu-ibu, sebenarnya ada trick tau nak jadikan diri kita rajin mengemop lantai. Mari kami kongsikan 2 tips untuk mop lantai dengan efektif tanpa stress.
(1) Mop Lantai Terbaik
Cari mop dan baldi mop yang ada fungsi untuk buang air kotoran. Jadi, tak perlulah kita asyik ulang alik ke bilik air untuk buang sisa kotoran pada mop. Objektif utama, tak mahu kotorkan tangan + nak kekalkan momentum rajin mengemop lantai.
Tips kami, tak kisahlah jenama apa, tapi carilah Magic Mop begini:
*Sumber gambar: Easy Mop dari Lazada
5 kelebihan menjadikan mop ini magic sangat ialah:
- Mop yang ringan. 360-degree rotating mop. Bentuk mop nya yang mudah berpusing ke sana sini, memudahkan kita untuk mengemop lantai, dan di celah-celah perabot rumah. Tak perlu nak bongkok sangat, biar mop tue je yang ‘bengkok’ ke sana sini. Ergonomik!
- Kepala mop dibuat dari mikrofiber, jadi dapat serap kotoran dengan cepat, membersihkan tumpahan sebersih-bersihnya.
- Ada soap dispenser. Agak-agak nak tambah sabun pencuci anytime masa tengah mengemop tue, tekan-tekan sahaja.
- Setiap kali siap mop, masukkan sahaja kepala mop kat spinning bucket, dan kita pijak sahaja pada baldi untuk spin and dry kepala mop. Tangan tak kotor langsung. Best kan?
- Kepala mop ini boleh dicabut, diguna berkali-kali dan boleh dibasuh dalam mesin basuh. Agak-agak dah lama benar guna, dan warna kepala mop tue dah tak putih bersinar lagi, cabut sahaja dan campakkan ke dalam mesin basuh. Settle!
Kalau nak murah boleh aje kita beli mop lantai biasa, dan guna baldi biasa juga. TAPI, setiap kali lepas mop lantai mesti kita rasa malas nak perah mop tue dengan tangan. Penat. Apatah lagi bila air dalam baldi dah bertukar warna dari jernih ke hitam legam. Geli pun ada. Sayang tangan pun ya juga. Lama-kelamaan, perasaan malas mop lantai pun akan mendominasi diri kita semula.
Jadi, takpelah kita invest sedikit cari mop terbaik yang boleh mudahkan urusan mop lantai kita.
(2) Pencuci Lantai Terbaik
Ok, dah ada mop lantai terbaik, mop sakti pula tue, wajiblah digabungkan dengan pencuci lantai terbaik juga. Tambahan lagi jika anak kita mempunyai kulit sensitif seperti eczema, ataupun mempunyai athma. Tak boleh lah sembrono pakai pencuci lantai yang kebanyakannya mengandungi toksin, dan boleh disedut atau diserap melalui kulit kita.
Pelarut sintetik pula boleh mengganggu keseimbangan hormon. Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Takut, kan?
Tips kami, jom kita beralih kepada pencuci rumah yang lebih selamat, semulajadi tanpa toksin, Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate.
Setiap botol Basic H² dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan 1001 kegunaan lagi.
Kelebihan Basic H² ialah ianya tidak mengandungi toksik, tiada gas beracun, tiada bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi, tanpa klorin dan lembut pada tangan kita. Lepas kita mop lantai, tak perlu dibilas dengan air lagi kerana Basic H² sangat selamat, dan tiada sebarang sisa sabun.
Haa mudah je kan? Lepas nie mesti ibu-ibu jadi rajin nak mengemop lantai selalu. Bukan sahaja kebersihan rumah terjamin, malah ibu-ibu pun dapat pecahkan lemak sambil mop lantai tue.
Cara Nak Beli Magic Mop Yang Murah:
Kami tak jual magic mop tue. Boleh beli di luar, cuma kena rajin survey untuk dapat best price. Biasanya dalam RM100-300 juga. Tapi sebenarnya, boleh beli dengan lebih murah jika beli online dari Lazada, 2 digit aje. Siap kadang-kadang penghantaran percuma!
Kami dulu pun beli Magic Mop nie dari Lazada. Dah survey banyak tempat, masa tue hanya Lazada yang tawarkan harga paling murah untuk magic mop. Antara sebab kenapa kami melabur beli magic mop nie sebab baby kami ada Eczema. Jadi saya tak boleh malas-malas mop lantai lagi. Baby yang ada eczema sensitif habuk dan kotoran, risau akan merengsakan eczema nya.
Jadi, untuk mudahkan kerja mop lantai, suami cadangkan kami beli Easy Mop ini.
2 tahun lepas (Sept 2014) harganya RM78 sahaja, penghantaran percuma. Sekarang nie kalau tengok di Lazada, harga Easy Mop dah jadi RM99.
Jadi, baik ibu-ibu cepat terjah lazada.com.my sekarang sebelum harga naik lagi.. 😀
Cara Nak Beli Pencuci Serbaguna Basic H²:
Tapi, kalau ibu-ibu nak cuba Basic H², boleh dapatkan daripada kami. Boleh terus buat belian Basic H² secara online di pautan eSell di bawah, di mana produk akan dihantar terus ke muka pintu anda. Pembayaran dengan Credit Card ataupun Debit Card diterima. 100% selamat!
Atau, WhatsApp sahaja “Order Basic H” ke 0173030081 / 0122180781. Fast reply! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Meru, Bukit Raja, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Kalau ada magic mop tu memang tiap hari mengemop pun ai is tak kisah..haha
GenkiMomma says
Harus rajin macam Cinderella… Paling penting, tak kotorkan tangan! 😛
Noriza Rahman says
Memang tak kotor la tangan kalau guna magic mop ni…Terbaik!
GenkiMomma says
Yeahhh, tapak tangan licin bak princess! 😉