Ujian Pap Smear Bantu Kesan Ovarian Cyst? | Kali pertama dengar tentang ujian Pap Smear nie ketika saya masih kecil, sekitar awal tahun 90-an. Gambaran tentang ujian Pap Smear nie agak menakutkan, kononnya antara alatan nak buat ujian Pap Smear ialah besi panjang macam muncung itik, dan prosesnya amat menyakitkan dan merabakkan.
Sehingga dewasa saya dihantui oleh ‘mimpi ngeri’ gambaran ujian Pap Smear nie. Serius!
Apakah itu UJIAN PAP SMEAR?
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan pangkal rahim (serviks).
- mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- prosedur mudah dimana sedikit sel diambil dari serviks dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- dinamakan sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu Dr. George Papanicolaou.
Hakikatnya, Ujian Pap Smear ini untuk memeriksa kesihatan pangkal rahim wanita.
Namun, setelah mendengar kisah benar dari seorang pesakit cyst baru-baru ini, saya rasa sangat bersalah kalau saya tak kongsikan dengan anda tentang betapa pentingnya ujian Pap Smear ini dalam bantu mengesan Ovarian Cyst juga.
Ujian Pap Smear Bantu Kesan Ovarian Cyst
Puan Ros (43 tahun) mempunyai seorang cahaya mata (19 tahun). Kali pertama beliau hubungi saya hujung tahun lepas, sebab beliau nak beli 2 botol Vivix dan GLA Complex. Terus dapat keahlian Shaklee Percuma!
Doktor sahkan beliau ada ovarian cyst dan kemungkinan pre-kanser. Jadi, beliau nak ikhtiar dengan vitamin semulajadi Shaklee, untuk bantu hilangkan cyst nya sebab kalau cyst masih ada on next check up, doktor mungkin akan buat operation untuk buang cyst tersebut.
Selepas itu beberapa kali juga beliau beli produk Shaklee yang lain, di mana GLA memang wajib ada dalam senarainya. Sehinggalah minggu lepas, beliau nak ambil 2 botol GLA Complex dan Vitamin-C. Kali pertama saya bertemu Puan Ros nie walau dah banyak kali Puan Ros beli vitamin Shaklee dari kami. Raut wajahnya nampak muda, tak macam 40-an. Bila dah bersua muka, saya ambil peluang untuk borak panjang untuk tanya tentang masalah cyst nya.
Testimoni Pesakit Cyst
Alhamdulillah, selepas konsiten makan GLA Complex berterusan (masuk botol GLA ke-8!), ketika buat pemeriksaan dengan doktor pakar di Hospital Putrajaya, ovarian cyst Puan Ros yang dahulu bersaiz 3 cm telah hilang sepenuhnya. Clear! Completely gone! Subhanallah…
Cuma, yang merisaukan Puan Ros ialah masih ada sel abnormal lain, yang doktor klasifikasikan sebagai pre-kanser. Saya cadangkan vitamin tinggi anti-oksidan seperti Vivix dan A,C,E (CarotoMax, Vitamin-C dan Vitamin-E), yang sangat baik untuk pesakit cyst juga.
Namun beliau memilih untuk cuba dapatkan anti-oksidan dari sumber semulajadi makanan harian, seperti juicing buah-buahan dan makanan lain.
Wow! No wonder lah kulit wajahnya cantik dan awet muda. Beliau amalkan makan makanan yang tinggi anti-oksidan! Nampak macam mudah je kan?
Tapi tahu tak, kos untuk beli sumber makanan tinggi anti-oksidan pun mencecah RM600 sebulan katanya. Bukan murah-murah tau! Pelbagai usaha beliau lakukan sebelum perjumpaan seterusnya dengan doktor pakar, untuk mengetahui status pre-kanser nya.
