Sudah 10 hari Ramadhan berlalu, bermakna kita dah berjaya lalui fasa pertama 1/3 Ramadhan. Alhamdulillah.. Dah shopping baju dan kasut Raya untuk anak-anak? Dah beli kuih raya untuk ayah ibu? Dah asingkan bajet duit raya untuk anak saudara?
Kalau nak cerita to-do-list sebelum pulang beraya di kampung memang panjang. Kalau boleh, semua nak baru dan bergaya. Haaa, jangan lupa satu perkara yang paling penting sebelum enjoy beraya di kampung, iaitu keselamatan anak-anak tersayang di sepanjang perjalanan pulang dan beraya di kampung.
Kita nak balik kampung dengan selamat bersama yang tersayang… 😉
Raya Bergaya Travel Home Safely With Anakku
Kebiasaannya, statistik kemalangan jalan raya meningkat ketika cuti panjang, terutama di musim perayaan. Kalau boleh kita tak mahulah menyumbang ke dalam statistik tersebut.
Tapi, walau kita dah cukup hati-hati, adakala kemalangan itu berpunca dari pihak lain, dan kita mendapat tempiasnya. Bak kata pepatah Melayu, malang tak berbau. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan yang tersayang sepanjang perjalanan pulang.
Jadi, meh saya kongsikan tentang Travel System Anakku. Siapa tak kenal Anakku, kan?
Anakku merupakan satu jenama rangkaian produk bayi & kanak-kanak yang berprestij di Malaysia. Kualiti produk Anakku pun setanding dengan produk ternama luar negara.
Saya suka dengan kualiti barangan Anakku. Percaya tak, baju Anakku yang saya beli 10 tahun lepas untuk anak sulung kami, masih elok dan cantik dipakai? Nampak macam baru tau! 😉
(1) Travel Home Safely With Anakku Car Seat
Umumnya, Car Seat ada 2 jenis. 1 untuk bayi, dan 1 lagi untuk toddler.
Ini salah satu dari Anakku Infant Car Seat.
Kelebihan Anakku Infant Car Seat:
- 5 poin sistem harness.
- Pad tidur & pelindung sisi.
- Pelindung matahari boleh cabut.
- Alas kerusi boleh cabut dan boleh basuh.
- Berat maksimum bayi 0-13kg.
Harga pasaran RM329. Harga Lazada RM190. Jimat 42%! Best giller! Mana nak dapat infant car seat yang berkualiti bawah RM200?
Ini pula Anakku Toddler Car Seat.
Kelebihan Anakku Toddler Car Seat:
- 5 poin sistem harness.
- 3 posisi backrest.
- Tali keselamatan dengan pad.
- Berat maksimum hingga 25kg.
- Kegunaan dari hari pertama kelahiran bayi, sehingga ke usia 7 tahun. Outstanding longevity!
Harga pasaran RM459. Harga Lazada RM399. Jimat 13%! Boleh pakai sampai 7 tahun tau! Lama tue..
Ada banyak lagi design Anakku car seat yang cantik dan warna yang menarik. Buat je belian Anakku car seat online di Lazada. Diskaun sehingga 80% Raya ini dengan voucher Raya Lazada.
(2) Travel Home Safely With Anakku Stroller
Bila jalan Raya, adakala tak larat nak dukung anak kecil kita kan, terutama bila mereka nak tidur setelah kepenantan beraya. Jenuh lah kalau nak peluk aje. Perut kita pun dah penuh makan ketupat rendang semua. Jadi, sangat perlu bawa pulang stroller yang selesa bersama.
Yang penting, tak kacau bonet kereta sebab nak letak beg baju lagi.
Haaa Anakku Stroller menawarkan banyak sangat pilihan sampai rambang mata lah. Nak stroller yang boleh lipat macam payung, yang compact, travel system lengkap pun ada.
Saya jatuh hati sangat dengan Anakku stroller Baby Jogger nie. Stylish sungguh!
Anakku Stroller Baby Jogger:
- 5 poin sistem harness.
- Front Bumper boleh cabut.
- Mesh shopping basket.
- One-step brake.
- Suspension di roda hadapan & sisi.
- Lockable front swivel wheel.
- Front swivel wheel boleh kunci.
- Berat maksimum hingga 25kg.
- Berat maksimum hingga 15kg.
Harga pasaran RM633.90. Harga Lazada RM390. Jimat 38%!
Ini serius murah giller! Pernah survey stroller design begini tapi jenama lain, RM2000++ ok!
Alang-alang dah shopping tue, beli sekali macam-macam Anakku educational toys sebagai peneman anak tersayang sepanjang perjalanan balik kampung yang panjang nanti. Kalaulah tersangkut lama dalam traffic-jammed pun, boleh mengelakkan si comel dari menangis kebosanan.
Jomlah kita shopping Anakku stroller online di Lazada. Bolehlah Raya bergaya tahun nie, menziarahi rumah sahabat dan saudara mara. Nak lipat masuk dalam bonet pun senang. Jimat ruang kereta.
Lagipun, diskaun Raya sehingga 80% dengan voucher Raya Lazada. Rugi tak grab!
Bagaimana nak berjimat beli Anakku Car Seat & Stroller dari Lazada Malaysia?
- Klik sahaja gambar di atas.
- Pilih Anakku Car Seat, Anakku Stroller atau barangan lain yang anda idamkan.
- Masukkan kod voucher Raya: 20RAYANCAM
Terus dapat tambahan diskaun 20% (maksimum rm50). Senang je, kan?
Tunggu apa lagi? Jommm serbu Lazada Malaysia sekarang! 😀
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips parenting terkini.
Khairul Zamri says
Cantik juga car seat stroller ini
GenkiMomma says
Cantik, berkualiti & yang penting harganya mampu milik.. 😀
raihanah says
menarik juga, dah makin baik nampaknya anakku
GenkiMomma says
Itulah, dah macam sama level dgn yg branded dari overseas.. 😀
mrhanafi says
soal keselamatan tiada kompromi ..ia adalah keperluan mendesak dan wajib dipenuhi oleh ibubapa kepada anak-anak mereka.
GenkiMomma says
Ibu bapa kena tahan hatilah bila anak nanges terjerit2 nak minta keluar dari seat belt car seat tue.. 😀
Noriza Rahman says
Tahniah menang contest ni arnie..
GenkiMomma says
Tenkiu kak nord! Rezeki anak2 laa nie.. Jom join next challenge sama2 k.. 😀