Teruja sangat dengan ketibaan produk penjagaan kulit anti-penuaan terbaru dari Shaklee yang dikenali sebagai YOUTH, yang baru sahaja dijual sempena Shaklee BLNC 2018 Sabtu lepas.
Terus terang cakap, pada mulanya saya pun tak ambil pusing nak beli set penjagaan kulit YOUTH ini, sebab saya bukan seorang yang suka nak belek muka selalu. Make up pun tak pakai. Cukuplah sekadar cuci muka setiap hari, sapu pelembap dan paling utama tiada jerawat di muka.
Jadi, saya risau kalau beli YOUTH skincare ini, akan berakhir duduk dalam almari hiasan aje.
Jatuh Hati Dengan YOUTH Tanpa Sengaja
Namun, persepsi saya berubah apabila saya dengar sendiri penerangan dari insan yang bertanggungjawab untuk hasilkan produk YOUTH ini.
Mereka ambil masa 8 tahun untuk buat Research & Development produk YOUTH, dan pemilik Shaklee, Mr. Roger Barnett dan isteri, antara orang terawal yang guna YOUTH. Mereka yakin nak guna produk yang masih R&D pada kulit muka sendiri.
Bayangkan kalau YOUTH itu bermasalah? Mereka suami isteri lah yang akan kena efeknya.
Tambahan lagi, Shaklee Malaysia juga telah beri percubaan YOUTH kepada beberapa orang leaders Shaklee terpilih, yang mempunyai kulit muka bermasalah seperti banyak jerawat, jeragat, parut jerawat teruk, scar tissues, kulit berkedut dan lain-lain.
Mereka ini orang-orang yang kami kenal, dan pernah jumpa in person. Selepas guna YOUTH lebih kurang 25 hari, wow sangat hasilnya. Beza, memang berbeza.
Selain dari real live testimoni, segala fakta, the science behind dan results adalah berlandaskan data klinikal. Bukan omong kosong semata. Buatkan hati terus cair macam cheese leleh. Hehe…
Unboxing Shaklee Youth SkinCare
Sementelah ada promosi beli Shaklee YOUTH jimat RM500 sempena Shaklee BLNC 2018 sahaja, terus laju-laju mesej husband di perantauan. Alhamdulillah beliau izinkan saya beli YOUTH.
Jadi, hari ini saya nak kongsikan video Unboxing Shaklee YOUTH SkinCare kepada anda semua:
Please subscribe to our YouTube Channel too. Thank you!
Mara kita recap semula. Dalam beg YOUTH ini ada:
- Luminuous Gel Oil Cleanser.
- Perfecting Skin Toner.
- Youth Activating Serum.
- Advanced Renewal Night Cream.
- Radiance C+E
- Age Defense Moisturizer SPF 50 (*tiada dalam video).
Sepatutnya ada 6 produk YOUTH semuanya. Tapi, Age Defense Moisturizer SPF50 masih lagi on the way dari US. Akan dapat dalam 2 minggu lagi. Memang betul-betul fresh from the oven. Shaklee buat pelembap dengan SPF50 ini khas untuk kulit orang Asia. Di US sana guna SPF30 aje.
Haa anda tergoda tak lepas tengok video di atas tue? Lengkap nutrisi kulit untuk siang dan malam.
YOUTH Shaklee ini akan dipasarkan secara rasmi di pasaran mulai Mac 2018 nanti.
Sementara itu, jom follow blog ini, nanti kami akan kongsikan pengalaman menggunakan produk penjagaan kulit YOUTH Shaklee ini. Baik buruk pun hasilnya, kita share juga.
Target utama nak hilangkan parut jerawat, jeragat yang beranak pinak dan liang pori besar.
Youth SkinCare, Rahsia Kulit Wajah Kekal Jelita 10 Tahun Lebih Muda
Ok, tak sabar nak kongsikan hasilnya selepas 30 hari menggunakan skincare YOUTH ini… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak Order Shaklee YOUTH SkinCare?
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Ibu Zaid says
Besar juga botol botol produk tu, dalam gamabt susah nak agak
GenkiMomma says
Memang agak besar, sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Hehe..
Azmi Abdul Rahman says
Suami suami boleh kumpul dalam tabung mulai hari ini untuk bagi isteri pada hari ulang tahun
GenkiMomma says
Tepat sekali tue Tuan! Hihihi…