Bila sebut tentang kena gunting pada faraj ketika bersalin, rasa ngilu ya amat. Walhal, doktor gunting ada sebab, dan kalau doktor tak gunting, lagi teruk koyakan pada perineum nanti.
Proses guntingan ini dipanggil episiotomi. Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot di antara vagina dan anus. Tujuannya, untuk melebarkan jalan lahir dan melancarkan laluan bayi.
Saya juga pernah kena guntingan episiotomi ini ketika bersalin. Paling sakit ketika melahirkan anak sulung. Mungkin kerana saiznya agak besar, jadi doktor perlu buat guntingan yang agak panjang. Lama jugalah tak boleh nak bergerak dengan selesa.
Alhamdulillah untuk anak-anak seterusnya guntingan episiotomi hanya sedikit, dan ada juga yang tak koyang langsung. Rupa-rupanya ada cara nak elak guntingan episiotomi ketika bersalin.
Urutan Perineum Untuk Persediaan Bersalin
Ia dipanggil urutan perineum. Urutan di bahagian perineum ini digalakkan ketika hamil, kerana ia bantu memudahkan proses kelahiran bayi nanti. Ibu hamil digalakkan untuk melakukan urutan perineum bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehingga tiba saat kelahiran bayi.
Waktu terbaik untuk melakukan urutan perineum ini ialah sejurus selepas mandi, kerana biasanya selepas mandi bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh.
Urutan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan minyak yang sesuai dan berasaskan sumber semulajadi. Contohnya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain.
Saya suka guna Perineal Gel, dari Mothercare. Perineal Gel ini diformulasi khas untuk kita buat urutan perineum. Siap ada minyak zaitun dan calendula. Baunya best, dan mudah dibawa ke mana-mana.
Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan risiko perineum koyak. Ia sekaligus mengurangkan risiko episiotomi oleh doktor. Selain itu, kebanyakkan wanita yang pernah mengamalkan urutan perineum melaporkan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.
9 Langkah Melakukan Urutan Perineum Dengan Betul
Berikut ialah 9 langkah mudah untuk melakukan urutan perineum dengan betul.
- Cuci tangan dengan sempurna. Pastikan kuku pendek.
- Kedudukan yang sesuai untuk buat urutan perineum ialah dengan bersandar pada bantal di atas katil atau sofa, dengan lutut dibengkokkan. Boleh juga duduk di tandas.
- Lembapkan jari dengan minyak pilihan anda.
- Masukkan satu jari ke dalam dinding faraj, iaitu lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
- Pastikan empat jari lagi di bahagian punggung.
- Tekankan jari ke bawah iaitu ke arah dubur, dan ke sisi, sehingga rasai sedikit regangan.
- Tetapkan keadaan tersebut selama 1 hingga 2 minit.
- Gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U, dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang ibu mahu. ataupun sekurang-kurangnya 5 minit setiap kali.
- Selesai buat urutan, lakukan kemutan pada faraj.
Kemutan ialah keadaan seperti anda hendak tahan kencing, atau tahan angin keluar. Tahan selama 10 saat, dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan Perineum Ikhtiar Nak Elak Perineum Koyak Ketika Bersalin
Ibu-ibu, urutan perineum ini hanyalah sebagai salah usaha untuk menjadikan perineum kita lebih anjal, sekaligus mengelakkan risiko perineum koyak, dan risiko guntingan Episiotomi.
Dalam masa yang sama, ibu-ibu banyakkanlah pembacaan atau hadiri mana-mana kursus kehamilan yang banyak dianjurkan oleh hospital. Jangan culas ambil vitamin prenatal setiap hari. Dengan ilmu yang mencukupi, Insya Allah ibu akan lebih bersedia ketika masanya tiba nanti.
Apapun, di dalam dewan bersalin nanti, ikuti sahajalah nasihat bidan dan doktor, kerana mereka lebih arif. Perbanyakkan doa, semoga urusan kelahiran si comel anda di permudahkan.
Arnie Samsudin
Mak anak ramai.
azimah mohd zainuddin says
Rasa sakit nak bersalin tu memang mengatasi rasa sakit digunting. Tak kisah apa pun, janji baby cepat keluar.
GenkiMomma says
Betul, tak rasa pun kena gunting episiotomi tue. Start rasa sakit bila bius dah hilang, dan dah siap kena jahit, kannn. Haaa masa tue fengsannn, hihi..
Nur Razali says
Pengalaman berbeza2 setiap anak yang kita lahirkan. Masa bersalinkan anak pertama situasi sama dengan kak arnie huhy rasa fobia jugak bila fikir balik pergerakan tu terbatas kesan gunting tue agak panjang 😂
Alhamdulillah anak kedua boleh lompat bintang sebab tak perlu gunting dan tak perlu jahit hihi..rajin2 consume vitamin prenatal dengan amalkan amalan2 sunat masa hamil in shaa allah dimudahkan segalanya.
GenkiMomma says
Anak sulung kan Nur, banyak yg kita tak tahu.. Pengalaman paling berharga lah.. Bila anak2 seterusnya makin steady, Insya Allah…
Noriza Rahman says
Kena gunting tu tak rasa sakit sangat, tapi bila doktor buat zasss check semula area tu..huishhh lain macam ngeri..hehe
GenkiMomma says
Bila dah selamat keluar dari Labor Room, semua check up un rasa seriau aje, hihi..
Farha says
paling sakit time check jalan…huhu…pedih..
GenkiMomma says
Erk, itu memang ngeri..
Kate says
First baby ceasar, second baby baru dapat normal tu pun kena gunting juga. Nanti boleh cuba pula utk next baby 😉.
GenkiMomma says
Haa nanti baby boleh dapat ADAM50..
Mazni Azmi says
Kalau selalu bersenam dan makanan pun sihat
Bagus untuk bersalin
GenkiMomma says
Itu sudah pasti…