Vitamin Tips Atasi Batuk Ketika Hamil
Di awal kehamilan, biasanya kesihatan ibu sedikit terjejas sekiranya tidak dijaga dengan baik kerana pada waktu ini berlakunya perubahan hormon di dalam badan, menyebabkan ibu-ibu hamil kurang berselera makan, seterusnya kurang mengambil nutrisi berzat yang diperlukan oleh badan. Ada segelintir ibu-ibu yang mudah diserang demam, selesema, batuk, pening kepala, mahupun mudah pitam. Fasa ini adakalanya berlarutan sehingga ke penghujung kehamilan sekiranya si ibu tidak mengambil langkah yang sepatutnya untuk kesihatan dirinya dan bayi di dalam kandungan.
* Batuk Teruk Ketika Hamil * |
Batuk dalam Labor Room, pengalaman sendiri.
Saya sendiri pernah mengalami batuk yang agak teruk semasa mengandung anak kedua kami. Pada waktu itu saya belum mengenali vitamin semulajadi Shaklee, dan hanya bergantung kepada vitamin yang dibekalkan oleh doktor iaitu Obimin, Neurogain dan juga Kalsium. Batuk teruk ini bermula pada trimester ketiga. Lupa puncanya, sebab selesema ataupun cuaca panas terik dan kurang minum air. Namu yang pasti, batuk ini berlarutan sehingga ke Labor Room. Bayangkan sambil menahan sakit kontraksi, sambil tue juga menahan sakit dada sebab batuk? Rasa macam nak tercabut dada!
Selepas melahirkan bayi tambah lagi satu masalah juga. Setiap kali batuk akan terasa perit di luka jahitan episotomi! Kali nie rasa macam nak tercabut jahitan pula! Ya Allah, bukan senang nak jadi seorang ibu nie ya. Jadi sebelum check-out hospital dan ketika pemeriksaan terakhir, saya bertanya pada doktor sekiranya saya boleh minum ubat batuk walaupun baru sahaja melahirkan bayi? Kata doktor, boleh ambil, tapi pastikan yang berwarna hitam sahaja. Jadi, berpantang lah saya sambil makan ubat batuk ketika itu. Alhamdulillah, batuk berkurangan semasa masih di awal berpantang.
Semasa hamil anak ketiga, Alhamdulillah, saya diberikan kesihatan yang baik, tak pernah demam, flu, mahupun batuk di sepanjang kehamilan. Waktu ini saya mengamalkan suplemen Shaklee sepenuhnya sejak dari mencuba untuk hamil dan sepanjang kehamilan. Memang terasa bezanya berbanding dnegan 2 kehamilan sebelum ini. Hanya yang pernah mengamalkan vitamin Shaklee ketika mengandung sahaja yang faham apa yang saya katakan ini, dan pastinya ramai bersetuju dengan kenyataan saya ini.
Setelah mencuba sendiri set vitamin kehamilan Shaklee sepanjang mengandung, saya lebih yakin untuk memberi konsultasi kepada para pelanggan yang mengalami simptom yang sama. Ramai yang berpuas hati dan memberikan maklum balas positif selepas mengamalkan vitamin Shaklee untuk ibu mengandung.
Testimoni Puan Siti, Batuk di awal Kehamilan.
Berikut merupakan salah seorang customer saya yang baru sahaja mencuba suplemen Shaklee pada bulan Januari 2014 lepas, Puan Siti. Beliau juga mengalami batuk yang teruk di awal kehamilan. Sebelum menggunakan Set Vitamin Kehamilan Shaklee, inilah mesej yang saya terima dari Puan Siti:
Saya mencadangkan VITAMIN ASAS KEHAMILAN Shaklee (Trimester 1) untuk Puan Siti – Shaklee Vita-Lea Iron Formula, Vita-C, B-Complex dengan Asid Folik dan OsteMatrix:
Selepas hampir sebulan menggunakan Set Vitamin Kehamilan Shaklee, saya menerima maklum balas yang positif ini pula…
-Puan Siti.
* DISCLAIMER:
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081 (Arnie). Jom LIKE FanPage GenkiMomma untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini!
nurul fazreen othman says
Dulu ms preggy pun kite batuk2 teruk smpi 7 bln. Ms tu blom kenal shaklee lg. Pasni klu ade rezeki preggy kedua mmg harus consume vitamin shaklee. I love shaklee