Jika anda rasa mustahil nak sediakan makanan kaya anti-oksidan setiap hari, dan ingin mencuba suplemen Shaklee, vitamin yang kami cadangkan untuk Ovarian Cyst ialah GLA Complex dan Vitamin ACE (CarotoMax, Vitamin-C & Vitamin-E). Boleh tambah Vivix juga.
Memandangkan satu-satunya anak beliau dah berusia 19 tahun, saya tanyalah, bagaimana beliau detect ovarian cyst tue? Surprisingly, melalui ujian Pap Smear!
Puan Ros memang disiplin buat ujian Pap Smear setiap tahun. Bagi sesiapa yang pernah buat ujian Pap Smear mesti tahu yang kalau kita buat ujian Pap Smear 2 tahun berturut dan kesannya negatif, kita hanya perlu ulang 3 tahun sekali sahaja. Kisahnya, disebabkan keputusan ujian Pap Smear nya negatif selalu, jadi beliau rehat seketika dari buat ujian Pap Smear lebih dari 3 tahun.
Sehinggalah tahun lepas (2014), Allah gerakkan hatinya untuk buat ujian Pap Smear lagi selepas 5 tahun berehat. Tapi bukan straight away detect ada ovarian cyst. Lepas dapat results Pap Smear yang ‘mencurigakan’, kena buat blood test dan pelbagai test lagi, sampailah doktor sahkan ada ovarian cyst dan pre-kanser.
Pesan Puan Ros lagi, buatlah ujian Pap Smear tue dengan disiplin. Kebanyakan orang taknak buat ujian Pap Smear tue bukan sebab takutkan proses ujian tersebut, tetapi sebenarnya takut dengan keputusan yang bakal diterima dari ujian Pap Smear tue.
Takut nak terima realiti. Takut kalau ada apa-apa penyakit. Tapi, lebih baik tahu dan boleh cegah dari awal, daripada tahu kemudian tapi dah masuk paras bahaya, kan?
Anda dah pernah buat ujian Pap Smear tak?
Alhamdulillah, di sebalik ‘mimpi ngeri’ kisah muncung itik masa kecil dulu tue, saya sudah 4 kali buat ujian Pap Smear, setiap kali lepas bersalin. Tak sakit sangat pun rupanya! Proses bersalin beribu kali lebih sakit, tau…
Jadi kawan-kawan, jangan takut untuk buat ujian Pap Smear. Ujian ini bukan sekadar bantu kita cegah kanser pangkal rahim (serviks) di peringkat awal, malah boleh bantu kita kesan pelbagai keadaan abnormal yang lain, termasuklah Ovarian Cyst.
Suplemen Bantu Pengecutan Cyst dan Fibroid 6.3 cm
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar Express Enrolment di “Join Now“.
Oja Samid says
huhu..dah lamaa xbuat Pap Smear. setakat nie xde imej ngeri sebab masa kat Nihon langsung tak rasa apa2, tau2 dah siap. Hehe. Hopefully kt Msia pun sama juga lah hendaknya. 🙂
Noriza Rahman says
Warghhhh, takutnya baca artikel arnie ni…nak kena buat appointment la gini..
GenkiMomma says
Haa, cepat2 buat kak nord, simple procedure aje… untuk kesihatan kita juga kann..
Noriza Rahman says
InsyaAllah, thanks for alert arnie..:)
GenkiMomma says
Setakat dah 4x buat di 2 hospital berbeza nie, ok je Ja… Tapi, tiap kali buat pun nervous semacam, kihkih… 😛
nur razali says
takut jugak la baca entri kak arnie..nur x pernah buat lagi ujian pap smear nie, ad yg boleh bt sndiri ujian tu kt rumah cmne plk ek..huhu
GenkiMomma says
uittt tak pernah pula dengar boleh buat ujian pap smear sendiri di rumah, sebab results kena hantar lab test kan.. tapi tak tau lah kalau boleh buat sendiri, hihi..
Noriza Rahman says
Kalau lah boleh buat sendiri di rumah kan best?hehe