TIPS Tanda-tanda Awal Nak Bersalin
Semua ibu-ibu yang sedang hamil pastinya sangat teruja menanti kelahiran bayi yang dikandung, kan? Apatah lagi jika ini merupakan kandungan pertama anda, kelahiran cahayamata sulung yang comel pastinya sentiasa dinanti-nantikan.
Ingat lagi masa saya mengandungkan anak sulung pada 8 tahun yang lepas, setiap hari saya akan mengira hari kelahirannya dengan pelbagai kaedah! Ada yang straight-forward, ada yang backward! Kalendar di rumah dan di meja ofis juga penuh dengan contengan mengira tarikh kelahiran bayi. Saya akan tandakan kalendar dengan penuh bersemangat setiap hari!
Kini, saya sedang hamil anak yang ke-4. Walaupun saya tidak lagi membuat “aktiviti menconteng kalendar” seperti dulu, kerana sudah ada 3 orang cahayamata yang mana melayan mereka pun dah cukup memenuhkan aktiviti seharian saya, namun, keterujaan menanti kelahiran bayi yang dikandung TETAP SAMA! Tak pernah berubah! 😉
Malam tadi saya menonton rancangan Celebrity Maternity Yasmin Hani. Banyak juga info tentang kelahiran yang dikongsikan di dalam rancangan tersebut. Salah satu info yang dikongsikan ialah 3 TIPS tanda-tanda awal nak bersalin:
*Sumber imej: pregnancy.about.com
(1) Air ketuban pecah:
Namun, proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda. Maka, jika air ketuban pecah, dan anda belum rasa apa-apa kontraksi, tak perlu terus kelam kabut ke hospital, selesaikan dulu apa jua aktiviti yang tertangguh. Contohnya, nak mandi dulu, makan dulu, dan lain-lain. Tapi, jangan dilewat-lewatkan pula. Selesai sahaja semua perkara yang perlu diselesaikan tue, segeralah ke hospital!
(2) Kontraksi:
Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit. Pastikan ianya bukan kontraksi Braxton Hicks!
(3) Turun darah (bloody show):
Kelihatan sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
Menurut BabyCenter juga, selain daripada 3 TIPS anda-tanda awal nak bersalin yang UTAMA di atas, secara umumnya anda turut akan merasa sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut!
Tanda-tanda awal bersalin bagi setiap ibu tidak sama. Ada juga ibu-ibu yang langsung tidak merasai apa-apa kesakitan. Mungkin sekadar minor kontraksi. Namun, setibanya di hospital, bukaan jalan sudahpun 8-9cm! Bertuahnya ibu-ibu begini, bukan? Namun bahaya juga jika ibu-ibu yang sedang berada di dalam active labor, tapi tidak sedar langsung! Jadi, pastikan anda alert dengan apa jua perubahan pada diri anda, terutama jika anda sudah berada di hujung-hujung kehamilan.
Paling penting, sediakan sahaja ‘Hospital Bag’ yang lengkap dan bawa bersama kad pemeriksaan bulanan kehamilan ke mana sahaja anda pergi. Kita tak tahu bila si comel akan tiba-tiba muncul di dalam kehidupan kita, kan? 😉
Owh ya, sekiranya anda masih belum membeli Set Bersalin, dan merancang untuk mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee untuk sessi berpantang kali ini, anda boleh membaca lebih lanjut di artikel Senarai Set Bersalin Shaklee Premium! 🙂
*Disclaimer:
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081 (Arnie).